KelabMama

9 Jenis Lampu Bilik Tidur, Naikkan Mood & Vibe Yang Berbeza

lampu bilik tidur trendy

“Tak ada idea nak hias bilik tidur? “

Mama Siti pun kadang-kala buntu nak dekorasi bilik tidur. Tak pandai nak beli aksesori banyak-banyak, Mama Siti pasangkan sahaja lampu bilik tidur yang sesuai dengan tema.

Sebabnya lampu tidur bagi kesan pencahayaan dalam ruang tidur dan menaikan suasana ruang. Jom, Mama Siti tunjukkan cara-cara pilih lampu bilik tidur dan jenis lampu yang sesuai dipasang.

Kredit gambar: Bob Vila

6 Cara Pilih Lampu Bilik Tidur

Memilih lampu bilik tidur yang betul boleh memberikan rasa selesa dan membantu mewujudkan suasana yang lebih baik untuk tidur. Berikut adalah beberapa petua untuk memilih lampu bilik tidur yang betul.

  1. Pilih kecerahan sesuai: Lampu bilik tidur hendaklah cukup terang untuk membantu Mama melakukan aktiviti membaca atau menulis di atas katil tetapi jangan pula terlalu terang sehingga mengganggu tidur. Gunakan lampu dengan watt tidak melebihi 60 watt.
Kredit gambar: Voguenest
  1. Pertimbangkan bentuk dan saiz lampu: Pilih lampu yang mempunyai bentuk dan saiz yang sesuai dengan saiz dan reka bentuk bilik tidur Mama.
Kredit gambar: Shopee
  1. Pilih jenis lampu yang sesuai: Terdapat pelbagai jenis lampu, termasuk lampu LED, string light dan neon. Pilih jenis lampu mengikut keutamaan dan keperluan ruang tidur.
  1. Pertimbangkan warna cahaya: Warna cahaya boleh menjejaskan mood bilik tidur. Cahaya cerah lebih sesuai untuk aktiviti yang memerlukan fokus, manakala cahaya malap atau gelap lebih sesuai untuk mewujudkan suasana yang lebih tenang dan selesa.
Kredit gambar: Walmart.ca
  1. Pertimbangkan keupayaan malap: Ini adalah ciri yang berguna jika Mama kerap melakukan aktiviti yang memerlukan kecerahan yang berbeza-beza.
  1. Pertimbangkan gaya reka bentuk: Pilih lampu yang sesuai dengan gaya reka bentuk ruang tidur Mama. Contohnya, lampu dengan reka bentuk minimalis sesuai untuk bilik tidur moden, manakala lampu dengan reka bentuk yang lebih klasik sesuai untuk bilik tidur yang mempunyai rasa tradisional.

9 Jenis Lampu Sesuai Dipasang Di Bilik Tidur 

#1 Chandelier 

Lampu yang menjadi tarikan utama dalam tempat tidur dan diletakkan di tengah-tengah ruang. Mama hendaklah memilih lampu yang bersesuaian dengan konsep bilik.

Rekaan lampu dengan hiasan berlian sesuai untuk bilik tema klasik hingga moden. Manakala, rekaan yang lebih ringkas akan menampakkan ruang bilik lebih moden. 

#2 String Lights

Lampu jenis ini dahulunya popular dengan hiasan dinding tapestry. Ada banyak cara menggantungkan lampu jenis ini -di dinding dan di kepala katil. 

Bagusnya tentang lampu ini, ia mudah alih dan tidak perlukan pemasangan khas. 

#3 Jenis LED 

Kredit gambar: Facebook

Lampu LED mencipta dimensi baru dalam ruang tidur Mama. Jenis lampu ini juga tersedia dengan pilihan pengesan gerakan (motion sensor). Pemilihan warna lampu yang tepat menjadikan bilik Mama kelihatan lebih futuristik.   

#4 Jenis Neon

Kredit gambar: Zanvis Neon

Kelebihan lampu neon ialah ianya tersedia dalam banyak warna. Lagi pula, lampu neon boleh direka mengikut kehendak Mama. Dalam satu arca pula boleh ada lebih dari satu warna. 

#5 Di Tepi Katil

Kredit gambar: The Spruce

Mama Siti panggil jenis lampu tepi katil seperti ini sebagai lampu belajar. Manalah tahu, Mama suka baca buku di tempat tidur. Kalau ada lampu sisi, kita tak perlu lagi bergerak ke susi utama nak tutup lampu kan, kawalannya lebih praktikal. 

#6 Di Siling

Lampu siling paling sering kita temukan dalam mana-mana ruang tidur. Cumanya, sekarang Mama boleh pilih lampu siling dengan rekaan yang lebih moden berbanding lampung LED yang dijual di kedai-kedai. 

#7 Strip lights

Kredit gambar: Us Weekly

Strip light mempunyai fleksibiliti sama seperti string light. Selalunya, lampu jenis ini menjadi hiasan tambahan dalam bilik tidur anak lelaki atau di dalam bilik gaming

#8 Lampu Dinding

Kredit gambar: Pinterest

Perasan tak ada sesetengah hotel atau homestay kita pergi, mereka tak pasang pun lampu di siling tempat tidur. Tetapi, mereka pasang je lampu di dinding serata bilik?

#9 Lampu Kelambu

Kredit gambar: Facebook

Lampu kelambu selalunya menjadi kegemaran bilik anak perempuan. Kelambu jenis kecil atau bersaiz besar, kedua-duanya sesuai dipasang lampu kelambu. 

Macam tu lah Mama, ada cara nak pilih lampu dalam tempat tidur tau. Lampu ruang tidur boleh jadi lampu utama dan lampu hiasan.

Apa-apa pun, Mama sendiri kena buat penilaian dan sesuaikan dengan fungsi dan kesesuaian tema bilik tidur. Harap-harp artikel ini membantu Mama memilih lampu ruang tidur terbaik.


Dapatkan lebih banyak info dekorasi rumah di SINI.