KelabMama

8 Idea Landskap Halaman Rumah Moden Yang Terkini

Halaman rumah yang menarik dan indah memberikan kelebihan kepada penghuni rumah tersebut. Halaman yang dihiaskan memberikan pandangan pertama yang positif kepada keseluruhan isi rumah tersebut. 

Landskap halaman rumah sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan seseorang. Kadang kala persekitaran yang kemas dan teratur membantu meningkatkan kesihatan seseorang. 

Hiasan di halaman perlu disesuaikan dengan keadaan sesebuah rumah. Maksudnya disini, sebelum kita mula mendekorasi landskap halaman rumah moden Mama, berikut merupakan beberapa perkara yang Mama harus take note:

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Deko Landskap Halaman Rumah Moden

Saiz rumah yang kecil mungkin mengekang seseorang untuk menggunakan lebih banyak perabot dan hiasan. Namun begitu, dengan susunan dan kreativiti, kita masih boleh sesuaikan peralatan dengan keadaan.

Mahukan sesuatu yang ringkas atau sofistikated? Keduanya boleh direalisasikan sama ada Mama mempunyai halaman kecil atau luas.

Jika Mama inginkan pancuran air di halaman rumah, pastikan ianya boleh dilaksanakan. Maksudnya, adakah punca air dapat disalurkan ke tempat air terjun tersebut. Sama juga apabila Mama ingin menanam dengan penggunaan tanah yang banyak.

Budgeting merupakan perkara yang tidak dapat dihindarkan. Memang tidak salah lagi apabila mempunyai lebih banyak bajet, kita mempunyai lebih banyak kebebasan. Kebebasan disini ialah dari segi pemilihan perabot, kos ubahsuai dan penyelenggaraan.

8 Idea Landskap Halaman Rumah Moden

1. Rumput Tanaman dan Rumput Tiruan

Kalau Mama tinggal di rumah teres atau rumah persendirian, tiada masalah untuk memilih rumput tanaman. Asalkan ada tempat dan kawasan bertanah. 

Ada empat jenis rumput tanaman yang boleh dipilih:

Japanese carpet grass dan Philippine carpet grass mempunyai daun yang lebih runcing dan kecil. Tambahan pula ia memerlukan penjagaan rapi

Bagi jenis rumput cow grass dan pearl grass pula, bentuk daunnya lebih lebar. Selain itu, jenis rumput ini juga tahan lasak. Dari segi harga pula, ianya lebih murah berbanding dua jenis rumput di atas.

Kelebihan menanam rumput asli ialah ia membantu mengurangkan bunyi-bunyian disekeliling. Lebih-lebih lagi apabila tinggal di kota dan terdedah dengan bunyi-bunyi kenderaan dan pembinaan.

2. Elemen air di halaman rumah

Kredit gambar: matchness.com
Kredit gambar: Laman Bayu Homestay

Memasukkan elemen air di halaman rumah menjadi salah satu pilihan di Malaysia. Kolam ikan dan pancuran air antara yang menjadi pilihan.

Bukan sahaja sedap mata memandang, bunyi deruan air juga menambah lagi suasana tropikal di rumah Mama. Cuba Mama bayangkan Mama dan encik suami sedang duduk bersendirian di tepi sungai sambil mendengar bunyi-bunyian air terjun walaupun sebenarnya Mama hanya berada di rumah sendiri. 

Sekarang ini, kita dapat lihat bermacam-macam rekaan air terjun hiasan di rumah. Ada yang lebih kreatif seperti menggabungkan kolam mandi dan air terjun.

3. Ruang Santai

Kredit gambar: Hias.my
Kredit gambar: Myrujukan.my 

Di ruang santai, gazebo, meja dan kerusi rotan ataupun meja batu sering menjadi pilihan ramai. Ketiga-tiga pilihan tadi mungkin boleh dijadikan idea untuk menghiasi halaman rumah Mama. 

Kita boleh ambil kesempatan ini dengan melakukan aktiviti di luar bersama keluarga. Contohnya makan sarapan dan minum petang bersama-sama. 

