KelabMama

Mama Masih Struggle Nak Letak Si Kecil Dalam Car Seat? Hilangkan Stress Dengan Cheat Sheet Ini

Setiap kali letak dalam car seat je, mulalah drama air mata si kecil ni. Runsing fikiran Mama apabila anak baru berusia setahun meronta-ronta mahu keluar dari car seat.

Kalau dilayan kehendaknya untuk duduk di pangkuan Mama, bimbangkan keselamatan dia. Bila tak dilayan, menjadi-jadi pula tangisan dan lebih buruk lagi boleh sampai muntah.

Ya, Mama Siti faham kerana anak sendiri juga dahulunya buat perangai tak mahu masuk car seat.

Tapi kini bila dah menjangkau usia hampir dua tahun, dah lebih mudah nak uruskan si kecil untuk duduk di car seat dia.

Bukan hanya satu tips, namun pelbagai tips dicuba dan terpaksa ditukar demi memastikan anak selesa dan selamat di dalam car seat.

Jadi, bagaimana cara Mama Siti lakukan? Jom terusakan scroll entry ini untuk tengok tips dan kaedah yang bakal Mama Siti kongsikan bagi menangani masalah si kecil yang enggan duduk di car seat.

Kepentingan Car Seat Kepada Anak Kecil

Sebelum kita ketahui beberapa tips yang mungkin membantu Mama meletakkan anak dalam car seat, mungkin ada sesetengah parents masih lagi memandang ringan keperluan car seat pada anak-anak.

Bagaimanapun, kerusi khas ini sebenarnya penting bukan untuk keselamatan semata-mata tau, tapi banyak faedah apabila anak diletakkan di dalam car seat.

Jom ketahui kepentingan car seat pada anak-anak:

1. Mengurangkan risiko kecederaan parah pada si kecil

Semestinya ini yang paling utama, dengan penggunaan car seat yang betul, risiko kecederaan dan kematian bayi boleh berkurangan sehingga 70 peratus sekiranya kenderaan dinaiki berlaku kemalangan.

Memetik laporan berita Astro Awani, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani berkata, statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempat duduk khas bayi yang dipasang dan digunakan dengan betul boleh mengurangkan risiko kematian sehingga 70 peratus bagi bayi dan 54 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun.

Katanya lagi, manakala kerusi ‘booster’ yang digunakan bersama tali pinggang boleh mengurangkan kecederaan sehingga 59 peratus.

Tak akan Mama dan Papa tak risau lagi dengan keselamatan anak sampai snaggup biarkan mereka tanpa duduk di car seat?

Nahas itu suatu yang tak dijangka, jadi sebaiknya lengkapkan diri Mama sekeluarga dengan kaedah keselamatan yang betul.

2. Mendidik anak berdisiplin

Meletakkan anak di dalam car seat sebenarnya turut melatih mereka untuk berdisiplin yang mana anak-anak faham peraturan di dalam kereta.

Jadi, tak adalah nak main dan bergaduh sepanjang masa.

Lama-kelamaan, mereka akan terbiasa untuk menjaga tingkah laku sepanjang di dalam kereta meskipun semakin menginjak remaja nanti.

3. Memudahkan urusan Mama dan Papa

Apabila anak berada dalam car seat, pastinya Mama tak letih lagi nak layan kerenah anak yang biasanya main bersama-sama, anak nak tidur di atas pangkuan Mama, nak minta Mama pujuk bila mereka bergaduh.

Mama pun boleh rehat sepanjang perjalanan. Kalau anak-anak nangis nak keluar, biarkan sahaja mereka selagi tiada keperluan mendesak.

4. Tiada drama ‘pelik’ anak-anak

Pasti Mama dan Papa tahu benar jika anak bebas di dalam kereta, macam-macam aktiviti mereka cipta.

Bukan setakat bergaduh, malah tanpa sedar anak-anak buang sampah gula-gula, penutup botol air terjatuh dan hilang, mainan ke sana-sini dan tak kurang juga aksi-aksi merbahaya.

Semua ini membuatkan kereta anda pasti bersepah dan kotor. Masa ni Papa baru nak masuk kereta ke tempat kerja dah terpijak mainan anak di pedal minyak dan macam-macam lagi benda pelik yang ditemui dalam kereta.

Berbanding jika anak berada dalam car seat, mungkin Mama boleh control untuk beri makanan, mainan dan macam-macam lagi.

At least, kereta anda pun tak bersepah teruk dan Mama Papa tak rasa pening setiap kali nak gunakan kereta.

Tips Untuk Meletakkan Si Kecil Dalam Car Seat

Terdapat beberapa tips yang mungkin Mama dan Papa boleh cuba. Meskipun keberkesanannya adalah berbeza, tapi ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk anda mencubanya.

