KelabMama

15 Idea Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mama Boleh Sediakan Untuk Si Manja

bayi sedang menikmati makanan bayi 1 tahun

Pilihan idea makanan bayi 1 tahun perlu dipastikan lengkap dengan segala nutrisi penting untuk tumbesaran mereka yang lebih baik serta sihat.

Kebiasaannya apabila bayi sudah masuk umur 1 tahun mulalah si Mama mencari idea makanan bayi 1 tahun yang lazat dan berkhasiat. Sebagai contoh anak kita, apabila sudah pandai memilih makanan dan kalau boleh apa yang dia lihat kita makan itulah yang dia nak makan.

Perubahan ini adalah normal untuk bayi yang baru masuk umur setahun. Tambahan pula ketika ini gigi mereka sudah bertambah banyak maka si Mama perlu tahu struktur makanan bagaimana yang perlu diberikan kepada mereka. Ia akan ada sedikit perubahan ke atas selera makan mereka.

Malah, sebagai seorang ibu yang prihatin, Mama pelu tahu mengenai ilmu penyediaan makanan bayi umur 1 tahun. Supaya Mama tidak salah untuk menyediakan makanan buat si manja tersayang.

Kadang-kadang apa yang dimasak tidak disukai oleh mereka dan puas pula untuk pujuk anak supaya mereka makan. Tambah-tambah jika makanan tersebut ada sayur, lagilah anak menolak.

Oleh itu, di bawah ini kami telah kongsikan menu makanan apa yang boleh dimasak untuk anak berusia 1 tahun. Mama boleh rujuk semua menu-menu tersebut di bawah ini. Selamat mencuba!

Senarai Menu Makanan Bayi 1 Tahun Yang Lazat

#1. Nasi Goreng Ikan Bilis

Kredit gambar: www.mccormickasia.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan merah sehingga lumat.
  2. Tumis dengan sedikit minyak zaitun.
  3. Apabila sudah wangi dan keperangan, boleh masukkan nasi. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan sayur, kacau seketika dan tutup api.

#2. Jemput-jemput Ikan Bilis

Kredit gambar: www.majalahpama.my

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Tumbuk ikan bilis sehingga lumat
  2. Masukkan ikan bilis, bawang, kentang dan daun sup dalam tepung.
  3. Tambahkan air agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sehingga sebati.
  4. Gorengkan dalam minyak zaitun sehingga keperangan.

#3. Makaroni Goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Kisarkan udang kering, bawang merah dan putih.
  2. Cairkan sedikit unsalted butter, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan keperangan.
  3. Masukkan makaroni dan gaul sebati.

#4. Chicken pie

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Rebus kentang sampai empuk.
  2. Rebus isi ayam sampai lembut.
  3. Lenyekkan kentang dengan susu dan unsalted butter.
  4. Tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
  5. Masukkan sedikit air (jangan banyak sangat nanti pie berair).
  6. Masukkan isi ayam yang diracik halus.
  7. Masukkan tomato, daun sup dan serbuk kayu manis.
  8. Didihkan sampai agak-agak kering.
  9. Gaul sebati hasil tumisan dengan kentang yang telah dilenyek.
  10. Masukkan ke dalam bekas aluminium kecil untuk membuat pie.
  11. Parutkan sedikit cheese dan taburkan.
  12. Bakar 130 Celcius selama 45 minit.

#5. Sup Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Halia dan bawang putih ditumbuk.
  2. Bawang merah di hiris halus dan digoreng dengan minyak zaitun (bawang goreng).
  3. Tumiskan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga).
  4. Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Masak sampai wangi.
  5. Masukkan ayam, masak sekejap sehingga tiada darah.
  6. Masukkan air tapis. Renehkan dengan api kecil. Masukkan kentang.
  7. Sebelum tutup api, masukkan sayur-sayuran.
  8. Hidangkan bersama daun bawang dan daun sup.

#6. Pancake Kurma

Kredit gambar: www.creativenourish.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan soda bikarbonat.
  3. Masukkan sedikit puri kurma.
  4. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Panaskan kuali dan cairkan unsalted butter.
  6. Masukkan satu senduk bancuhan tadi. Masak dengan api yang kecil.
  7. Dah siap, boleh dimakan juga dengan madu.

