KelabMama

Bahaya ‘Biru Laut’: Langkah Berjaga-jaga Ketika Berenang atau Berkelah di Pantai

Cuti sekolah ni mesti kebanyakan pantai semua penuh dengan pengunjung. Mesti salah seorangnya adalah Mama dan keluarga Mama! Antara aktiviti cuti sekolah yang menarik untuk si manja adalah luangkan masa bersama keluarga di pantai!

Adakah Mama tahu, di pantai dan laut terdapat pelbagai perkara yang berbahaya yang Mama perlu awasi anak-anak Mama sewaktu berada di pantai. Jom kita tengok apa perkara Mama perlu awasi!

7 Perkara Yang Mama Harus Berhati-hati Sewaktu Berada Di Pantai

1. Arus Rip Berbahaya

Jika anak-anak Mama mahu berenang di pantai, awasi arus rip! Arus rip berbahaya meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa setiap tahun.

Tapi adakah Mama tahu tentang arus rip ni? Ia adalah arus yang kuat dan sempit yang mengalir keluar dari pantai melalui zon ombak dan berbahaya pada perenang.

Di mana dan bagaimana rupa arus rip? Ciri-cirinya adalah:

Jika boleh, berenang keluar daripadanya. Untuk berenang keluar dari arus, berenang selari dengan pantai. JANGAN sesekali cuba berenang melawan arus. Ini hanya akan membahayakan dan memenatkan Mama.

2. Dahaga Melampau

Setelah berjemur di bawah matahari yang terik, dan berlari bersama kawan-kawan, bersuka ria. Mungkin anak-anak terlepas untuk meminum air.

Nanti bila mandi kat pantai, tiba-tiba rasa pening dan rasa lemah. Jika terjadi pada anak Mama, anak mungkin mengalami keletihan haba, disebabkan oleh dehidrasi.

Pastikan anak-anak kekal hidrasi sepanjang hari. Pastikan Mama membawa bekalan air yang banyak dan mengisi air sepanjang hari.

3. Polusi

Berenang di pantai yang tercemar boleh menyebabkan Mama dan anak Mama jatuh sakit. Kalau tak jatuh sakit pun boleh cedera. Air tercemar dan kumbahan yang tidak dirawat dilepaskan ke dalam air laut boleh mendedahkan pengunjung kepada patogen berbahaya.

Tapi sebab utama pencemaran pantai ialah sebab pengunjung ramai tidak membersihkan sampah mereka. Bersihkan kawasan pantai selepas berkelah dengan keluarga Mama.

4. Cuaca Buruk

Awas! Sewaktu cuaca buruk melanda seperti sambaran petir, ia sangat berbahaya untuk perenang dan orang yang berjemur.

Jika Mama berada di pantai dan Mama dengar guruh, Mama dan anak-anak sudah berada dalam zon bahaya. Cepat-cepat larikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Air dan pantai terbuka adalah dua tempat yang Mama tidak mahu pergi semasa ribut petir.

5. Cahaya Matahari Yang Berbahaya

Sinaran UV semestinya berbahaya untuk kulit kita! Terdapat pelbagai penyakit berpunca daripada matahari seperti penyakit kulit, masalah mata, serta kanser kulit.

Lindungi diri Mama dan anak-anak dengan menggunakan pelindung matahari dengan cara yang betul, yang termasuk:

Secara alternatif, Mama juga boleh duduk di bawah payung, memakai pakaian yang tidak ketat dan memakai cermin mata hitam untuk melindungi diri anda.

7. Hidupan Liar Berbahaya

Adakah Mama tahu Mama lebih berkemungkinan disambar petir berbanding serang oleh jerung? Kalau bukan jerung pun, haiwan lain yang lebih biasa yang boleh berbahaya.

Satu lagi haiwan berbahaya adalah obor-obor. Ia menghasilkan sengatan yang menyakitkan dan landak laut pula boleh membawa maut.

Satu lagi Mama Siti ingatkan untuk Mama dan anak-anak tidak memberi makan pada burung. Nanti burung akan ikut dan serbu Mama. Buang sampah ditempat tersedia.

Banyak perkara yang Mama perlu take note sewaktu berada di pantai. Jangan sekali-kali mengalihkan pandangan Mama daripada anak yang berada di dalam, di atau di sekitar air.

Pengawasan bermaksud Mama berada di dalam air bersama anak-anak, bukannya pandangan sekali-sekala. Mama dan Papa harus mengawasi kanak-kanak secara aktif walaupun mereka boleh berenang. Semoga membantu Mama!


Dapatkan lebih banyak tips keselamat anak-anak di SINI!