KelabMama

12 Cara Bunuh Kutu Rambut dan Telurnya (Wajib Buat Tips #12!)

Sedar tak sedar, ada satu parasit kecil yang menghisap darah di kulit kepala yang selalu mengganggu kehidupan kita iaitu kutu rambut.

Ingat lagi Mama Siti masa sekolah rendah dahulu. Hampir setiap bulan mesti mak akan periksa kepala kami adik-beradik, nak mencari dan menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan kutu rambut dari kepala.

Sekarang, saya buat dekat anak saya pula.

Kadar pembiakannya yang pantas menyukarkan cara menghapuskan keturunan kutu di kepala kita. Selain perlu menghapuskan kutu dewasa, kita juga perlu membunuh telurnya.

Mama pun rungsing dengan kutu rambut di kepala Mama mahupun anak-anak? Meh sini Mama Siti nak kongsikan cara menghapuskan kutu dengan menggunakan hanya bahan-bahan di dapur, buah-buahan dan ubat kutu.

Punca Kutu Ada Di Kepala

#1 Berkongsi Peralatan

Berkongsi sikat, barang perhiasan, fon kepala dan selimut memungkinkan kutu rambut merebak dari satu individu kepada individu yang lain.

Oleh itu, elakkan meminjam dan memakai barang orang yang dijangkiti kutu rambut. Jika anda tidak pasti sama ada mereka bebas kutu atau tidak, perhatikan cara mereka menjaga kebersihan diri.

#2 Mengabaikan Kebersihan Kepala dan Rambut

Jarang mencuci rambut, menggunakan tuala yang dipakai orang lain dan sebagainya kerana ia boleh menjadi cara seseorang dijangkiti kutu.

#3 Mendedahkan Rambut Kepada Orang Yang Dijangkiti

Terutamanya, Mama yang free hair. Pastikan rambut Mama sentiasa dipelihara daripada bersentuhan dengan rambut orang lain. Ini ialah cara mengelakkan rambut dihinggapi kutu.

#4 Melalui Perabot

Tahukah Mama kutu rambut boleh hidup tanpa makanan selama dua hari? Jadi, salah satu faktor yang menyebabkan jangkitan kutu pada rambut Mama adalah melalui sofa atau kerusi yang berisiko menjadi tempat tinggal kutu.

Cara Hilangkan Kutu Rambut

#1 Minyak Zaitun

Kredit gambar: Tribun

Memang tidak diragui lagi, minyak zaitun memang banyak khasiatnya dalam mencantikan dan menyihatkan rambut. 

Kaedah ini menyukarkan kutu melekat di helaian rambut. Selain itu, permukaan rambut yang licin menyusahkan kutu bergerak ke helaian rambut lain. 

Caranya adalah dengan mengoleskan minyak zaitun di kepala dan tutup dengan shower cap. Biarkan selama 1 jam kemudian bilas dengan air bersih. 

Bagi hasil yang lebih ketara, lakukan dengan lebih kerap iaitu 2 kali seminggu. 

#2 Minyak Kayu Putih

Kredit gambar: TOKOPOINT

Cara hilangkan kutu rambut yang seterusnya ialah dengan minyak kayu putih. Campurkan minyak kayu putih dengan perahan limau. 

Kemudian, oleskan ke kepala dan urut selama beberapa minit. Setelah di biarkan selama 2 jam, bilas rambut dengan air bersih.

#3 Minyak Kelapa

Kredit gambar: hot.liputan6.com

Kalau tak ada minyak zaitun, minyak kelapa pun boleh menghilangkan kutu rambut. Tambahan pula, kelebihan vitamin E dalam minyak kelapa mampu menyihatkan rambut dan kulit kepala. 

Panaskan 3 sudu minyak kelapa lalu urut kulit kepala hingga ke helaian rambut. 

#4 Cuka

Kredit gambar: MyGroser

Campurkan cuka dengan minyak kelapa atau minyak zaitun. Kemudian, aplikasikan ke kepala dan biarkan semalaman. Di samping itu, tutup kepala dengan shower cap

Di sebelah paginya, Mama cuci dan bilas rambut dengan air bersih.

#5 Alkohol

Kredit gambar: Freepik

Alkohol atau lebih tepat lagi benzyl alkohol. Ini antara cara paling cepat dan berkesan untuk menghilangkan kutu. 