Selain itu, Mama dan Ayah boleh meluangkan masa dengan anak-anak seperti menemankan mereka melengkapkan kerja sekolah atau bermain puzzle bersama-sama. 

Jadi, ruang santai ini juga boleh dijadikan sebagai ruang keluarga. 

4. Shizen, Kanso, Koko

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Konsep Taman Zen diambil dari feng shui negara Jepun. Matlamatnya ialah untuk mencetuskan ketenangan luar biasa terutama bagi tujuan meditasi

Rekaannya cukup ringkas dan minimalis. Taman Zen tidak memerlukan banyak hiasan. Paling penting mestilah ada satu batu besar di tengah-tengah dan buatkan lingkaran dari batu sungai kecil-kecil.

Cara buatnya sukar dan memerlukan orang yang mahir. Walaupun begitu, hasilnya menenangkan dan berbaloi.

5. Buaian Taman

Kredit gambar: Seri Laman
Kredit gambar: lovelyfamily-ana.blogspot.com

Pemasangan buaian di halaman rumah tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tinggal di rumah teres dan mempunyai ruang laman yang sederhana.

Buaian sangkar ialah contoh ayunan moden. Rekaan nya pelbagai. Ada yang boleh diduduki seorang sahaja, ada juga yang boleh diduduki sehingga dua hingga tiga orang. 

Sedikit tips jika Mama berkenan nak cari hiasan halaman rumah seperti ini. Tuliskan saja buaian taman di mana-mana e-dagang atau di carian Google. Terdapat banyak motif dan warna.

Selain itu, Mama boleh membuat carian dengan kata kunci dibawah:

6. Tanaman hijau

Kredit gambar: Seri Pinang
Kredit gambar: Vanilla Kismis 

Mama suka yang mana? Tanaman sebagai hiasan atau sebagai sumber makanan? Pilihan di tangan Mama. Apa yang penting, Mama bahagia.

Mama juga boleh gabungkan fungsi kedua-duanya iaitu sebagai hiasan dan sumber sayuran. Selain mencantikkan halaman rumah, ia juga memberi peluang untuk menuai hasil tanaman. 

Tanaman hiasan yang sesuai ialah:

Tanaman sayuran:

7. Laluan batu

Kredit gambar: Deko Rumah

Idea landskap yang seterusnya ialah berasaskan batuan. Mama Siti perasan hiasan batu ini bukan sahaja sebagai batu refleksologi tetapi juga sebagai penyeri taman mini di halaman rumah.

Landskap moden kita bertambah cantik apabila ditambah dengan perabot dekorasi lain seperti pokok bunga, ruang santai dan kolam ikan.

Susunan batu juga memainkan peranan. Walaupun sesetengah batu bercorak abstrak, kita tidak mahu dekorasi kelihatan serabut. Kalau boleh Mama dapatkan beberapa rujukan sebelum menyusun landskap seperti ini ya.

8. Dekorasi patio 

Patio ialah satu ruang terbuka yang bersifat semulajadi dan bersentuhan dengan tanah. Ianya boleh berada sama ada berhubung dengan rumah atau berasingan.

Ruang patio mempunyai konsep yang lebih kurang ruang tamu di Malaysia. Dekorasi patio berfungsi untuk memberikan ruang tambahan di bahagian luar.

Disebabkan konsepnya mempunyai iras dengan ruang tamu jadi kebanyakkan perabotnya juga seakan sama. Namun masih terdapat perbezaan dari segi bahan dan susunan.

Jadi, itulah lapan idea landskap moden bagi tahun 2022. Semuanya nampak menarik dan sesuai dengan iklim di Malaysia. 

Perkara penting ialah Mama tahu apa yang Mama inginkan di halaman rumah. Bukan apa, ada antara kita sukakan tanaman, ada pula yang suka duduk rileks. Lain orang, lain citarasanya kan.  Jom kita baca jenis-jenis pokok hiasan luar rumah pula!

Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.