Masuk je mana-mana kedai sekarang, semua ada jual mainan plastik ni kan. Ada pelbagai bentuk dan menarik minat Mama Papa untuk belikan untuk anak-anak. Selalunya mainan ni dijual dalam harga yang murah je.
Permainan macam ni dapat membantu perkembangan otak anak-anak. Tapi Mama Papa perlu tahu mainan plastik ni jugak ada racun yang akan menjejaskan kesihatan anak-anak.
Mainan Plastik Kanak-kanak Mengandungi Racun
Dalam akaun Facebook Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), menyarankan mak ayah untuk elakkan memberi alat permainan plastik kepada anak-anak kerana didapati ada parafin berklorin iaitu sejenis bahan kimia yang beracun.
Kalau Mama Papa nak tahu bahan kimia ni digunakan dalam pembuatan pelbagai jenis plastik tau termasuklah dalam mainan anak-anak jugak. Bahan kimia ni boleh menyebabkan kerosakan pada hati, buah pinggang, kanser dan perkembangan otak anak-anak.
Selain tu, Puan Hatijah Hashim Pegawai Penyelidik CAP menyatakan kajian ni telah pun dijalankan dengan kerjasama International Pollutants Elimination Network (IPEN) mendapati alatan mainan yang dibeli di beberapa kedai negeri itu mengandungi parafin berklorin rantai tinggi.
Antara 31 bahan sampel yang telah dikumpul di 10 negara termasuklah Malaysia jugak iaitu mainan plastik berbentuk kuda tiup, ayam menjerit, itik getah, anak patung dan beruang plastik. Mainan ni telah dianalisi di makmal Prague, Republic Czech.
Jenis Permainan yang Selamat untuk Anak-anak
Mainan ni bukan sebagai menghibur untuk mereka je malah sebagai mendidik jugak tau. Alat mainan yang mempunyai pendidikan dapat merangsang kreativiti anak-anak, kemahiran motor dan jugak perkembangan kognitif menjadi lebih baik.
Untuk gantikan permainan plastik dengan permainan yang lebih selamat, ni antara ciri-ciri mainan yang Mama Siti suggest kan Mama Papa beli untuk anak-anak:
- Mainan kayu atau kain bebas dari bahan toksik
- Mainan magnet
- Patung yang boleh dicuci
- Permainan dari bahan fabrik dan dilabel kalis api (flame resistant)
- Mainan block atau lego
Mama Papa elakkan beli mainan plastik ni lagi, tak apa beli mainan yang mahal asalkan kesihatan anak-anak tak terjejaskan dan jugak dapat membantu sel-sel otak kanak-kanak berhubung.
Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan Mama Papa dan anak-ank di SINI.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.