KelabMama

Lucu! Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Teman Isteri Dalam Labour Room

Buat para suami yang menemani si isteri dalam Labour Room pasti ada pengalaman tersendiri kan? Terutamanya yang pertama kali nak bergelar papa ni. Sudah tentu pengalaman tu tak akan dilupa sampai bila-bila. Bukan si isteri saja yang rasa gementar, risau, takut, teruja tapi si suami yang menemani isteri turut rasa benda yang sama.

Jom ikuti perkongsian dari Milin Mieshalkhaliesh ini dimana dia berhadapan dengan pengalaman lucu bersama isteri di labour room.

Pengalaman teman wife dalam labour room

Selain dari berkongsi tentang pengalamannya, lelaki ini juga berkongsi tips untuk para suami yang bakal menemani isteri masing-masing dalam Labour Room nanti supaya para suami dapat bersedia fizikal dan mental.

Pastikan jaga makan minum wife

Antara tips yang lelaki ini kongsi untuk memudahkan proses kelahiran adalah dengan menggunakan kaedah bergurau bersama isteri semasa proses bersalin.

Suami boleh lakukan 5 cara ini untuk bantu tenangkan isteri dalam Labour Room

#1 Urutan yang melegakan

Si isteri pasti akan rasa lebih lega dengan urutan si suami. Dengan mengurut boleh lepaskan hormon endorfin yang menjadi pelega sakit kontraksi yang dialami oleh isteri. Cukup sekadar urut di bahagian bahu untuk legakan stress di bahu isteri.

#2 Jangan lupa kata-kata semangat buat isteri

Lagi nak dekat bersalin, lagi sakit yang dirasakan oleh isteri. Hanya kata-kata semangat dari sang suami yang buatkan isteri lebih bersemangat dan memberi tenaga ekstra kepada mereka. Bacaan ayat-ayat Al-Quran juga mampu menenangkan isteri.

#3 ‘Remind’ isteri cara pernafasan yang betul

Untuk pasangan yang pergi kelas antenatal pasti mereka belajar teknik pernafasan yang betul. Jika teknik pernafasan betul, kesakitan yang dirasakan juga akan berkurang dan memudahkan proses kelahiran bayi.

#4 Makan minum isteri penting!

Bila teman isteri tu jangan lupa bawa sekali beg makanan. Sediakan bekalan yang boleh membantu mudahkan proses bersalin. Seperti kurma dapat memberi tenaga kepada si isteri dan ia sangat diperlukan oleh isteri waktu itu.

#5 Jangan lupa keperluan bayi dan isteri

Kadang-kadang bila dah terlalu panik semua benda jadi lupa. Kena ingat, kalau si suami panik isteri akan bertambah stres. Jadi buatlah persediaan awal apa yang perlu di bawa ketika menemani isteri dalam Labour Room. Sekurang-kurangnya nampaklah sumbangan si suami saat si isteri tengah bergelut dengan kesakitan kan.

Sumber : Milin Mieshalkhaliesh

BACA JUGA PERLU KE AMBIL GAS ENTONOX BILA SAKIT BERSALIN?

Pesan Mama Siti

Mama Siti sendiri pun tak boleh nak lupakan betapa kelam kabutnya Mama Siti dan suami saat nak masuk labour room tu haha. Memang pengalamannya yang tak dapat dilupakan. Semoga perkongsian ini dapat bantu para suami untuk bersedia lebih awal. Buat bakal mama papa yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi, semoga dipermudahkan segala urusan ye. Amin.