Ikan laga yang dipelihara hendaklah dibekalkan dengan sumber makanan yang bersesuaian dengan usia kehidupannya.
Jenis makanan anak ikan laga ialah pelbagai tetapi yang pasti kebanyakkan mempunyai protein tinggi untuk tumbesaran anak ikan laga.
Dalam masa yang sama, kita perlu cakna dengan cara memberi anak ikan laga makan. Ada yang perlu dibancuh dengan air dan ada pula yang boleh diberikan terus.
7 Makanan Anak Ikan Laga
#1 Kutu Air
Bagi anak ikan laga yang baru menetas atau berumur 3 hari sangat sesuai diberikan kutu air sebagai diet seharian. Kutu air mempunyai khasiat untuk pelbagai jenis ikan laga membesar dengan kuat dan sihat.
#2 Cacing Sutera
Nutrisi protein yang ada dalam cacing sutera memenuhi keperluan tumbesaran ikan laga yang sihat.
Menariknya, cacing sutera dijual dalam keadaan sejuk beku dan cara untuk memberi makan anak ikan laga adalah dengan menyahbekukannya.
#3 Jentik-jentik
Makanan ikan laga agar cepat besar yang seterusnya ialah jentik-jentik yang mempunyai kandungan protein tinggi sama seperti cacing sutera.
Ianya lebih praktikal kerana anak ikan laga antara senarai makanan hidup yang mudah ditemui dan diternak.
#4 Anak Udang (Artemia)
Artemia ialah salah satu daripada jenis makanan hidup anak ikan laga yang baik untuk membiak ikan laga yang sihat.
Ianya hadir dalam bentuk telur dan hanya perlu mencampurkan air untuk menetaskan udang air sebelum diberikan kepada anak ikan laga.
#5 Telur Kuning
Alternatif lain untuk makanan anak ikan laga baru lahir ialah telur kuning yang telah direbus. Petua untuk bagi anak ikan laga makan telur kuning ialah air bancuhannya mestilah air tanpa klorin atau air yang telah ditapis.
#6 Infusoria
Ianya dibiakkan melalui sayur busuk, daun ketapang dan daun pisang yang diperam dalam air ikan selama empat hingga lima hari.
Mikroorganisma halus berwarna putih yang wujud itulah makanan anak ikan laga yang dikenali sebagai paramesium dan amoeba.
#7 Daphnia Magna
Ianya boleh didapati dari takungan air yang terbiar atau kolam yang terbiar. Jenis makanan ikan laga ini perlu diberi secara berselang-seli dengan makanan proses demi melancarkan sistem pencernaan ikan laga.
Cara Untuk Memberi Makan Anak Ikan Laga
Usia panjang ikan laga bermula dari hari-hari terawal hidupnya. Oleh itu, sebagai penternak atau pembela perlu sentiasa peka dengan keadaan kesihatan anak ikan laga.
Sedari awal, sejak ikan laga baru menetas lagi kita perlu beri makan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dengan makanan hidup atau makanan buatan.
Makanan terbaik untuk anak ikan laga ialah makanan hidup. Contohnya kutu air, cacing sutera dan artemia kerana semuanya mengandungi protein tinggi untuk tumbesaran ikan laga.
Namun jika tidak mampu mendapatkan sumber makanan hidup, Mama masih boleh berikan anak ikan betta makan palette. Asalkan makanan buatan itu dalam saiz kecil dan mempunyai kandungan vitamin, serat, fosforus, kalsium, dan karbohidrat.
Mama perlu patuhi masa ketika memberi anak ikan laga makan kerana kegagalan mematuhi perkara ini mengakibatkan anak ikan mati lebih awal.
Kuning telur sangat baik sebagai makanan anak ikan laga umur 3 hari disebabkan oleh zarah halus kuning telur yang sesuai dengan saiz mulut ikan laga.
Jenis telur bagi telur kuning boleh diperolehi sama ada daripada telur ayam, telur itik dan telur puyuh.
Kesimpulannya, makanan hidup ialah makanan terbaik untuk anak ikan laga dari baru menetas hingga dewasa. Walaupun begitu, makanan buatan atau proses juga boleh diberikan kepada anak ikan laga asalkan ianya mengandungi khasiat yang diperlukan.
Semoga perkongsian kali ini membantu Mama dan Papa menternak anak ikan laga yang sihat dan kuat.
Dapatkan pelbagai tips haiwan peliharaan yang lain di SINI.