KelabMama

14 Idea Dekorasi Loteng Rumah Yang Hebat Dan Terkini

loteng rumah

Kredit gambar: balconygardenweb.com

Loteng rumah selalu dianggap sebagai tempat yang menyeramkan disebabkan ia gelap, sempit dan jarang digunakan. Namun, tempat yang sering mendatangkan ketakutan ini boleh diubah persepsinya kalau anda pandai bereksperimentasi dengan semua elemen dalam ruang berkenaan.

Terdapat banyak idea untuk loteng rumah iaitu sama ada anda ingin jadikannya sebagai bilik tidur, perpustakaan, tempat permainan anak-anak atau lain-lain lagi. Semua itu bergantung kepada keperluan dan citarasa anda semua.

Sama seperti yang Mama Siti kongsikan kali ini, iaitu idea dekorasi loteng rumah di bawah ini untuk cipta ruang loteng yang menarik dan diidamkan oleh ramai orang. Jom lihat!

Tips Dekorasi Loteng Rumah

Berikut merupakan beberapa idea untuk deco loteng rumah anda iaitu:

#1. Gayakan Dengan Persekitaran Yang Mewah

Kredit gambar: www.idealhome.co.uk

Bagi kebanyakan orang, mereka menganggap loteng rumah merupakan tempat yang paling teruk dan menakutkan.

Sesiapa sahaja tidak akan berani menjejakkan kaki ke tempat puaka tersebut. Apa kata semua tanggapan serong mengenai loteng ini anda tukarkannya menjadi sebuah tempat yang mewah dan diidamkan ramai orang?

Bukan sahaja sedap mata memandang tetapi anda juga akan lebih selesa dengan persekitarannya yang mewah dan cantik. Lagi menarik kalau anda jadikan loteng tersebut sebagai tempat yang sangat eksklusif dan privasi.

#2. Pilih Warna Sejuk Untuk Cat Loteng Rumah

Kredit gambar: www.idealhome.co.uk

Berada pada kedudukan yang tinggi menjadikan rumah loteng anda sangat panas dan tidak selesa. Antara cara diy loteng rumah agar ia lebih selesa dan sejuk adalah dengan memasukkan unsur sejuk melalui pemilihan cat.

Anda boleh pilih skema warna kelabu dan putih yang lebih terang dengan aksen kayu ringan bagi mencipta oasis yang damai dan menenangkan.

#3. Cipta Ilusi Tinggi Dengan Perabot Rendah

Kredit gambar: www.thespruce.com

Kebiasaannya, siling bilik loteng adalah rendah dan berbentuk condong. Jadi agak sukar untuk anda membawa masuk perabot yang bersaiz besar dan tinggi.

Oleh itu, pilihan terbaik untuk seimbangkan ruang bilik loteng tersebut adalah dengan memilih perabot yang rendah bagi memaksimumkan ketinggian kepala di dalam bilik.

#4. Jadikan Loteng Rumah Sebagai Bilik Tetamu

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Disebabkan loteng bilik tengah adalah paling atas dan kedudukannya yang tinggi itu agak melecehkan untuk anda berulang dari bilik ke ruang rumah yang lain, apa kata kalau anda jadikan ia sebagai bilik tetamu.

Anda boleh letakkan katil berkembar dengan dekorasi harmoni buat tetamu yang datang berkunjung dan jadikan kunjungan mereka ke rumah anda sebagai sebuah destinasi perlancongan yang menarik.

#5. Maksimumkan Ruang Dengan Storan Terbina Dalam

Selain jadikan loteng rumah sebagai bilik tetamu, anda juga boleh jadikannya sebagai ruang tambahan untuk storan simpanan anda.

Caranya adalah dengan memasang almari di dinding untuk mencipta ruang yang lebih luas dan bebas gangguan.

#6. Skema Warna Putih Untuk Suasana Terang

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Gelap, berhabuk dan menyeramkan!

Jom tukarkan suasana bilik loteng anda dengan pilihan cat warna putih untuk memaksimumkan cahaya yang dipantulkan kembali ke dalam bilik agar ia terang dan menyenangkan! Semua orang pasti akan lebih seronok dengan suasana loteng yang lebih mesra!

#7. Pilih Panel Menegak

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Selain itu, antara idea terbaik untuk deko loteng anda adalah dengan memilih panel menegak. Ia dapat menjadikan bilik kelihatan lebih besar dan lebih cantik.

#8. Bina Tingkap Besar

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Selain kelihatan cantik, tingkap besar juga dapat memberi keseimbangan pada ruang dan simbahan cahaya yang sempurna. Ia juga dapat hilangkan suasana sempit yang membuat nafas anda menjadi sesak!

#9. Gabungan Struktur Asal Loteng Rumah

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Macam-macam ada! Itu gambaran tepat bagi loteng rumah. Jadi, antara idea berkesan untuk deko tempat ini adalah gabungkan idea deko anda dengan struktur asalnya.

Pendek kata jika loteng tersebut mempunyai paip serombong, pilihan yang ada untuk anda mendeko adalah dengan mengecat serombong tersebut dengan warna yang cukup bergaya dan serlahkannya dengan idea lain.

#10. Bina Sudut Bacaan

Selain dijadikan bilik tidur, anda juga boleh buat loteng menjadi tempat anda menghabiskan waktu membaca buku dengan membina satu sudut bacaan yang selesa dan menarik.

Tak perlu berbelanja besar, hanya letakkan meja dan kerusi di hadapan tingkap yang besar sudah cukup membuatkan ia kelihatan menarik. Agak-agak lenguh pinggang, bolehlah baring di atas katil sambil membaca buku!

#11. Serlahkan Alang/Rasuk Loteng Rumah

Kredit gambar: www.redfin.com

Rasuk atau alang yang kelihatan di bumbung, kadang-kadang mampu menjadikan suasana loteng anda menjadi lebih menarik.

Tambah sentuhan pada alang tersebut dengan cara melunturkan warnanya atau sama ada dengan mengecatnya semula atau biarkannya kekal asli dan hanya menambah item pada alang tersebut.

Sebagai contoh lampu retro yang cukup menarik!

#12. Kertas Dinding Yang Menarik

Kredit gambar: Kredit gambar: www.mydomaine.com

Paling mudah untuk menghias adalah dengan menggunakan kertas dinding sama seperti kata-kata pakar pereka hiasan dalaman Jeffrey Crawford dari J Crawford Design Studio ini:

“Jika anda ingin menghiasi loteng anda dengan dinding hiasan, sama ada untuk menutup dinding yang rosak, menjadikan loteng anda sebagai kawasan permainan kanak-kanak, atau hanya memperibadikannya dengan tema yang unik, anda akan menemui banyak reka bentuk kertas dinding yang sesuai dengan gaya anda. ”

#13. Tambah Gaya dan Personaliti Anda

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Tak lengkap rasanya kalau anda tidak turut serta dalam menggayakan ruang loteng rumah. Jadi, untuk serlahkannya lagi, apa kata tampilkan juga gaya dan personaliti diri anda di dalamya?

Pilih karya seni yang menggambarkan hobi atau minat anda sama ada gambar keluarga, lukisan, atau apa-apa sahaja yang dirasakan bersesuaian.

#14. Pencahayaan

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Jika waktu siang, anda tidak perlu risau lagi kerana sudah menerima cahaya semulajadi yang mencukupi melalui tingkap besar yang dibina, jangan pula anda lupa cahaya di waktu malam! Oleh itu, pertimbangkan untuk memasang beberapa jenis dan bentuk lampu dengan cahaya yang mantap!

Mama Siti harapkan dengan sedikit perkongsian mengenai idea dekorasi loteng rumah ini, ia dapat membantu anda untuk tampilkan loteng rumah dengan lebih menarik lagi!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan idea dekorasi menarik yang lain di SINI!