Bil ekletrik melambung tinggi gara-gara penggunaan lampu di dalam dan luar rumah yang banyak? Apa kata kalau anda semua mula gunakan lampu solar luar rumah sebagai langkah proaktif untuk kurangkan bil bulanan anda? Bukan sahaja menjimatkan tetapi sangat praktikal dan mesra alam!
Sama seperti lampu biasa, lampu luar rumah ini juga mampu memancarkan pencahayaan yang baik terutama pada perkarangan rumah anda. Bestnya lagi, bukan sahaja menjimatkan tetapi ia turut didatangani dengan pelbagai reka bentuk serta saiz yang menarik!
Bagi membantu anda membuat pilihan bijak, dalam perkongsian di bawah Mama Siti telah senaraikan beberapa lampu solar luar rumah paling terbaik. Jom lihat!
Senarai Lampu Solar Luar Rumah Terbaik
Sebelum itu, Mama Siti ingin pesan jika anda merancang untuk membeli lampu solar, cuba pertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu.
Sebagai contoh, di manakah lampu solar itu akan diletakkan? Apakah saiznya sesuai dengan keadaan dan berapakah jumlah pencahayaan yang mampu ia keluarkan!
Semua ini adalah penting supaya ruang luar kediaman anda mendapat pencahayaan yang cukup dan anda tidak tersalah membeli lampu solar lalu membazirkan wang.
Untuk mudahkan anda semua, di bawah ini Mama Siti telah senaraikan beberapa jenis lampu solar led luar rumah yang boleh anda pertimbangkan iaitu:
#1. Brightech Ambience Pro LED Outdoor
Rumah yang kosong halamannya boleh diserikan dengan Brightech Ambience Pro LED Outdoor. Pancaran lampu yang datang dari jenis lampu solar ini umpama anda sedang enak menikmati hidangan yang berkonsepkan Itali.
Penuh nostalgia kan?
Lampu solar luar rumah jenis ini mampu memancarkan cahaya vintaj yang penuh klasik dan hangat dengan rekaannya yang sangat cantik.
Anda tidak perlu risau dengan keadaan cuaca kerana ia terbina dengan cukup hebat untuk bertahan dalam tempoh yang lama dalam semua keadaan.
#2. Ring Solar Pathlight
Lampu solar luar rumah jenis Ring Solar Pathlight ini pula sangat sesuai digayakan di laluan pejalan kaki. Dengan ketinggian 17 inci serta ukuran diameter kepala pula adalah 4.3 inci, lampu solar ini mampu memancarkan cahaya menghadap ke bawah yang jelas pada laluan pejalan kaki anda.
Menariknya, anda juga boleh laras kecerahan yang diinginkan serta ia turut dilengkapi dengan pengesan gerakan terbina dalam.
#3. JACKYLED Solar Step Lights
Pilihan lampu solar yang Mama Siti cadangkan seterusnya adalah JACKYLED Solar Step Lights yang sangat murah ini. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna cahaya menarik seperti putih, hijau, oren, biru dan cahaya hangat.
Sangat mudah dipasang dan dialihkan serta mampu bertahan terutama ketika hujan, ia sangat sesuai digayakan di tangga luar kediaman anda.
Setiap lampunya juga mempunyai tiga manik LED dan baterinya pula memerlukan selama 6 hingga 8 jam untuk dicas penuh serta mampu bertahan selama 12 jam.
#4. Takeblue 108 LED
Pilihan lampu solar led luar rumah seterusnya adalah lampu solar Takeblue ini. Ia mempunyai 108 LED dan sesuai untuk menerangi kawasan luar rumah, taman, kaki lima dan jalan masuk rumah.
Antara kelebihan yang lain adalah 150 darjah pencahayaan, 120 darjah sensor dalam mengesan pergerakan, kalis air dan kalis haba.
#5. Lampu Solar Luar Rumah 50 LED
Lampu solar led ini mempunyai 50 LED dan ini sudah cukup untuk menerangi halaman rumah anda. Lampu solar ini juga bukan sahaja tahan lasak dan kalis air tetapi mampu berfungsi untuk jangka masa yang lama.
#6. Lampu Solar Luar Rumah untuk Taman
Pilihan lampu solar luar rumah seterusnya adalah lampu taman ini. Lampu luar rumah jenis ini sangat sesuai digunakan di sepanjang lorong masuk rumah, taman dan halaman rumah.
Boleh juga digunakan sebagai lampu pelita raya!
#7. Lampu Solar Led Jenis 270 Darjah
Pilihan lampu solar led yang seterusnya adalah lampu luar rumah 270 darjah ini. Dinamakan sebagai lampu luar rumah solar 270 Darjah kerana mempunyai darjah atau keluasan pencahayaan sehingga 270 darjah.
