Siapa pernah kena cakar dengan kuku bayi? Mama Siti pernah! Walaupun umur anak tu baru setahun jagung, kuku bayi baru lahir ni boleh tahan tajam juga ya.
Sebab tu kena potong kuku si manja walaupun baru berusia beberapa minggu. Kali ini Mama Siti kongsikan tujuh (7) cara potong kuku bayi baru lahir yang selamat, tidak membahayakan bayi, dan juga memudahkan Mama Papa.
7 Cara Potong Kuku Bayi Baru Lahir
#1 Gunakan Ketip Kuku Khas
Ya, untuk si manja Mama yang kecil tu pun ada ketip kuku tersendiri tau. Bagi bayi yang baru lahir, adalah lebih baik untuk Mama menggunakan ketip kuku khusus untuk bayi.
Bukan sekadar ketip kuku biasa, ada juga ketip kuku bayi jenis elektronik. Bayi baru lahir tak sesuai pakai ketip kuku orang dewasa kerana saiznya lebih lebar dan terlalu besar untuk bayi kita.
#2 Cara Memotong Kuku
Kuku jari tangan perlu dipotong mengikut bentuk dan alur kukunya. Manakala, kuku jari kaki hanya perlu dipotong secara lurus tanpa mengikut alur kuku kaki.
#3 Potong Kuku Lepas Mandi
Cara potong kuku bayi baru lahir yang seterusnya adalah untuk melakukannya selepas si kecil selesai mandi.
Kebiasaannya, kuku akan jadi lebih lembut selepas mereka mandi. Ambil peluang ini untuk potong kuku anak kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan daripada kuku yang tajam.
#4 Memotong Kuku Semasa Si Manja Tidur
Bila tanya ibu-ibu yang dah ada anak dua, tiga orang, rata-rata akan cakap “cuba potong kuku anak masa dia tidur”.
Sebabnya, jari bayi baru lahir kurang bergerak semasa mereka tidur. Bayi yang baru lahir akan lebih banyak tidur daripada terjaga demi perkembangan yang sihat.
#5 Potong Kuku di Tempat Yang Terang
Bayi berisiko mendapat kecederaan bila Mama potong kuku bayi baru lahir dalam keadaan kurang cahaya.
Nanti terlebih potong bahagian kuku nanti, macam mana?
Jadi, pastikan kuku bayi baru lahir boleh jelas kelihatan semasa memotong. Kalau bimbang anak bangun bila buka lampu, cukup pastikan bahagian kuku yang nak dipotong boleh dilihat dengan jelas.
#6 ‘Practice Makes Perfect’
Normal lah kalau gementar bila pertama kali nak potong kuku bayi baru lahir. Kalau boleh nak minta tolong orang yang dah ada pengalaman untuk potongkan kuku si manja kita.
Tapi tak boleh lah kan. Sebab anak kita tanggungjawab kita. Jadi, buat perlahan-lahan dan berhati-hati. Lama-kelamaan, Mama pasti boleh potong kuku anak macam ‘pro’.
#7 Cepat Basuh Luka Kalau…
Baru sahaja terjadi kepada anak saudara Mama Siti beberapa minggu lalu iaitu daging di jari bayi terpotong sedikit sampai menangis si anak tu.
Bila dah jadi macam ni, Mama kena cepat-cepat cuci luka dengan air bersih. Kemudian, lap dan balut dengan tisu atau kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
“Saya pertama kali jadi ibu, takut kalau anak jadi apa-apa.”
Kalau macam tu, Mama boleh dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor bertauliah untuk menilai tahap luka si kecil.
Jenis pemotong kuku, cara potong kuku dan masa kita potong kuku bayi baru lahir pun main peranan.
Kalau salah potong, anak kita juga yang sakit nanti. Sekiranya Mama masih ragu-ragu dan gusar, boleh dapatkan nasihat pakar atau mereka yang lebih bertauliah.
Dapatkan pelbagai info mengenai keperluan si manja Mama dan Papa di SINI!