KelabMama

KULIT SEKITAR PERUT GATAL KETIKA HAMIL

Banyak perubahan berlaku pada badan ibu semasa mengandung dan yang paling diberi perhatian adalah kulit. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras badan ibu. Bahagian yang ketara berlaku adalah pada kulit, kuku dan juga rambut. Walaupun mencemaskan serta mengecewakan, perubahan ini hanyalah bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran berlaku dan juga tidak membahayakan. Para ibu boleh berbincang dengan doktor masing-masing sekiranya perubahan ini mengubah serta mengganggu emosi. Antara yang akan diketengahkan kali ini adalah:

  1. Perubahan normal pada kulit, kuku serta rambut ibu semasa mengandung.
  1. Perawatan yang ada, sekiranya diperlukan, untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut.

 

KULIT SEMASA MENGANDUNG

Kebanyakan perubahan akibat penyakit kulit, mengapa ianya berlaku serta puncanya tidak diketahui. Semasa mengandung, banyak perubahan fizikal berlaku kepada seorang ibu seperti sakit belakang dan juga kesan-kesan kulit menegang. Namun, yang paling ketara untuk para ibu mungkin pada bahagian kulit, rambut serta kuku. Perubahan ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.  Mungkin juga perubahan pada kulit sudah pun wujud, cuma penampilannya lebih jelas kelihatan semasa mengandung.

 

TOMPOK-TOMPOK GELAP ATAU HITAM

 

TANDA KEREGANGAN

Sepanjang kehamilan, kulit di perut terutamanya di bahagian rahim akan makin membesar, menegang dan menjadi kemerahan. Tanda-tanda ini akan lebih jelas kelihatan sekiranya pembesaran rahim berlaku dengan pantas. Pada trimester ketiga, bahagian badan ibu akan jelas sekali menunjukkan keregangan kulit di bahagian perut, paha, punggung serta payudara. Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan keregangan ini selain penggunaan bahan-bahan kosmetik untuk menyembunyikannya. Tanda-tanda keregangan ini akan menjadi pudar selepas anak dilahirkan tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya. Tanda keregangan juga akan kelihatan sebagaimana semasa mengandung sekiranya seorang ibu itu secara genetiknya mempunyai kulit yang lebih gelap.

 

PERUBAHAN PADA RAMBUT

Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat, kadangkala mungkin tumbuh pula bulu-bulu di bahagian-bahagian yang sebelum ini tidak mempunyai bulu.Pertumbuhan bulu-bulu baru ini dipanggil ‘hirsutism’ dan ianya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan. Keguguran rambut juga mungkin berlaku dalam masa tiga bulan selepas kelahiran. Ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana keadaan rambut pada badan ibu sedang kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Tidak ada ubat yang dapat digunakan untuk menghalang keguguran rambut ini selepas kelahiran anak. Untuk kehadiran bulu-bulu di bahagian-bahagian lain badan, ibu-ibu boleh mencabutnya ataupun berhubung dengan pakar-pakar kecantikan jika ia tidak hilang selepas enam bulan.

 

PERUBAHAN KUKU

Kuku ibu mengandung menjadi lebih cepat panjang dan kadangkala senang pecah serta merekah. Jangan runsing kerana kuku akan menjadi seperti sediakala selepas anak dilahirkan.

 

VENA LELABAH

Perubahan pada pembuluh darah juga mungkin berlaku disebabkan pertambahan jumlah darah di dalam badan semasa mengandung. Salur-salur darah yang kecil kelihatan pada kulit ibu mengandung dikenali sebagai vena lelabah. Lazimnya vena lelabah ini ketara semasa 14 minggu pertama mengandung. Mereka yang berkulit cerah akan mendapati kehadiran vena lelabah ini juga berlaku di kawasan muka, leher dan lengan.

 

VENA VARIKOS

Penyekatan secara perlahan aliran darah dari bahagian kaki ke jantung mungkin akan berlaku disebabkan rintangan oleh rahim yang membesar serta penambahan berat badan. Kaki para ibu mungkin akan membengkak, menjadi biru dan juga tidak selesa atau rimas. Ini dipanggil sebagai vena varikos dan ia juga berlaku di dubur dan sekitar faraj. Di dubur, ianya dipanggil sebagai buasir. Faktor turun-temurun juga memainkan peranannya. Para ibu mungkin akan menghidapinya sekiranya mempunyai sejarah ahli keluarga dengan masalah tersebut.

 

Langkah-langkah yang boleh diamalkan supaya vena varikos tidak menjadi lebih teruk adalah:

 

LAIN-LAIN MASALAH KULIT

Plak dan papula pruritik urtikarial

Berlaku pada satu daripada 200 wanita mengandung. Kulit kelihatan mempunyai tompok-tompok kecil yang timbul dan kemerahan, biasanya pada peringkat terakhir kandungan. Tompok-tompok kecil ini boleh bergabung menjadi lebih besar. Ianya gatal dan lazimnya bermula di bahagian abdomen dan merebak ke paha, punggung dan juga payu dara. Krim berubat steroid boleh digunakan dan ianya akan hilang selepas tamat kehamilan.

Prurigo semasa mengandung

Kemunculan tompok-tompok kecil yang gatal dan kelihatan seperti gigitan serangga. Ianya berlaku pada mana-mana sahaja bahagian badan, pada bila-bila masa semasa tempoh mengandung. Tompok-tompok kecil ini mungkin tidak hilang selepas tempoh kehamilan dan boleh bergabung untuk membentuk bahagian gatal yang lebih meluas.

Pemphigoid gestationis

Jarang berlaku, tetapi sekiranya berlaku akan bermula pada tempoh kandungan trimester kedua serta ketiga dan juga sejurus selepas kelahiran. Lukanya seperti kulit terkena air panas, seakan-akan melecur dan mungkin boleh melibatkan banyak kawasan pada badan.

 

KOLESTASIS SEMASA MENGANDUNG

 

 

 

 

 

Sumber:  Utusan & Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor (Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (Husm)