KelabMama

Mama, Papa, Ajak Anak Anda Main Air di Rumah!

Tahukah anda, ketika mandi, anak-anaklah yang paling bahagia dan gembira. Mandi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka. Anda boleh lihat mereka begitu seronok bermain dengan buih-buih sabun, permainan plastik yang mereka ada, dan juga bau syampu buah-buahan yang wangi dan menarik perhatian mereka.

Bermain permainan yang menggunakan air adalah mudah, menyenangkan dan juga murah. Ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja sama ada di dalam ataupun di luar rumah.  Sungguh pun begitu, bermainlah  secara berhati-hati, jangan sekali-kali anda biarkan anak kecil anda bermain berseorangan ketika dia berhampiran dengan kolamnya ataupun baldi. Jadi, di sini ada beberapa cara bermain air yang sesuai dengan peringkat anak anda yang masih kecil: