KelabMama

Macam Mana Nak Dapatkan Badan Yang Ramping & Bertenaga Selepas Bersalin?

Kebiasannya bentuk tubuh badan wanita confirm berubah lepas bersalin kan? Berat badan meningkat, pipi jadi chubby, lemak ada di tempat-tempat yang tak sepatutnya sampai kita pun jadi pening. Macam mana nak dapatkan bentuk badan yang ramping, orang kata bentuk badan biola gitu.

Ada sesetengah mungkin kata, “Biasalah tu, lepas bersalin mestilah gemuk sikit…”. Tapi perkara ni mestilah akan jejaskan keyakinan diri mama untuk berdepan dengan orang ramai. Buat kaum wanita, jom ikut tips Puan Balqis Yunus ni, dijamin boleh dapatkan tubuh badan yang ramping walaupun lepas bersalin.

1. Menyusukan Bayi

Kajian menunjukkan bahawa proses menyusu badan ini akan membakar lebih kurang 300-500 kalori setiap hari.

Tak ada istilah bila menyusu rasa lapar, asyik makan je lepas tu badan jadi gemuk. So, mama pun tak nak breastfeed sebab takut gemuk. Padahal, lagi kerap mama breastfeedkan anak, lagi cepat turun berat badan mama, rahim cepat kecut, anak pun dijamin sihat! InshaAllah, mak dan anak sama-sama cantik!

2. Pastikan Badan Sentiasa Panas

Makan makanan yang memanaskan badan. Especially, halia dan lada hitam. Kalau perlu, makan la jamu yang boleh panaskan badan. Tapi make sure anak dah lepas level jaundis tu. Mama Siti cadangkan makan jamu ni seminggu selepas bersalin. Bila dalam pantang tu, pastikan hari-hari makan jamu kampung yang original.

Bila badan panas, mama pun akan cepat berpeluh. Berpeluh tu maksudnya badan tengah bakar lemak. Jadi, jangan culas buat rutin ni kalau nak dapatkan badan yang ramping!

3. Berbengkung 100 Hari

Pemakaian bengkung akan kempiskan perut agar badan jadi ramping dengan pantas.

Lebih lama lebih bagus sebenarnya. Pakai setiap masa kecuali masa mandi, masa berurut dan masa bertungku. Pastikan bengkung yang dipakai tu kemas dan selesa. Makin hari badan makin ikut bentuk, jadi ketatkan lagi supaya mama dapat bentuk badan yang diidamkan. Tapi kena ingat, sebelum pakai tu, letak minyak panas dulu kat atas perut. Barulah selesa dan cepat kecil perut tu.

4. Pastikan Tak Lepas Bertungku

Bertungku sekerap mungkin hingga tamat 44 hari pantang. Mama juga boleh mendapatkan CERAGEM. 10 hari mak bidan uli, bakinya baring atas CERAGEM sahaja. 2 kali sehari. Mama pasti akan berpeluh setiap kali melakukannya!

5. Jaga Makan!

Benda yang masuk perut paling penting. Makan dalam JUMLAH YANG KECIL, tapi KERAP. Kalau lapar, makan. Dahaga, minum. ELAKKAN minuman berais! Lagi lama elak ais lagi bagus. Lebih baik minum air suam je.

Sup ikan, sup ayam, sup sayur adalah pilihan terbaik. Sup tu kalau boleh penuhkan dengan halia dan lada hitam. Bagus untuk keluarkan angin dalam badan. Badan panas, peluh keluar, berat turun, mama pun happy!

6. Vitamin C & Habbatus Sauda

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres.

Amalkan dua supplement penting ni. Terutama bila dalam pantang. Diambil setiap malam sebelum tidur.

7. Elak Penghawa Dingin Selama 100 Hari!

Kalau boleh jangan pasang aircond hingga hari ke-100. Masuk kereta pun mama duduklah di tempat duduk belakang dan pakai sweater.

8. Pakai Stokin, Jangan Biarkan Kaki Sejuk.

Pakai stokin ketika berpantang dapat mengelakkan urat kaki mama daripada bersimpul dan elak angin memasuki badan.

Nak pastikan suhu badan kekal panas, pakai stokin. Cara ni telah diamalkan sedari zaman nenek moyang kita kerana di bahagian tapak kaki terdapat titik utama seluruh badan seseorang.

9. Pantang Dengan Suami

 Untuk para suami, Mama Siti hanya boleh bagi nasihat, sabar. Tu saja. Elakkan mengadakan hubungan dengan suami selama 100 hari. Maaf Encik Suami!

10. Berurut & Bertangas Adalah WAJIB

Berurut merupakan salah satu cara bagi mengekalkan badan kekal segar dan rasa lebih ringan ketika dalam pantang. Berurut dapat bantu lancarkan perjalanan darah dengan membantu membuang angin dan toksin. Sebab mama masih dalam pantang, selain dari bersenam, ada cara lain untuk buang toksin melalui peluh. Senang saja:

  1. Rebus halia , manjakani, serai wangi , daun pandan, daun limau purut , daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut.
  2. Letakkan di atas lantai, ambil kain yang besar seperti selimut (nipis), letakkan rebusan tadi dibawah kerusi kerusi dan duduk dalam setengah jam.

Lakukan 3 kali seminggu untuk minggu pertama, kemudian seminggu sekali. Badan mama mesti akan rasa ringan dan ramping. Tapi jangan lupa minum air kosong secukupnya. Rutin ni akan buat badan mama ringan dan wangi tau! Yang “bawah” tu pun rasa fresh! Setiap hari pastikan basuh yang ‘miss v’ guna air rebusan sireh. Luka cepat hilang dan ketat.

Sumber: Balqis Yunus

BACA JUGA RAHSIA BENGKUNG- PAKAI BUKAN UNTUK DAPAT BADAN KERENGGA

Pesan Mama Siti:

Apa yang penting untuk dapatkan bentuk badan yang ramping, mama mesti jaga pemakanan mama dan ikut segala rutin ketika berpantang. Bila mama rajin ikut tips ni, InshaAllah confirm mama dapat pakai baju zaman anak dara balik. Jangan ikutkan hati sangat nak berdiet. Bila mama amalkan diet yang tak sihat, susu pun jadi kurang berkhasiat, nanti anak tak dapat zat yang secukupnya.