1. Memastikan si kecil kenyang

Ini antara tips biasa bagi mengelakkan bayi cranky. Yang utama haruslah pastikan si anak sudah kenyang sebelum meletakkan dia di car seat.

Nanti tak adalah dia nak minta makan dan sebagainya.

Lagi pula anak bila tengah lapar, mood mereka memang tak menentu. Nak bergaduh, nak buat perangai dan macam-macam lagi.

2. Jadikan sebagai rutin

Sebelum memaksa anak-anak untuk disiplin berada dalam car seat, sebaiknya jadikan ia sebagai rutin terlebih dahulu.

Tambahan pula, kalau nak memulakan perjalanan jauh.

Macam mana nak jadikan rutin kalau harapkan keluar time weekend je? Mama dan Papa boleh manfaatkan masa yang singkat seperti keluar pada sebelah malam meskipun untuk isi minyak dengan meletakkan si kecil dalam car seat.

Jika mereka menangis, masa ni Papa boleh main tarik tali seperti kataka, kalau tak nak duduk dalam car seat kena tinggal rumah dengan Mama.

Dengar macam kejam, tapi ini cara untuk buat mereka faham peraturan di dalam kereta.

3. Lengkapkan dengan alat permainan atau aktiviti

Ini paling seronok Mama! Untuk elak anak boring di dalam car seat, cubalah kreatif dengan meletakkan pelbagai mainan di sekeliling car seat.

Mama boleh cipta aktiviti untuk mereka seperti mainan melukis, bina block dan apa sahaja yang anak mungkin gemar serta leka.

4. Pindah ke kerusi bahagian hadapan

Jika car seat si kecil dah sesuai untuk facing ke depan, boleh pindahkannya secepat mungkin.

Sebab kebiasaannya si kecil suka duduk di hadapan dan lebih selesa dapat lihat pemandangan serta kenderaan di sekitar mereka.

Namun awas, jika masih kecil dan car seat perlu dibaringkan lagi, jangan pindahkan ke depan yerr sebab membahayakan keselamatan mereka sekiranya berlaku kemalangan.

Ia lebih memburukkan situasi jika air bag di bahagian dashboard keluar secara automatik ketika berlaku kemalangan.

5. Pastikan si manja berada di car seat tidak lebih dua jam

Terlalu lama berada dalam car seat membuatkan si kecil bosan dan mula cranky. Jadi caranya jika perjalanan mengambil masa yang panjang, sebaiknya berhenti rehat untuk bayi mengubah posisi tubuh.

Seperti perkongsian Mama Siti sebelum ini, bayi dan kanak-kanak duduk dalam car seat melebihi dua jam secara berterusan boleh menyebabkan:

Duduk dalam satu-satu posisi dalam tempoh masa yang lama akan memberikan tekanan pada tulang belakang. Bukan hanya orang dewasa, bayi dan kanak-kanak pun tak terkecuali mengalami masalah tulang belakang dan masalah kekejangan otot. 

Lebih-lebih lagi, kalau struktur tulang belakang si manja masih belum kuat. Ia boleh mengganggu proses pertumbuhan tulang belakang dan menyebabkan masalah tulang belakang di masa hadapan.

Tapi ingat, jangan keluarkan semasa kereta sedang bergerak. Sebab nanti nak letak dalam carseat semula boleh timbul macam-macam drama.

Sebaiknya, berhenti sebentar seperti di R&R dan ajak bayi berjalan di sekitar kawasan itu atau berdiri di atas pangkuan Mama bagi membantu meregangkan otot serta sendi bayi, malah untuk Mama dan Papa juga.

6. Beri reward

Untuk peringkat awal, tak salah kalau Mama dan Papa nak offer reward pada anak sekiranya mereka berjaya kekal duduk di dalam carseat.

Mungkin ia sebagai semangat untuk mereka biasakan diri pada peringkat permulaan sebelum ia menjadi kebiasaan.

7. Paksa untuk mereka patuh arahan

Ini cara terakhir dan agak keras iaitu paksa mereka untuk patuh dengan rule ditetapkan jika berada dalam kenderaan.

Pada mulanya memang penuh drama air mata, tapi lama kelamaan mereka akan biasa dengan syarat ini.

Dalam tempoh paksaan tadi, Mama dan Papa boleh guna konsep hukuman yang anak-anak takuti contohnya detention room setiap kali mereka tak dengar kata (itu pun jika kaedah ini memang Mama dan Papa dah biasa gunakan).

Sekiranya Mama masih mencari car seat yang sesuai untuk anak Mama, boleh baca tips memilih car seat untuk anak-anak yang dikongsikan dalam artikel ini.


Untuk pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI!