Si manja demam?! Ha, mesti ramai yang panik sebab kalau demam ni dia datang sekali dengan pakej, BATUK DAN SELESEMA. Tidur si manja pun jadi tak lena disebabkan batuk yang berterusan.
Tu belum kalau yang jadi mangsa virus batuk ni bayi yang belum masuk setahun. Kadang-kadang disebabkan masih kecil lagi, nak hembus hingus pun tak boleh. Jadi, merengeklah dia sebab sukar bernafas.
Jadi, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah cadangkan 5 cara ringkas untuk hilangkan batuk berlendir pada anak mama. Insha Allah, hilang risau Mama kalau anak Mama dijangkiti virus batuk.
Menghilangkan Batuk Berlendir Pada Kanak-Kanak
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Kesian melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doktor sudi menjawab.”
Waalaikumussalam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang periksa, lepas tu bagi ubat terlalu banyak sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tak cukup bagi ubat sehingga ibubapa tak puas hati dengan rawatan yang diterima.
Ini yang buat ada sesetengah ibubapa lebih suka terus beli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan doktor. Tapi Alhamdulillah sebab ahli farmasi hari ni sangat prihatin dan berhati-hati dalam memberi sebarang ubatan kepada pembeli. Terutama untuk bayi.
Jangan Beli Ubat Batuk dan Selesema Di Farmasi Tanpa Penerangan
Dr. Zubaidi ada pesan, tak payahlah beli ubat-ubat di farmasi kalau tiada ahli farmasi yang bertugas. Apatah lagi kalau Mama sendiri tak diberi penerangan yang lengkap mengenai kesan dan manfaat ubat yang hendak diberikan kepada anak Mama.
Kebanyakan ubat yang dibeli secara ‘over-the-counter’ untuk batuk dan selsema ni boleh jadi akan beri kesan yang buruk kepada bayi Mama.
Ubat-ubat ni hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa. Jadi, kalau doktor tak bagi ubat selesema dan batuk kepada anak Mama, Mama kena buat apa?
Lakukan 6 Perkara Ini Kalau Anak Mama Batuk Dan Selesema!
- Pastikan anak Mama dapat rehat yang secukupnya. Jangan bawa anak Mama bersiar-siar atau membeli belah.
- Kalau Mama menyusukan anak, bagi susu ibu dengan lebih banyak. Formulanya sama saja kalau Mama bagi susu formula.
- Jangan ganti susu dengan air kosong kepada bayi terutamanya untuk yang berusia satu tahun ke bawah kerana ia boleh memudaratkan!
- Kalau anak Mama mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, bagi ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat kalau anak Mama berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
- Buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak Mama berada dalam bilik air bersama Mama untuk hidu wap air tu. Ia dapat membantu lendir menjadi longgar (khas untuk anak Mama yang berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air). Jangan mandikan anak Mama dengan air panas.
- Untuk anak yang dah berusia satu tahun ke atas dan boleh minum dari gelas atau botol, bagi air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Bagus untuk melegakan batuk.
Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selesema tak perlukan ubat. Sebab daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi tu sendiri yang akan berusaha untuk dapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH.
Selain dari mengamalkan petua-petua semulajadi, bagi masa dan peluang untuk dia bina antibodi dalam badan dia dalam usaha penyembuhan. Insha ALLAH walaupun anak Mama ada batuk dan selesema, dia masih boleh sembuh dengan sendiri dan tak perlukan apa-apa ubat terutama kalau yang berusia setahun ke atas.
Bawa Si Manja Berjumpa Doktor Sekiranya…
Cuma ada beberapa keadaan di mana ibubapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik.
- Batuk dan selesema yang tak sembuh selepas 5 hari.
- Anak batuk dan selesema sehingga menyebabkan dia tak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.
- Bagi bayi berumur 6 bulan ke bawah, batuk dan selsema disertai demam melebihi 38°C dan untuk bayi berumur bawah setahun pula, demam melebihi 39°C.
- Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tak pasti dengan keadaan anak mama. Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
BACA JUGA MAMA, INI 5 FAKTOR YANG MENYEBABKAN BAYI BATUK BERKAHAK
Pesan Mama Siti:
Mama Siti pun selalu buat air lemon dan madu untuk anak Mama Siti time dia demam dulu. Syukur, Alhamdulillah, batuk dia semakin berkurang. Mama boleh cuba cara ni, kalau tak ada lemon pun tak apa. Pakai saja buah limau kasturi yang ditanam kat belakang rumah tu. Gerenti anak mama cepat sihat lepas minum air bancuhan mama!