KelabMama

Makanan Pantang Yang Boleh dan Tak Boleh Dimakan

Selepas hampir 9 bulan 10 hari mengandung dan akhirnya selamat melahirkan, bukanlah bererti waktu untuk mama terus aktif seperti sebelum mengandung. Malah, tradisi turun-temurun orang Asia, termasuklah Melayu, Cina dan India amat menitikberatkan waktu berpantang. Makanan pantang pun penting kalau nak dalaman cepat sihat.

Waktu berpantang ialah waktu yang dikhaskan untuk mama berehat dan merawat diri setelah berhempas pulas melahirkan bayi. Kebiasaannya, mama dan bayi tak dibenarkan keluar dari rumah dalam tempoh berpantang. Makanan pun tak boleh sembarangan. Tradisi ini diamalkan dari dulu lagi untuk memastikan mama dan bayi sihat sepenuhnya setelah proses kelahiran. 

Bila sebut je tentang berpantang, mesti tak boleh lari dengan menu makanan pantang yang kebanyakkannya tak begitu menyelerakan. Malah, ada yang merasakan makanan pantang seperti satu ‘penyiksaan’ buat mama kerana terpaksa bertahan dari menikmati makanan yang sedap. 

Walaupun tak ada kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanan makanan pantang ini, Mama Siti yakin, pengalaman orang dulu-dulu ni benar-benar membantu mama yang baru lepas bersalin untuk cepat pulih dan sihat seperti sediakala selepas berpantang.

Waktu Berpantang

Waktu berpantang berbeza-beza mengikut kaum. Kaum Cina berpantang selama 30 hari dan bagi kaum Melayu pula, kebiasaannya antara 44 hingga 50 hari. Ada juga sesetengah wanita yang mengamalkan pantang selama 100 hari. 

Sepanjang tempoh ini, mama yang baru lepas bersalin perlu menjaga pemakanan dengan betul bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini berlaku seperti luka bersalin lambat sembuh atau terbuka semula serta kesihatan mental dan dalaman mama itu sendiri. 

Kredit Apa Kata Orang

Waktu berpantang, mama mempunyai pilihan makanan yang terhad. Ini adalah untuk mengelakkan angin yang boleh membuatkan rasa tak selesa serta memperbaiki aliran darah dan penghasilan susu yang baik dan banyak. 

Makanan pantang yang boleh dan tak boleh dimakan semasa berpantang

Kebanyakkan makanan pantang adalah jenis makanan yang tak gatal, berangin, sejuk atau tajam untuk badan. 

Cara makanan itu disediakan dan dimasak juga memainkan peranan penting. Makanan bergoreng tak digalakkan untuk mama yang sedang berpantang. Sebaiknya masakan yang dihidangkan direbus, dipanggang atau distim sahaja. 

Bila dah banyak pantang-larangnya dan terhad pemilihannya ditambah pula dengan cara penyediaannya, mesti ramai merasakan makanan pantang ni selalunya tak berapa sedap dan kurang berperisa. Tapi Mama Siti yakin, untuk sihat dan pulih seperti sediakala, pasti mama-mama di luar sana sanggup berkorban apa saja kan?

Antara makanan yang diboleh dan tak boleh dimakan semasa mama berpantang termasuklah:

#1 Ayam & Daging

Semua jenis ayam termasuklah ayam kampung dan ayam biasa, juga daging lembu batang pinang dan daging kambing dibolehkan untuk mama yang sedang berpantang. Tapi seeloknya pilihan ayam dan daging hendaklah yang tak terlalu berlemak. Mama juga mungkin boleh mencuba daging burung seperti burung puyuh, dan burung merpati yang tak terlalu berlemak dan manis lemak rasanya. 

Tapi ada juga yang akan merasa gatal di bahagian jahitan bila makan ayam atau daging. Begitu juga dengan telur. Apa pun bergantung pada ketahanan badan seseorang itu.

#2 Ikan & Makanan Laut

Pilihan ikan selalunya agak terhad. Kebiasaannya, ikan haruan akan menjadi ikan pilihan mama berpantang. Antara ikan yang boleh dimakan selain dari ikan haruan ialah ikan…

Ikan-ikan ini berkhasiat untuk pulihkan luka luaran dan dalaman mama yang bersalin kerana sumber mineralnya yang tinggi untuk sembuhkan luka.

Mama juga diingatkan untuk elakkan ikan-ikan yang boleh membuatkan mama gatal pada luka dan melambatkan luka sembuh. Antaranya :

Makanan laut yang lain seperti udang, ketam dan sotong juga tak digalakkan makan semasa berpantang. Dan yang paling pantang sekali ialah kerang. Ingat ya mama!

#3 Sayuran & Buah-buahan

Sayur, ulam-ulam dan buah-buahan perlu untuk diet pemakanan mama berpantang bagi memudahkan sistem penghadaman dan supaya mudah lawas. Ia juga memberi sumber vitamin yang baik, bukan je untuk mama, tapi juga untuk si bayi baru lahir yang masih menyusu badan. 