Caranya adalah dengan tambahkan 5 sudu alkohol dengan 3 sudu baby oil ataupun cuka. Seterusnya, oleskan pada keseluruhan rambut dan tutup rambut dengan shower cap. Selepas kira-kira 90 minit, bilas rambut dengan air bersih. 

Kutu rambut yang mati akan gugur ke shower cap atau jatuh semasa proses membilas rambut. 

#6 Petroleum Jelly

Kredit gambar: WebMD

Oleskan petroleum jelly menggunakan cari di setiap helaian rambut. Pastikan ia mencapai hingga keseluruhan bahagian kepala. 

Biarkan semalaman dan keesokkan paginya terus urutkan kepala dengan baby oil. Akhir sekali barulah cuci rambut menggunakan syampu. 

#7 Garam

Kredit gambar: Freepik

Cara seterusnya hanya memerlukan garam sahaja. Ya, bahan masakan yang wajib ada di dapur rumah Mama. 

Garam membantu seseorang yang dijangkiti kutu rambut dengan cara membasmi kutu rambut secara semulajadi. 

Cara membasmi kutu rambut adalah dengan mencampurkan 3 sudu garam, 1 sudu cuka dan 100 ml air. Tuangkan ke dalam botol semburan dan semburkan ke rambut. 

Seterusnya, biarkan selama 2 jam dan bilas bersih. Bagi mengelakkan kutu bergerak di pakaian, Mama Siti cadangkan agar Mama pakai penutup kepala atau shower cap. 

#8 Lemon

Kredit gambar: Freepik

Hilangkan kutu rambut dengan menggunakan lemon. Kadar keasidan yang tinggi pada lemon boleh membunuh kutu hingga telurnya sekali. 

Jus perahan lemon di tambahkan dengan 100 ml air. Oleskan di kepala dan hingga ke bahagian kulit kepala. Lalu, urutkan kepala selama 15 minit dan biarkan rambut seketika sebelum bilas dengan air suam.

#9 Bawang Putih + Limau Nipis

Kredit gambar: Freepik

Bau-bauan dari bawang putih antara yang tidak disukai haiwan kecil termasuklah kutu rambut. Apabila ditambah dengan perahan limau nipis, kutu merasa tidak selesa dengan bau dan keadaan asid dari limau nipis.

Cara-cara menghilangkan kutu rambut dengan bawang putih adalah dengan mencampurkan 3 sudu perahan limau dengan bawang putih yang telah dihancurkan. 

Kemudian ratakan di seluruh bahagian kepala dan cuci bersih dengan syampoo selepas 45 minit.

#10 Syampu Kutu

Kredit gambar: Shopee

Terdapat syampu yang dikhususkan untuk menghilangkan kutu rambut di kepala. Bahan aktif yang berupaya membunuh kutu ialah Permethrin

Syampu kutu sangat mudah didapati di pasaran. Permethrin mampu membunuh kutu dewasa dan telur kutu pada rambut. 

#11 Ubat Kutu

Kredit gambar: Shopee

Untuk kesan yang lebih berkesan, Mama boleh cuba ubat kutu yang ada di farmasi. Mama Siti pernah cuba salah satu ubat kutu, memang terbukti berkesan. 

Paling penting, kita perlu ikut cara penggunaan yang ditulis pada kotak ubat kutu tersebut. 

#12 Sikat Kutu

Kredit gambar: Lazada

Sikat kutu mempunyai gigi yang rapat dan nipis dan diperbuat dari bahan yang keras. Ia sangat bersesuaian untuk menyingkirkan kutu dari rambut. 

Cara penggunaannya serupa dengan sikat biasa. Mulakan dari kulit kepala dan sikat hingga ke hujung rambut. Kulit kepala ialah akses paling mudah untuk kutu menghisap darah manusia. Selain itu, bahagian kulit kepala selalunya jarak dicapai oleh sikat rambut. 

Lakukan beberapa kali di tempat yang sama supaya lebih banyak kutu dapat dihilangkan. 

Terdapat 12 cara untuk menghilangkan kutu rambut di kepala. Dari kaedah paling biasa kita lakukan hinggalah menggunakan ubat khusus membunuh kutu rambut dan telurnya.

Mama dah tahu kan macam mana seseorang boleh dapat jangkitan kutu rambut. Mama Siti sarankan supaya Mama mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak berkongsi peralatan serta tidak mendedahkan rambut kepada individu yang berisiko.

Jangan lupa ikut cara-cara hilangkan kutu rambut yang Mama Siti kongsikan di atas ya.


Ikuti pelbagai tips pencegahan yang lain DI SINI.