Pada bulan Mac ini, The LEGO Group mengumumkan pelancaran Play Unstoppable (Pengalaman Bermain Tanpa Batasan) – sebuah kempen untuk memperkasakan anak-anak gadis untuk mencuba jaya dan menyerlahkan kreativiti masing-masing secara bebas.
Memperkasakan keyakinan kreatif menerusi permainan
Menerusi pengalaman bermain yang kreatif, The LEGO Group berharap untuk menyerlahkan keyakinan kreatif anak-anak gadis dengan membebaskan mereka daripada tekanan untuk mencapai kesempurnaan dan menikmati kebebasan bermain tanpa batasan Play Unstoppable.
Dengan portfolio permainan LEGO lebih besar yang memenuhi pelbagai minat dan kegemaran, kanak-kanak perempuan boleh membina segala jenis dunia berasaskan pelbagai tema seperti LEGO Friends, Disney Princess™, Creator, Classic, DREAMZzz™, Harry Potter™, Minecraft®, Gabby’s Dollhouse dan tema baharu Animal Crossing™.
Sebagai contoh, tema LEGO Friends dirangka untuk memaparkan pelbagai adegan berasaskan pengalaman dunia sebenar, termasuk interaksi dengan isu alam sekitar seperti penanaman pokok, pemuliharaan haiwan dan kenderaan elektrik.
Kanak-kanak boleh menggabungkan set-set berbeza untuk membina seluruh taman kejiranan ‘Friends’ untuk dimainkan!
Manakala LEGO DREAMZzz™ pula memaparkan set bangunan inovatif yang menggunakan arahan berasaskan kisah yang menjemput kanak-kanak beraksi dan memberikan mereka kebebasan untuk mencipta segala jenis makhluk dan kereta ajaib yang boleh mereka impikan.
Pada tahun ini, antara set baharu yang diperkenalkan termasuk 42614 LEGO® Friends Vintage Fashion Store di mana pemain LEGO muda pasti seronok bermain dengan pakaian yang dikitar tinggi (penggunaan semula bahan buangan untuk menjadikan produk baharu yang lebih baik) sambil belajar tentang kelestarian; dan juga 43246 LEGO® Disney Princess™ Market Adventure begitu terperinci yang membuka pelbagai kemungkinan bagi peminat Disney.
Nikmati tiga pengalaman main dan bina berbeza dengan 31156 LEGO® Creator Tropical Ukulele, dan bayangkan segala kemungkinan dengan set 71476 LEGO® DREAMZzz™ Zoey dan Zian the Cat-Owl.
Akhir sekali, kanak-kanak boleh menyesuaikan dunia Animal Crossing™ dengan kisah-kisah dalam imaginasi mereka menerusi set rumah 77050 LEGO® Animal Crossing™ Nook’s Cranny & Rosie’s House yang selesa, menampilkan watak-watak kesayangan daripada siri tersebut.
Jacinth Liew, Pembimbing Ibu Bapa di Our Little Playnest, turut berkongsi cara-cara yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mendorong anak-anak gadis mereka mencuba jaya, mengambil risiko kreatif dan menerima kegagalan menerusi permainan LEGO:
- Bina trofi LEGO untuk satu sama lain dengan set 42620 LEGO Friends Olly and Paisley’s Family Houses sambil membincangkan dan meraikan kekuatan masing-masing. Ini akan membantu membina ikatan kekeluargaan yang saling menyokong sesama ahli keluarga, membina keyakinan diri anak anda dan membantunya sedar bahawa pandangan dan perasaan mereka penting.
Menggunakan bata permainan LEGO dan mencipta binaan dengan 42604 LEGO Friends Heartlake City Shopping Mall untuk menceritakan sebuah kisah.
Dalam proses penciptaan, kita pasti menghadapi halangan tetapi dengan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah, kita boleh membina kemahiran yang menggalakkan perkembangan diri.
- Cetus daya imaginasi anak anda dengan mendorong mereka membina gedung fesyen masa depan dengan 42614 LEGO Friends Vintage Fashion Store. Galakkan anak anda berfikir di luar kelaziman dan biarkan mereka menggunakan sepenuhnya daya imaginasi masing-masing.
Set LEGO boleh didapati di Gedung Sah LEGO®, Gedung Rasmi LEGO di Lazada, Shopee, LEGOLAND™, dan juga peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia.
Sila rujuk kit media digital untuk panduan tentang idea aktiviti permainan LEGO yang membina keyakinan kreatif dalam kalangan anak gadis dan juga buku panduan untuk ibu bapa.
Anda juga boleh melayari laman web LEGO Malaysia dan merujuk Lampiran A bagi set LEGO yang disyorkan.