Langsir bilik tidur yang terbaik hendaklah menepati keperluan penghuni bilik tersebut. Hal ini kerana, langsir dalam bilik tidur menyumbang kepada kesihatan dan kebersihan.
Idea bilik tidur yang tepat mampu memberi ketenangan dalam bilik melalui pemilihan gaya, tekstur dan warna.
Jom, kita tengok idea langsir bilik tidur yang sesuai dengan iklim di Malaysia.
6 Idea Langsir Bilik Tidur Yang Wajib Mama Tahu!
#1 Langsir Panel Tunggal (Single Panel Curtains)
Langsir jenis ini mencipta ruang bilik yang moden dan bergaya. Langsir panel tunggal sesuai untuk bilik dengan hanya satu tingkap sahaja.
Rekaannya bertujuan agar dapat menutup keseluruhan tingkap dan ditarik ke satu sisi apabila dibuka.
#2 Langsir Tab Top
Untuk tema bilik tidur kasual atau gaya rumah kotej, langsir tab top mungkin boleh dipertimbangkan.
Langsir ini mempunyai gelung menonjol yang tergantung dari jahitan atas panel dan mudah diikat melalui batang tirai.
#3 Langsir Ripplefold (Blackout)
Perhatian kepada Mama yang bekerja syif malam, ini ialah alternatif mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Kain blackout membantu menghalang cahaya matahari masuk ke rumah bilik tidur sekaligus meniru pencahayaan di waktu malam.
Dua lapis kain langsir diperlukan untuk tirai ripplefold. Pertama, ‘day curtain’. Kedua, langsir blackout.
#4 Roman Blind
Sesuai dengan namanya. Idea langsir ini diinspirasikan dari negara Rom. Ianya lebih cantik kalau tingkap di dalam bilik jenis sliding atau menguak supaya cahaya dan udara boleh terus masuk ke dalam bilik tidur.
#5 Langsir Scallop
Beradu di kamar diraja!
Langsir jenis ini sesuai untuk hiasan bilik gaya diraja. Ia boleh dipadankan dengan pelbagai warna. Tetapi untuk tema diraja, Mama boleh pilih warna kuning keemasan dan coklat supaya bilik tidur mirip seperti bilik tidur raja dan permaisuri.
Idea langsir scallop sangat dicadangkan untuk hiasan bilik pengantin.
#6 Venetian Timber Blind
Jenis bahan langsir blind ini sama sekali berbeza dengan yang lain. Ianya tidak menggunakan fabrik sebaliknya menggunakan aluminium dan kayu.
Venetian timber blind sangat cekap mengalirkan udara dari serta memudahkan proses membuka dan menutup. Namun begitu, boleh jadi bilik Mama menjadi panas kerana ianya tidak telap cahaya.
Cara-cara Pilih Langsir Bilik Tidur Yang Betul
- Warna Langsir
Ilusi warna menghasilkan ruang yang kelihatan sempit dan luas. Contohnya, warna langsir gelap membuatkan bilik kelihatan kecil manakala warna-warna pastel pula mengubah bilik jadi lebih harmoni dan tenang.
- Ukuran Tepat
Sebenarnya ia bergantung kepada rekaan yang dipilih. Langsir dengan saiz penuh dari tingkap ke lantai sepatutnya mempunyai panjang yang cukup-cukup sahaja dan tidak boleh meleret hingga menyapu lantai.
- Ketebalan Kain
Ketebalan kain langsir memainkan peranan terhadap pengudaraan dan pencahayaan. Sesuaikan dengan suhu di dalam bilik.
Kegagalan menyesuaikan suhu bilik dan langsir boleh meningkatkan kelembapan bilik yang berisiko menjadi tempat kulat membiak.
- Bercorak atau Polos
Corak bunga, geometri, jalur atau polkadot bebas dipilih. Langsir bercorak tentunya lebih menonjol dan memberi pandangan yang mempersonakan.
Perhatian: Elakkan menghias dinding dengan cat atau kertas dinding yang terlalu sarat dan bercorak jika ingin aplikasikan langsir bercorak.
- Rekaan Berpadanan
Langsir dramatik dan banyak corak sesuai untuk tingkap besar dan tinggi sekitar 8 hingga 10 kaki.
Manakala bilik kecil disarankan supaya memilih rekaan langsir yang simple atau ringkas kerana corak yang keterlaluan akan menjadikan rumah nampak serabut.
Jadi, sekarang Mama dah faham kenapa kena tak boleh pasang langsir ikut orang?
Sebabnya takut nanti tak memenuhi keperluan rehat dan gagal mencantikkan bilik tidur kita. Kegagalan memilih langsir yang tepat mengganggu pencahayaan dan pengudaraan. Ingat ya, dahulukan fungsi, kemudia barulah nilai estetiknya.
Dapatkan idea dekorasi yang lain di SINI.