KelabMama

Pesakit Gastrik WAJIB Tahu! 10 Makanan Untuk Kurangkan Gastrik Dengan Cepat!

makanan untuk gastrik

Gastritis ialah keradangan dinding perut yang mengakibatkan sakit perut, loya, muntah dan gangguan pencernaan yang lain. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk jangkitan bakteria, penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) dan tekanan.

Terdapat beberapa kaedah perubatan alternatif dan tradisional yang membantu mengurangkan gejala dan melegakan keadaan ini.

Bagi melengkapkan pemahaman tentang gastritis, Mama Siti cerita dahulu punca bagaimana gastrik boleh berlaku. Seterusnya, kita ketahui pula makanan yang baik untuk gastrik.

Punca-Punca Terjadinya Gastritis Kepada Seseorang

#1 Jangkitan bakteria Helicobacter pylori: Bakteria ini boleh menyebabkan keradangan dinding perut dan mengganggu lapisan pelindung perut.

#2 Penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID): Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh merosakkan lapisan pelindung perut dan menyebabkan keradangan.

#3 Tekanan: Tekanan yang berpanjangan boleh mencetuskan pengeluaran asid perut yang berlebihan dan menyebabkan keradangan dinding perut.

#4 Autoimun: Sesetengah kes gastrik disebabkan oleh sistem imun badan yang menyerang sel-sel sihat di dinding perut.

#5 Penyakit refluks gastroesophageal (GERD): Refluks asid perut dari esofagus ke dalam perut boleh merosakkan lapisan pelindung perut dan menyebabkan keradangan.

#6 Faktor umur: Semakin meningkat usia, dinding perut menjadi lebih mudah terdedah kepada keradangan.

#7 Diet tidak seimbang: Makanan pedas, berlemak dan berminyak boleh mencetuskan pengeluaran asid perut dan menyebabkan keradangan dinding perut.

10 Makanan Yang Disyorkan Untuk Pesakit Gastrik

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan gejala gastrik, antaranya:

#1 Oatmeal (Bijirin)

Makanan ini boleh membantu melegakan keradangan pada lapisan perut dan menyediakan serat yang membantu melancarkan pencernaan.

#2 Beras perang

Kredit gambar: Wafuken

Beras perang mengandungi serat dan karbohidrat kompleks yang baik untuk penghadaman dan membantu mengurangkan gejala gastrik. 

#3 Sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kubis mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang boleh membantu membaiki sel perut yang rosak.

#4 Pisang

Kredit gambar: Astronauts.id

Pisang kaya dengan serat dan vitamin C membantu proses pencernaan dalam perut Mama.Tambahan pula, pisang sebenarnya boleh mengelakkan masalah sembelit. 

#5 Beri

Buah-buahan seperti blueberry, raspberi, dan strawberi kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Ketiga-tiga jenis beri tersebut sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah keradangan perut. 

#6 Ikan

Ikan seperti ikan kembung dan ikan tongkol kaya dengan omega-3. Nutrisi kedua-dua ikan itu berperanan sama dengan ikan salmon dan tuna. 

#7 Halia

Herba halia mempunyai sifat anti-radang semula jadi yang mampu melegakan gejala gastrik. Amalkan minuman teh halia atau tambahkan dalam masakan Mama setiap hari. 

#8 Kekacang

Kredit gambar: rsud.sawahluntokota.go.id

Kacang yang paling mudah didapati dengan harga yang mampu milik ialah kacang tanah. Contoh-contoh makanan yang menggunakan kacang tanah termasuklah kuah kacang atau menu pecal. 

Selain itu, jenis kacang badam dan kacang merah juga boleh dijadikan sebagai alternatif oleh kerana ia ialah sumber serat, lemak dan protein terbaik untuk perut. 

#9 Teh herba

Teh chamomile dan teh daun pudina mempunyai ciri-ciri anti-radang serta boleh melegakan gejala gastrik seperti loya dan sakit perut.

Walau bagaimanapun, pudina mungkin mengakibatkan refluks asid pada sesetengah orang, jadi perlu diingat bahawa teh pudina mungkin bukan untuk semua orang.

#10 Nasi putih

Orang nusantara kalau tak jumpa nasi tak sah lah kan. Nasi putih pun bagus sebenarnya untuk pesakit gastrik kerana dipercayai mampu melancarkan sistem penghadaman dalam perut.

Namun begitu, pengambilannya hendaklah dikawal kerana bimbang kalau berlebihan boleh menjurus kepada penyakit lain pula. 

Senarai Rawatan Gastrik dan Kaedah Mengurangkan Gejala

Kredit gambar: Detik Health

Rawatan untuk gastrik bergantung kepada punca dan keadaan pesakit. Beberapa pilihan rawatan yang mungkin disyorkan oleh doktor termasuk:

#1 Ubat-ubatan

Doktor selalunya akan menyediakan preskripsi ubat antasid, antibiotik dan ubat anti-radang.

Ubat antibiotik khas untuk gastrik yang berpunca dari jangkitan bakteria manakala ubat anti-radang pula dikhususkan untuk gastrik yang disebabkan oleh NSAID.

#2 Gaya hidup

Beberapa perubahan gaya hidup yang membantu mengurangkan gastritis adalah dengan mengelakkan makanan pedas, berminyak dan berlemak, mengelakkan alkohol dan merokok, menguruskan tekanan, dan mengamalkan diet yang seimbang.

#3 Terapi penggantian enzim

Jika gastritis disebabkan oleh kekurangan pengeluaran enzim pencernaan, doktor mungkin mengesyorkan terapi penggantian enzim agar dapat meningkatkan penghadaman.

#4 Endoskopi 

Apabila gastritis menjadi semakin teruk atau tidak bertindak balas terhadap rawatan, doktor akan menjalankan kaedah endoskopi untuk melihat keadaan sebenar perut Mama.

Pesakit gastrik sangat sensitif dengan keadaan perut mereka. Oleh itu, jika Mama ada ada ahli keluarga Mama yang mengalami gejala gastrik, sediakan makanan untuk gastrik seperti yang telah Mama Siti senaraikan.

Mama juga boleh pelbagaikan menu makanan dan minuman yang bersesuaian setiap hari. Mudah-mudahan, gastritis yang dialami menjadi lebih baik dan tidak begitu menyakitkan.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak tips untuk kesihatan Mama di SINI!