Banyak jamu yang dihasilkan daripada herba dan ulam-ulam yang boleh memulihkan tubuh mama dengan segera. Mama digalakkan mengambil sayur dan ulam seperti peria, halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup, daun kaduk, daun pudina dan daun kari. Sayur-sayuran seperti sawi, lobak, brokoli, bayam dan kubis bunga juga baik untuk mama. Buah-buahan seperti anggur, kurma, oren, epal, strawberi dan longan cina banyak sumber vitamin C untuk menambah daya imunisasi badan. 

Tak semua sayur, ulam-ulam dan buah-buahan yang boleh dimakan oleh mama yang sedang berpantang. Mama yang sedang berpantang tak digalakkan makan ubi kayu, petola, terung, timun, tomato, kubis, saderi, sayur keladi, labu, petai, jering dan cili. Sementara buah-buahan yang tak boleh dimakan pula ialah buah nenas, limau, tembikai, pir, pisang, jambu, kiwi, belimbing, durian, mangga, betik, ciku, nangka, cempedak, manggis dan kuinin

Kebanyakkan makanan-makanan yang dilarang ini adalah sejuk dan mengecutkan rahim serta melambat proses pemulihan selepas melahirkan. 

#4 Makanan lain

Mama juga digalakkan mengambil herba-herba yang asli dan semulajadi seperti lada hitam, lada putih, halba, kayu manis, cengkih, ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis

#5 Air

Selain daripada makanan-makanan tertentu, mama juga dinasihatkan untuk tak minum sembarangan jenis air. Yang terbaiknya ialah minum air suam dengan banyak kerana mama juga akan kehilangan air apabila mula menyusukan bayi. 

Untuk memberi tenaga, mama digalakkan minum air pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu dan minum malt serta coklat. 

Elakkan dari mengambil air berais, berkarbonat, tebu, cincau, air kelapa, jus dan cuka buah yang agak tajam dan pedih. 

Resepi Makanan Pantang Yang Boleh Mama Cuba

Memang banyak makanan yang tak boleh dimakan semasa berpantang tapi demi untuk kesihatan masa panjang, Mama Siti berpesan supaya mama sabar dan tahan nafsu tu. 

Mama juga kena sentiasa berfikiran positif. Makanan yang terhad pilihannya masih sedap untuk dimakan jika betul cara hidangannya. Ini ada resepi berpantang yang boleh mama cuba untuk menaikkan selera mama. 

Resepi Makanan Pantang #1 IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS

Kredit Gedung Resepi

Bahan-bahan :

Cara-cara :

1. Bersih isi ikan, mayang semua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai. 

2. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan. 

3. Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam. Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak.

Mama tak perlu tambah air bila menyediakan masakan ini kerana jus dari ikan itu sudah memadai.

Resepi Makanan Pantang #2 AYAM PANGGANG SELERA PANTANG

Kredit Marina Bashah

Bahan-bahan :

Bahan-bahan untuk dikisar:

Cara-cara :

1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.

2) Panggang sehingga masak.

3) Panaskan sedikit minyak.

4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.

5) Masukkan serai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa dan garam.

6) Tambah air dan biarkan mendidih. Curahkan ke atas ayam tadi.

Resepi Makanan Pantang #3 SUP LOBAK PUTIH

Bahan-bahan :

Cara-cara :

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Tumis dalam minyak yang sedikit.

3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.

4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.

5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.

6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.

7. Boleh dihias dengan daun bawang, daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Resepi Makanan Pantang #4 SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

Kredit Cik Nor Blog

Bahan-bahan : 

Bahan Dihiris Kasar :

Cara Penyediaan :

1) Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang putih, ketumbar, cili kering dan asam keping hingga empuk.

2) Kemudian, masukkan bawang besar, garam dan gula.

3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Resepi Makanan Pantang #5 IKAN BILIS BERKUNYIT

Kredit Diane Serra

Bahan-bahan :

Cara Penyediaan :

1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.

2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.

Sebenarnya waktu berpantang adalah waktu untuk mama semua relaks dan merehatkan diri. Sokongan keluarga lebih-lebih lagi sokongan dari suami juga sangat-sangat penting dalam proses berpantang ni. Biasalah hormon mama selepas melahirkan bayi masih belum stabil dan mudah terganggu. Keadaan yang meletihkan akan menambahkan lagi tekanan. Sebab itulah makanan berpantang banyak yang berunsurkan terapi dalaman untuk memulihkan dan menyihatkan tubuh badan mama. 

Semoga mama semua tenang dalam berpantang dam sihat-sihat sentiasa. Semoga membantu!

BACA JUGA Mama Perlukah Risau Pendarahan Ketika Hamil?

Pesan Mama Siti

Kalau dulu ye makanan pantang ni membosankan tapi sekarang dah ada pelbagai resepi makanan pantang yang sedap-sedap. Mama Siti sendiri rindu nak makan makanan pantang tau. Boleh rasa beza kulit kita bila kita makan makanan pantang ni tau. Ye lah makanan yang sihat kan, tanpa minyak, tak pedas. Bukan je buat badan sihat, kulit pun cantik tau!