Samudrika Shastra adalah istilah Sanskrit yang jika diterjemahkan secara umum membawa maksud; ilmu tentang ciri-ciri badan manusia.
Berdasarkan bidang ilmu ini, setiap ciri-ciri tahi lalat itu dipercayai merupakan simbolik tentang personaliti seseorang; baik dan buruknya. Betul ke?
Makna Tahi Lalat Berdasarkan Saiz, Bentuk Dan Warna
Mesti ramai yang fokus pada tempat di mana tahi lalat itu berada dan maksudnya kan? Tak ramai yang faham tentang pengaruh saiz, bentuk dan warna tahi lalat pada maknanya.
Menurut Ravi Thakur, kesemua ciri-ciri tahi lalat ini mempunyai pengaruh pada diri seseorang malah boleh membentuk peribadinya.
Saiz Tahi Lalat Dan Maknanya
Kecil = tidak membawa impak yang besar
Bulat dan besar = sangat bertuah
Panjang = bertuah
Bentuk Tahi Lalat Dan Maknanya
Segitiga = membawa makna yang bercampur aduk
Liku-liku = makna yang buruk
Bulat = mencerminkan kebaikan pada seseorang itu
Berpetak = tidak boleh dijangka, boleh menjauhi kejahatan
Warna Tahi Lalat Dan Maknanya
Warna hitam = tidak bagus, mungkin akan ada beberapa halangan dalam hidup
Warna cerah dan terang = secara umumnya bertuah
*warna merah, kuning seperti madu, warna kayu cendana atau warna hijau zamrud
10 Maksud Tahi Lalat Berdasarkan Lokasi Di Muka Dan Badan
1. Tahi Lalat di Dahi
Jika anda mempunyai tahi lalat di tengah-tengah dahi, itu bermaksud anda seorang yang bijak dan tenang, mempunyai wawasan yang jelas dan berusaha keras.
Jika di sebelah dahi kanan pula, anda akan menjadi seorang yang kaya.
Tetapi jika tahi lalat anda di sebelah kiri, anda bernasib malang dan akan menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri.
Manakala jika lokasinya di mana-mana belah pelipis dahi kiri ataupun kanan, itu bermaksud anda akan mendapat keuntungan kewangan dan bakal mengahwini teman hidup yang cantik/kacak.
2. Tahi Lalat di Kening
Macam mana pula kalau anda mempunyai tahi lalat di kening?
Jika tahi lalat anda terletak di tengah-tengah antara bulu kening anda, itu menandakan anda mempunyai sifat kepimpinan dan cenderung untuk dapat kemasyhuran dan kemewahan kewangan.
Namun jika ia terletak di bulu kening kiri anda, itu bermakna anda seorang yaang penakut dan akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan pekerjaan dan perniagaan.
Tetapi jika di bulu kening belah kanan, anda akan mendapat kehidupan dan perkahwinan yang bahagia dan dikurniakan zuriat yang sihat.
3. Tahi Lalat di Mata
Kalau mempunyai tahi lalat di mata kanan, anda adalah seorang yang jujur, rajin bekerja dan boleh dipercayai.
Jika di mata belah kiri pula, anda adalah seorang yang sombong dan bersikap pesimis.
4. Tahi Lalat di Hidung
Ramai kan yang ada tahi lalat di hidung?
Tahi lalat yang terletak di hujung hidung menandakan seseorang itu bersikap impulsif dan sering membuat keputusan tanpa berfikir.
Kalau di hidung sebelah kanan, itu petanda yang anda akan dapat wang tanpa harus bekerja keras.
Manakala jika di sebelah kiri hidung, anda kurang bertuah dan perlu bersusah-payah dalam hidup.
Tahi lalat di bawah hidung pula membawa makna yang anda mempunyai tarikan seksual dan mudah menarik perhatian jantina berlawanan.
5. Tahi Lalat di Pipi
Tidak kiralah di belah kiri atau kanan, kebanyakan manusia ada tahi lalat di pipi kan?
Menurut ilmu nujum tahi lalat, jika di pipi kiri, anda adalah seorang yang introvert, mudah marah dan cenderung untuk berbelanja besar walaupun setelah mendapat keuntungan.
Jika di pipi kanan pula, anda mempunyai personaliti yang dominant, berfikiran logik dan tahu bagaimana untuk mencari wang dengan bijak.
6. Tahi Lalat di Telinga
Selain itu, jika anda mempunyai tahi lalat di mana-mana bahagian telinga, itu menandakan anda akan mendapat kehidupan yang mewah.
Manakala jika di bahagian atas atau cuping telinga pula, anda adalah seorang yang sangat intelektual.
7. Tahi Lalat di Bibir
Jika di mana-mana bahagian bibir, itu bermaksud berat badan anda mungkin naik dan bakal mengalami masalah kesihatan yang lain jika anda tidak jaga pemakanan anda.
Andai pula di bibir bawah, anda mempunyai rasa dan pilihan yang hebat dalam makanan dan drama.
8. Tahi Lalat di Lidah
Walaupun tidak zahir pada pandangan orang ramai, tahi lalat di lidah turut mempunyai maksud menurut ilmu nujum tahi lalat.
Mereka yang mempunyai tahi lalat di lidah menandakan bahawa mereka bakal menghadapi masalah kesihatan dan yang berkait dengan pertuturan serta cabaran dalam pendidikannya.
Kalau di hujung lidah pula, mereka bijak mengawal keadaan, berdiplomatik dan penggemar makanan.
9. Tahi Lalat di Dagu
Seandainya orang di sekeliling anda mempunyai tahi lalat di dagu, cuba perhatikan sama ada mereka suka menggembara ataupun tidak.
Ini kerana tahi lalat di dagu menandakan bahawa seseorang itu adalah penggembara tegar dan suka meneroka pelbagai tempat.
Manakala jika ia terletak di dagu sebelah kanan, dia adalah seorang yang berfikiran logik dan bijak mengutarakan jawapan.
Sebaliknya, jika di dagu kiri, seseorang itu suka berterus terang dan benar-benar jujur.
10. Tahi Lalat di Leher
Jika tahi lalat anda terletak di tengah-tengah leher, anda bernasib baik, mempunyai suara yang menenangkan dan mempunyai bakat seni.
Kalau di belakang leher pula, anda mempunyai perangai yang agresif.
Rahsia Tahi Lalat Pada Badan
Lokasi tahi lalat menurut Samudrika Shastra membawa maksud tersendiri. Walaupun di bahagian badan yang sama, ia boleh membawa maksud yang berlainan jika terletak di sisi yang berbeza.