Sekarang anda tak perlu susah-susah dah runsing memikirkan urusan pendaftaran kursus kahwin. Ada cara yang mudah untuk daftar kursus kahwin yang boleh dilakukan dalam talian sahaja sekarang ni.
Ia merupakan kerjasama antara Jakim dan Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia untuk memudahkan pasangan yang ingin berkahwin.
Cara Daftar Kursus Kahwin Online
1. Senang je, mula-mula anda ke laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM):
Laman web SPPIM: https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
Anda akan lihat paparan seperti ini ya.
2. Kemudian, klik pada ‘Daftar Kursus’. Akan keluar paparan seperti ini:
Anda perlu memilih tarikh dan tempat kursus kahwin yang anda ingin hadiri. Sistem talian sebegini memang memudahkan bakal pengantin kerana senang je nak semak tempat, masa, tarikh dan maklumat-maklumat lain berkenaan kekosongan kursus untuk pendaftaran. Klik-klik je!
Bila dah pilih negeri dan tarikh yang bersesuaian, teruskan klik pada ‘Senarai & Pilih Kursus‘. Ini untuk memudahkan lagi pemilihan tempat kursus yang berdekatan dengan anda.
Contohnya, jika anda memilih untuk menghadiri kursus kahwin di Negeri Sembilan pada tarikh 7 Februari hingga 13 Februari 2022, akan keluar paparan senarai kursus yang anda boleh hadiri di berbeza tempat dan penganjurnya seperti ini:
3. Kemudian, pilih tempat dan kursus kahwin yang tersedia dan klik pada butang ‘Seterusnya >>’ seperti contoh di bawah:
4. Seterusnya, isi maklumat yang tepat berkenaan dengan diri anda:
Pada ruangan portal seperti ini, isi semua maklumat yang diperlukan. Teruskan dengan menekan butang ‘Seterusnya >>‘.
5. Baca maklumat perakuan dan sahkannya dengan klik pada ‘Saya bersetuju’.
Teruskan pendaftaran anda dengan menekan ‘Hantar‘ atau ‘Kembali‘ untuk semak butiran maklumat anda.
Peringatan ya, jika anda pernah mendaftar sebelum ini, ia akan terbatal secara automatik selepas pendaftaran ini.
6. Pendaftaran kursus praperkahwinan online anda berjaya:
Jika keluar paparan seperti ini, ini bermakna pendaftaran anda telah pun berjaya!
Untuk mengesahkan penyertaan anda, teruskan membuat bayaran kepada pihak penganjur seperti butiran di atas. Jangan lupa untuk sediakan Kad Pengenalan Asal dan 1 Salinan semasa pembayaran ya.
Anda akan diberikan No. Rujukan Pendaftaran dan maklumat lengkap tentang kursus kahwin yang anda akan sertai seperti lokasi dan aturcaranya:
Soalan Lazim Berkaitan Pendaftaran Kursus Kahwin Online
1. Berapakah yuran untuk pendaftaran kursus kahwin online?
Kebiasaannya, jumlah yuran yang perlu dibayar untuk mendaftar kursus kahwin online adalah sebanyak RM100.
2. Berapakah tempoh yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran kursus kahwin secara online?
Peserta perlu mengesahkan pendaftaran kursus kahwin selewat-lewatnya sebelum 5 hari dari tarikh kursus dengan membuat pembayaran kepada pihak penganjur.
3. Apakah syarat-syarat penyertaan kursus kahwin?
Peserta boleh semak syarat-syarat penyertaan kursus kahwin dalam gambar di bawah yang juga tertera di portal ya:
Senang je kan nak daftar kursus kahwin online? Hanya ikuti beberapa langkah, dah siap.
Semoga segala urusan untuk pernikahan anda akan dipermudahkan!