KelabMama

Daripada Cerewet Menjadi Berani: Cara Membantu Si ‘Picky Eater’ Mencuba Makanan Baharu yang Lebih Sihat

Farmers Union

Hai Mama semua, adakah waktu makan menjadi medan pertempuran harian Mama?

Jangan risau; Mama tidak keseorangan!

Normal bagi kanak-kanak melalui fasa di mana mereka seolah-olah menolak apa sahaja makanan yang Mama hidangkan.

Tetapi Mama jangan risau, ada cara mudah dan berkhasiat untuk mengubah keadaan ini!

Snek Mudah – Padat dengan Nutrisi

Penuh dengan protein, kalsium, dan kebaikan yang mudah dihadam, yogurt adalah snek berkhasiat untuk membekalkan tenaga kepada anak-anak Mama sepanjang hari.

Sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, atau snek ringkas, ia adalah superfood serbaguna yang boleh dimasukkan ke dalam makanan kegemaran mereka.

Ini menjadikannya cara yang mudah dan lazat untuk menyokong pertumbuhan anak-anak dan memastikan mereka kekal bertenaga sepanjang hari.

Apabila memilih yang terbaik, semestinya Farmers Union Greek Style Yogurt yang menonjol sekali!

Dibuat dengan 100% susu Australia dan diperkaya dengan kultur hidup seperti S. Thermophilus dan L. Bulgaricus yang membantu menyokong kesejahteraan pencernaan dan kesihatan usus yang sihat, ia adalah pilihan yang sempurna untuk menambah nutrisi dalam hidangan si kecil Mama.

Jika kanak-kanak tidak menggemari rasa tart-nya, jangan risau; teksturnya yang berkrim dan serba guna menjadikannya senang untuk dicampurkan ke dalam smoothie, digabungkan dengan buah-buahan atau ditambah dengan sedikit madu untuk mencipta rasa yang lebih menarik dan yang pasti mereka akan menyukainya.

Mama buat secara rahsialah—mereka pasti tidak akan tahu!

Perisa yang Digemari oleh Kanak-kanak

Tahukah Mama bahawa Farmers Union menawarkan rangkaian Kids 90g yang mengandungi satu bilion probiotik setiap hidangan?

Probiotik menyokong kesihatan usus anak-anak Mama dengan menggalakkan mikrobiom yang seimbang, yang penting untuk pencernaan dan penyerapan nutrien yang optimum.

Rangkaian ini didatangkan dengan perisa yang disukai oleh kanak-kanak, seperti strawberi, madu, vanila, dan mangga, di samping ia memberikan sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke atas, ia adalah pilihan yang sesuai untuk sarapan atau snek tanpa rasa bersalah.

Jadi, Mama boleh rasa lega sekarang!

Jadikan ia Lebih Menarik!

Anak-anak lebih bersemangat untuk makan apabila mereka turut serta dalam menyediakan hidangan.

Jadi, libatkan mereka di dapur.

Bergantung pada umur anak-anak, mereka boleh membantu dengan tugasan seperti memotong, mengupas, atau mengacau.

Mama hanya perlu mengawasi mereka dengan hati-hati, terutamanya apabila menggunakan peralatan tajam atau berhampiran dengan objek panas.

Pengalaman awal di dapur akan membina keyakinan dan minat anak-anak dalam memasak apabila mereka membesar.

Untuk aktiviti yang menyeronokkan, biarkan anak-anak membantu Mama membuat aiskrim popsicle menggunakan Farmers Union Greek Style Probiotic Kids Yogurt:

  1. Mula-mula, buka penutup yogurt.
  2. Tambah buah-buahan, gaul dan masukkan batang popsikel.
  3. Bekukan selama 3 jam atau semalaman.

Untuk menikmatinya, lalukan cawan di bawah air suam selama 10-15 saat, kemudian keluarkan popsicle tersebut!

Snek Mudah Dibawa!

Mama kalau sedang mencari snek yang mudah dan cepat, dapatkan Farmers Union Pouches untuk snek pantas di mana sahaja.

Ia mudah dipicit, senang, dan mengkurangkan kekotoran – sesuai sebagai menu lunch box, pagi yang sibuk, dan anak-anak makan dalam kereta.

Dengan pelbagai perisa seperti strawberi, vanila, dan mangga, pouch ini menjadikan snek yang sihat mudah dan menyeronokkan.

Resepi Mudah dan Menyeronokkan untuk Seluruh Keluarga

Farmers Union Greek Style Yogurt bukan sekadar kegemaran keluarga, ia juga membawa perubahan besar di dapur.

Varian All Natural sangat sesuai untuk memasak dan boleh menggantikan telur, krim pekat, atau sour cream.

Cubalah dengan mango lassi atau kari!

Ia adalah cara yang hebat untuk menambahkan kelainan pada hidangan manis dan sedap.

Untuk pencuci mulut, cuba idea mesra keluarga ini:

Kredit Video: YouTube Channel Motherhood Story

Manfaat untuk Seluruh Keluarga

Untuk remaja, dewasa yang aktif, dan warga emas, varian Muscle & Bone Health adalah pilihan yang ideal.

Dikemas dengan 12 g protein dan hanya 0.5 g lemak setiap hidangan, ia menyokong pembinaan otot sambil mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.

Mempunyai perut yang sensitif?

Yogurt Bebas Laktosa dari Farmers Union mesra perut dan tetap kaya dengan kalsium tanpa gula tambahan.

Jenama Dipercayai dan Disahkan Halal

Farmers Union Greek Style Yogurt sangat serbaguna; ideal untuk sarapan cepat, pencuci mulut sihat atau snek untuk anak-anak yang aktif.

Dipenuhi dengan probiotik, kalsium, dan protein, ia menyokong kesejahteraan keluarga dan memberikan kebaikan yang menyeluruh.

Jadi, tunggu apa lagi, Mama!

Kunjungi laman web Farmers Union hari ini untuk meneroka pelbagai resepi yang pasti menjadi kegemaran di rumah Mama.

Raikan Hari Malaysia Bersama Farmers Union & Bega

Nanti dulu—kami ada berita menarik!

Farmers Union dan Bega mengadakan kempen bersempena Hari Malaysia dari 1 September 2024 hingga 31 Oktober 2024. Sertai sekarang dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM33,000!

Kunjungi pasar raya terdekat dengan Mama SEKARANG!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan dan kesihatan di SINI.