Agak terang kerana mempunyai 40 LED dan akan bernyala secara automatik sekiranya terdapat pergerakan dalam jarak 10 kaki.
Antara kelebihan lain adalah akan bercahaya secara automatik pada waktu malam, kalis air dan keterangan 460 Lumen.
#8. Lampu Jalan 150 & 300 Watt
Lampu solar ini menggunakan cahaya LED putih dan tahan selama 13 jam sekiranya mempunyai kapasiti tenaga penuh. Mempunyai cover casing yang agak kuat, kalis haba dan air.
Anda tidak perlu risau jika lampu ini tiba-tiba terbakar atau dimasuki air.
Sangat sesuai untuk diletakkan di tepi pagar, dinding dan kawasan yang memerlukan pencahayaan yang terang.
#9. Lampu Jalan 4 Unit
Lampu solar jenis ini sesuai diletakkan di dinding luar rumah, keteranagn 36 LED terang dan keteranag pencahayaan 450 Lumen. Saiznya yang agak besar membolehkan baterinya dicas dengan pantas.
Seperti biasa lampu ini kalis air, kalis haba dan mempunyai kebolehan untuk mengesan pergerakan manusia dari sensor yang dimiliki.
#10. Lampu Solar LED Luar Rumah Jenis 56
Fungsi lampu solar led ini lebih kurang sama dengan lampu solar yang telah direview seperti di atas. Tetapi yang membezakannya ialah panel solar dan lampunya terpisah.
Ianya juga mempunyai kelebihan lain seperti boleh digunakan sebagai lampu suluh, lampu kecemasan dan juga boleh digunakan di dalam rumah.
Anda hanya perlu meletakkannya di bawah cahaya matahari yang kuat semasa ingin mengecas baterinya. Ianya juga boleh bertahan selama 10 jam dan juga kalis air.
#11. Lampu Solar Spotlight 200W
Mahukan cahaya lebih terang? Anda boleh memilih lampu Solar Spotlight. Lampu solar ini mampu bertahan selama 15 jam penggunaan tanpa henti dan ianya juga kalis air.
#12. LED Light Spotlight Solar Flood
Lampu solar ini menggunakan panel pengecas suria yang boleh dicas hanya dengan menyerap cahaya semula jadi.
Jika hari mendung, panel solar ini juga boleh dicas seperti biasa, walau bagaimanapun kesan pengecasan akan dikurangkan dan cahayanya sedikit malap.
Anda boleh menggunakan lampu solar ini sekitar 10 hingga 20 jam dengan masa pengecasan selama 6 hingga 8 jam. Ia juga dlengkapi dengan kabel kalis cuaca sepanjang 5 meter.
#13. Pelita Solar
Sesuai digunakan sebagai alternatif bagi pelita raya yang menggunakan minyak. Sangat menarik apabila dilihat pada waktu malam sekiranya diletakkan di halaman rumah dan taman bunga rumah.
empunyai cahaya yang bertahan selama 8 jam, kais air dan kalis haba.
#14. Lampu Solar Luar Rumah 208 LED
Lampu solar ini adalah lampu solar yang sangat terang. Sangat sesuai untuk menerangi ruang atau kawasan yang luas.
#15. Lampu Solar Rope Lantern
Seterusnya adalah jenis lampu solar dalam rumah dan boleh juga dijadikan sebagai lampu luar rumah solar.
Lampu solar yang diletakkan dalam balang kaca ini akan nampak begitu eksklusif sekiranya diletakkan di atas meja di halaman rumah Mama.
Selain itu, lampu ini boleh disangkut pada pokok dengan tali yang disediakan.
#16. Solar Motion Sensor
Lampu jenis mempunyai cahaya yang agak terang kerana mempunyai minimum 20 LED. Lampu jenis ini sangat sesuai untuk menerangi halaman luar rumah.
Lampu solar ini mempunyai kebolehan untuk mengesan sebarang pergerakan dalam lingkungan jarak 26 kaki kerana mempunyai fungsi sensor PIR.
#17. 4 Lampu Luar Rumah Jenis 35 LED
Dengan kelebihannya yang mempunyai 35 LED, lampu solar luar rumah ini sememangnya cukup terang untuk menerangi halaman kediaman anda.
Lampu luar rumah ini juga mempunyai kelebihan seperti kalis haba, kalis air, boleh mengesan pergerakan manusia, mudah dipasang dan menggunakan bateri Li-ion yang berfungsi sehingga 12 jam.
Walau apa pun pilihan lampu solar led yang anda pilih, pastikan untuk memilih jenis lampu solar yang sesuai dengan keperluan dan citarasa Mama.
Lampu solar luar rumah ini bukan sahaja sebagai penerang halaman rumah Mama tetapi juga boleh menaikkan keserian laman rumah Mama pada waktu malam terutamanya. Semoga membantu!
Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan idea dekorasi yang menarik di SINI!