KelabMama

Aveeno® Melancarkan Losyen Energizing Daily Moisturizing Baharu untuk Kulit Yang Lebih Segar dan Lembap!

majlis pelancaran Losyen Energizing Daily Moisturizing Aveeno® 2024

Aveeno® kini melancarkan satu produk baharu untuk membantu para ibu mendapatkan kulit yang lebih lembap dan segar, iaitu Losyen Daily Moisturizing Energizing Aveeno®.

Losyen ini bukan sahaja hebat untuk menghidrasi kulit, tetapi ia juga memberi kelegaan kepada kulit sensitif kita. Dengan penghidratan yang tahan selama 24 jam, kulit Mama pasti akan kekal lembap sepanjang hari.

Yang lebih menarik, bauan aroma sitrus segar daripada limau gedang dan delima boleh meningkatkan mood Mama selepas setiap penggunaan! Yang bestnya, formula losyen ini cepat meresap dan tak berminyak. Bolehlah Mama menggunakannya sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian Mama.

Untuk kesan yang lebih baik, Mama gunakan Mandian Badan Daily Moisturizing Aveeno® semasa waktu mandi dan kemudian, oleskan losyen ini ke seluruh badan. Kombinasi ini memberi dua kali ganda manfaat oat, menjadikan kulit anda lebih lembap dan segar!

“Dengan Losyen Energizing Daily Moisturizing baharu, kami telah menggabungkan kepakaran kami dalam penjagaan kulit sensitif dengan pati limau gedang dan delima yang menyegarkan. Losyen ini bukan sahaja menawarkan penghidratan yang terbukti secara klinikal tetapi turut mempertingkatkan rutin harian anda dengan sentuhan aromaterapi, menjadikannya pengalaman yang benar-benar menyegarkan,” kata Pengurus Besar Kenvue Malaysia dan Singapura, Steve Tiu.

Jadi, manjakan diri Mama dengan Losyen Energizing Daily Moisturizing Aveeno® dan jadikan ia sebagai rutin penjagaan diri yang menyeronokkan!

Mama boleh mendapatkan losyen ini di semua cawangan Guardian serta farmasi lain dengan harga RM73.60, mulai Oktober 2024. Untuk lebih info, layari aveeno.com atau ikut kami di Facebook dan IG @aveenomy!