KelabMama

6 Jenis Resipi Lauk-Pauk untuk Mama Berpantang

resepi lauk untuk berpantang

Selalunya lauk-pauk berpantang ni tak menyelerakan dan membosankan. Yela selama tempoh berpantang tiap hari makan ikan bakar atau ayam bakar mana tak jemu kan.

Biasalah kalau orang dulu-dulu kan melarang untuk makan makanan yang boleh menyebabkan Mama rasa gatal lagi-lagi Mama yang ceaser.

Sebenarnya kita boleh je nak variasikan menu ni supaya Mama berselera untuk makan dan juga agar lebih bertenaga. Cuma dalam resipi nanti gunakan bahan yang sesuai untuk Mama.

Sebab dalam tempoh berpantang ni Mama sangat perlukan makanan yang berkhasiat supaya luka Mama cepat sembuh.

Menu Lauk-Pauk yang Menarik untuk Mama Berpantang

1. Ikan Singgang

Kredit Gambar: RASA

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Mama basuh dulu ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
  2. Kemudian Mama didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
  3. Masukkan serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Biar mereneh sekejap sehingga ikan masak.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber: rasa

2. Ikan Masak Stim

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Basuh ikan sehingga bersih. Kelar sedikit pada bahagian ikan.
  2. Letakkan halia yang dihiris tadi (jumlah yang agak banyak), buah tomato, daun sup dan sedikit garam.
  3. Kemudian steam ikan sampailah ikan masak.

Nota: Rendam ikan dalam besen denan perahan air limau untuk hilangkan bau hanyir.

Sumber: annursyuhadah

3. Ikan Tenggiri Goreng Halia

Kredit Gambar: YouTube Channel DAPOQ DANGAU

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan.  Gaul sekata.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber: rasa

4. Kari Ikan (Tanpa Santan)

Kredit Gambar: Azian Hasan

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur.
  2. Masukkan tomato dan daun kari. Tumis sampai layu.
  3. Masukkan serbuk kari ikan dan biarkan sampai pecah lemak.
  4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa. Bila ikan dah masak, masukkan garam dan gula sebagai perasa.

Sumber: Sinaran Wanita

5. Ayam Panggang Halia

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
  2. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
  3. Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Okay dah sedia untuk dimakan.

Sumber: rasa

6. Singgang Ayam versi Kelantan

Kredit Gambar: Keluarga

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai mendidih.
  2. Masukkan garam dan biarkan mereneh sekajap.

Sumber: Sinaran Wanita

Menarikkan resipi lauk-pauk semasa berpantang yang Mama Siti share ni? Nak masak pun senang je tak rumit pun. Kalau Papa yang nak masakkan pun boleh cuba resipi ni. Selamat berpantang Mama!


Dapatkan lebih banyak resipi daripada Mama Siti di SINI.