#7. Makanan Bayi 1 Tahun Dengan Biskut Melt In Mouth

Kredit gambar: www.munatycooking.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Pre-heat Oven 190 Celcius.
  2. Pukul unsalted butter sampai kembang.
  3. Masukkan tepung, gaul sebati.
  4. Cara tambah perisa, sama ada 1/3 adunan ditambah dengan 1 sudu besar puree kurma.
  5. 1/3 adunan ditambah dengan susu ibu.
  6. 1/3 adunan ditambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma.

#8. Ikan Tenggiri Panggang Butter

Kredit gambar: feastwithsafiya.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Lumurkan potongan ikan tenggiri tu dengan bawang putih dan kunyit.
  2. Perapkan.
  3. Panaskan kuali dengan butter, masak ikan sehingga keperangan.

#9. Makanan Bayi 1 Tahun Dengan Nugget Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Kisarkan ayam dengan sedikit air masak (jangan banyak nanti susah nak kepal).
  2. Campurkan sedikit tepung sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa tepung tu lebih dominan.
  3. Celup dalam telur.
  4. Golekkan dalam mangkuk berisi oat.
  5. Goreng dengan minyak zaitun.

#10. Creamy Cheezy Chicken Pasta

Kredit gambar: lmld.org

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Rebus marcaroni dengan air dan sedikit minyak zaitun.
  2. Tumis semua bawang dengan unsalted butter.
  3. Masukkan isi ayam.
  4. Masukkan air/stok ayam.
  5. Tambah tepung dan kacau sehingga tidak berketul.
  6. Masukkan sayur.
  7. Bila dah mendidih, masukkan cheese, pepper dan mixed herbs tadi.
  8. Tutup api bila cheese dah cair.

#11. Makanan Bayi 1 Tahun – Kentang Bakar

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Bersihkan kentang, dan potong ikut bentuk yang Mama suka.
  2. Gaul dengan sedikit pepper, bawang putih yang telah dicincang dan unsalted butter.
  3. Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven, boleh bakar atas kuali tapi kena steamkan dulu, biar kentang menjadi lembut.

#12. Makanan Bayi 1 Tahun – Biskut Kering

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Terap roti gardenia mengikut bentuk yang Mama suka.
  2. Bakar pada suhu 110 celcius selama 10 minit.
  3. Bakar sehingga keperangan (semua air dah keluar dari roti).
  4. Sejukkan.

#13. Carrot Cek Mek Molek

Kredit gambar: salamisimon1.blogspot.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Rebus keledek dan lobak merah bersama sebatang kayu manis sehingga empuk.
  2. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ada air susah nak bentuk.
  3. Lenyek-lenyek dan kepal-kepal menjadi bentuk cek mek molek.
  4. Kalau ada kurma, Mama boleh letakkan juga isi kurma.

#14. Volcano Mash Potato Dengan Chessy Chicken Gravy

Kredit gambar: theveganatlas.com

Bahan bahan:

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa.
  2. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato.
  3. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi.
  4. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puri isi ayam dengan cheese dan stok ayam.
  5. Stok ayam tu apabila panas, ia akan cair macam air jadi tak perlu tambah air.
  6. Apabila sudah masak, curahkan sahaja ke atas atasnya.

#15. Makanan Bayi 1 Tahun Dengan Bergedil Ayam Baby

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Kupas kentang dan potong ayam menjadi kecil dan racik daun sup.
  2. Steamkan kentang dan isi ayam.
  3. Lenyek kentang dan isi ayam yang sudah di steam.
  4. Masukkan isi ayam dan daun sup ke dalam acuan kentang yang sudah dilenyek tadi. Gaul sebati.
  5. Masukkan serbuk bilis dan gaul sebati.
  6. Bentukkan acuan tadi bentuk bulat atau ikut citarasa masing-masing.
  7. Celup telur dan terus goreng.

Sebenarnya idea untuk memasak ini terpulang kepada Mama untuk memilih menu apa yang perlu dimasak untuk anak anda. Paling utama sekali, Mama memasaknya menggunakan air tangan sendiri dengan menyediakan makanan penuh nutrisi untuk tumbesaran mereka yang sihat.


Mama boleh juga cuba resepi bubur ayam ala MCD ini untuk si manja tersayang, dengan klik di SINI!