Masalah alahan kulit tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, bahkan penduduk dunia. Kulit merupakan organ yang banyak besar bagi manusia, dan merupakan anggota badan yang paling banyak. Perlu diingatkan bahawa penyakit kulit tersebut adalah penyakit yang sentiasa datang dan pergi. Ia tidak akan dapat dihilangkan secara sepenuhnya tetapi boleh dikawal seperti penyakit-penyakit kronik yang lain. Ini adalah kerana punca utama penyakit tersebut adalah lebih kepada hubung kait antara faktor dalaman dan luaran, bukannya jangkitan kuman semata-mata yang boleh dihilangkan dengan rawatan antibiotik. Dan salah satu masalah pada kulit adalah alahan. Perkara ini terjadi disebabkan banyak faktor termasuklah gangguan pada sistem imun, perubatan ataupun jangkitan.
PENYAKIT RADANG KULIT
Penyakit atopik dermatitis (eczema) sering kali dikaitkan dengan faktor keturunan dan alahan. Ia adalah penyakit radang kulit yang menyebabkan rasa gatal teruk serta boleh mengganggu kualiti tidur dan kehidupan seharian. Kebiasaannya, ia mula muncul pada kanak-kanak sebelum berusia dua tahun dan sering kali menunjukkan gejala dalam bentuk ‘pasang dan surut’, iaitu ada kalanya kelihatan terkawal (remission) dan ada kalanya bertambah teruk (exacerbation). Namun, bagi tahap yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami gejala kegatalan dan radang kulit secara berpanjangan. Antara tanda-tanda penyakit atopik ekzema ini termasuklah keadaan kulit kering, merah dan kelihatan bersisik. Ia bertambah teruk apabila digaru berulang kali.
Sekiranya dibiarkan, kulit akan tercedara akibat kesan garuan yang berterusan menyebabkan kuman boleh memasuki kawasan kulit yang lebih dalam dan mengakibatkan jangkitan. Jangkitan ini sekali gus memarakkan lagi kitaran gejala atopik eczema. Tambahan pula, kawasan kulit yang cedera akibat garuan berterusan juga akan meninggalkan parut dan kulit menjadi keras, bersisik dan kering.
Radang kulit ini melibatkan kawasan kulit tertentu mengikut umur pesakit tersebut. Secara umum, atopik ekzema sering kali melibatkan kawasan muka, badan, hadapan lutut dan belakang siku atau kawasan tidak berlipat (extensor surface) dalam kalangan bayi. Manakala bagi kanak-kanak lebih berumur dan dewasa, ia seringkali melibatkan kawasan kulit yang belipat (flexor surface) seperti belakang lutut, hadapan siku, hadapan pergelangan kaki, tengkuk dan sekitar mata. Pesakit atopik eczema juga sering kali mengalami beberapa penyakit alahan yang lain seperti radang alahan pada mata (allergic conjunctivitis), alahan pada hidung (allergic rhinitis) dan juga penyakit asma atau lelah (bronchial asthma).
Ahli keluarga terdekat juga sering kali mengalami masalah kulit atau penyakit alahan yang sama. Penyakit eczema dan alahan ini seringkali menjadi teruk apabila mereka terdedah kepada bahan-bahan yang menggalakkan pengeluaran dan pengaktifan sel-sel radang dan alahan. Sebagai contoh makanan laut, cuaca yang panas dan kering, habuk, tekanan atau kemurungan, hama mahupun akibat jangkitan kuman. Apa yang memeranjatkan adalah bahan-bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka dan badan juga mampu meningkatkan keradangan kulit pada pesakit eczema.
CARA PENJAGAAN KULIT YANG CENDERUNG TERHADAP ALAHAN
- Elakkan produk yang diketahui sebagai alergen yang biasa, contohnya lateks.
- Berhati-hati: Sekiranya ingin mencuba detergen, item penjagaan seperti losen pelindung matahari atau mekap yang baru, ujinya terlebih dahulu. Pastikan anda mempunyai pengganti lain sekiranya kulit anda mula memberi tindak balas.
- Ikut regimen yang sama bagi sebarang produk yang akan menyentuh kulit anda. Ini mungkin kedengaran remeh-temeh berbanding penggunaan terus “produk ajaib”. Namun, kulit anda merupakan organ yang sensitif dan apabila ia tidak gembira, tiada siapa akan gembira.
- Alergen boleh membunuh. Prinsip “Terdapat cara untuk berjaya jika anda terus mencuba” tidak boleh digunakan di sini. Jangan menduga nasib dengan mencuba alergen yang sama berulang kali. Ia tidak akan meredakan simptom anda. Malah, ia akan menjadikannya lebih teruk.
- Jika anda mendapati diri anda tiba-tiba mengalami alahan, jumpa doktor atau pergi ke bilik kecemasan dengan segera. Kejutan anafilaktik boleh membawa maut. Jangan menjadi mangsa.
APA ITU FUNGUS / KULAT DAN BAGAIMANA KULAT TERJADINYA KULIT
- Fungal atau dalam bahasa Malaysia disebut kulat. Fungal ni sejenis bakteria yang menyerang kulit manusia. Apa fungal ni? Macam mana benda ni berlaku? Kulat adalah sekumpulan organisme yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang tidak menyerupai haiwan mahupun tumbuhan. Ia merupakan penyebab kerosakan, kotor, busuk dan beracun.
- Pada amnya benih kulat tidaklah mendatangkan bahaya, tetapi setelah berada di dalam keadaan suhu, kelembapan serta kehadiran nutrien yang sesuai, ia akan membiak menjadi kulat. Kulat merupakan hidupan halus yang bertaburan di sekeliling kita. Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100.000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
- Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat. Jangkitan ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung atau tidak secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti, apabila seseorang itu mengguna sesuatu atau bersentuh sesuatu benda dicemari kulat.
- Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang dan berpelukan sesama mereka.
FAKTOR-FAKTOR KULAT BOLEH MEMBIAK
- Anemia atau kekurangan zat besi.
- Sistem pertahanan badan yang rendah.
- Orang yang sedang mengambil antibiotik.
- Luka pada kulit.
- Pesakit diabetes (lebih berisiko untuk jangkitan).
- Perubahan hormon bagi wanita.
- Bahagian yang panas dan lembap
- Pakaian dalam dan lampin (ruam lampin).
KULAT BOLEH BERLAKU PADA BAHAGIAN
- Kulit badan – Kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.
- Kaki berair – Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki.
- Infeksi kuku jari – Kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan.
- Jock Itch – Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha.
- Panau – Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.
- Seriawan mulut – Berlaku pada mulut, lidah atau bahagian dalam pipi.
PUNCA-PUNCA PENYAKIT/FAKTOR RISIKO
- Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
- Sentiasa memakai pakaian, kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik.
- Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan.
- Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah.
- Kurang menjaga kebersihan diri. Oleh itu pastikan anda menjaga kebersihan diri.
- Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
- Melalui aktiviti perlancongan dan hubungan antarabangsa.
- Suka berkongsi pakaian, tuala, kasut atau sarung kaki.
- Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang.
Sumber: Internet