KelabMama

Kuih-Muih Kaum Cina Yang Popular & Semestinya Halal Untuk Mama Cuba

Tahun Baru Cina semestinya masa yang terbaik untuk luangkan masa bersama keluarga dan catch-up dengan hal-hal keluarga yang lama tak jumpa tu. Tapi bukan tu sahaja! Setiap kali Tahun Baru Cina, Mama Siti mesti nantikan kuih-muih yang manis yang dapat cipta lebih banyak kenangan manis untuk tahun yang akan datang!

Tapi halal ke kuih-muih ni? Jangan risau Mama, sini Mama Siti nak kongsikan senarai kuih-muih kaum Cina yang popular dan HALAL untuk dinikmati umat Islam.

Di bawah juga ada infografik tau, boleh lah Mama share dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.

7 Kuih-Muih Kaum Cina Yang Popular & Halal

Nian Gao 

Haa kuih ni boleh makan bila bila masa je tapi sangat popular waktu Tahun Baru Cina. Berasal dari negara China, kuih tahun baharu ni juga dikenali sebagai kuih bakul.

Ia juga sangat mirip dengan kuih Melayu kita iaitu kuih dodol, Nian Gao sering dimakan dengan kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek dan boleh dimakan macam tu sahaja. Ia diperbuat daripada tepung pulut. Nama lainnya adalah “kek beras”.

Tang Yuan (Winter Solstice)

Secara tradisinya, ia dimakan semasa Yuanxiao atau Festival Tanglung dan juga majlis perkahwinan.

Tang Yuan diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk seperti bola yang dihidangkan dalam sup atau air gula panas. Kadang-kadang ada inti di dalam dan kadang-kadang ia datang dalam pelbagai saiz.

Yuèbíng/Mooncake (Mooncake Festival)

Favourite Mama Siti!

Secara tradisinya, kek bulan ni dimakan sewaktu Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kek ini dimakan untuk meraikan penghargaan bulan dan melihat bulan. Bagi kaum Cina, kek bulan ni dianggap sebagai makanan istimewa tau, Mama!

Ia datang dalam pelbagai perisa dan inti seperti keladi, pandan dan juga durian. Kalau cari kek bulan waktu perayaan Pertengahan Musim Luruh, memang merata-rata ada tau!

Ma Lai Gou (Dimsum)

Kek Kukus ni adalah kek span gula perang gebu yang biasanya terdapat pada troli dim sum di Selatan China dan Hong Kong. Ia juga merupakan salah satu hidangan dim sum yang popular.

Secara aslinya, kek ini mempunyai corak poket udara bergaris-garis disebabkan proses penapaian. Tetapi sekarang, untuk jimatkan masa, kedai-kedai dan restoran membuat kek ini dengan cara shortcut dan rasanya tetap sedap! Boleh la Mama try~

 Jian Dui (Dimsum)

Buat penggemar kacang merah, boleh la Mama cuba yang ini! Jian dui ialah sejenis pastri goreng Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.

Luarannya disalut dengan biji bijan. Teksturnya rangup dan kenyal tau! Inti di dalam biasanya terdiri daripada pes lotus, atau sebagai alternatif pes kacang hitam manis, atau pes kacang merah. Simple je kuih ni, kalau makan satu mesti nak lagi!

Fah Sung Thong  

Kalau Mama nak tahu kuih Fah Sung Thong atau Chinese Peanut Candy ni sebenarnya macam kuih bepang aje! Ia diperbuat daripada biji bijan dan kacang tanah. Macam kuih bepang Melayu kita tu!

Kalau Mama nak buat homemade pun senang! Boleh letak chili flakes dan serbuk lima rempah. Wow! Mesti sedappp~

Wan Dou Huang

Wan Dou Huang adalah Pea-Flour Cake sejenis kuih yang manis dan menyegarkan. Bahan utama kuih ni adalah kacang dhall atau tepung kacang dhall, air dan gula. Ia juga biasa dimakan orang pada musim bunga. Tekstur dia halus dan licin je! Dia akan cair dalam mulut.

Banyak rupanya kuih-muih kaum Cina yang popular sepanjang tahun dan HALAL. Mari cuba pelbagai pencuci mulut ini dan jadikan hidup kita lebih manis! Selamat mencuba~


Nak buat pencuci mulut sendiri pada Tahun Baru Cina ni? Dapatkan resepi pencuci mulut di SINI!