KelabMama

“Ya Allah, Rumah Aku!” 8 Cara dan Tips Pilih Kontraktor Rumah Terbaik

tips pilih kontraktor rumah

Kenapa nak upah kontraktor kalau ada tukang rumah? 

Baik, itu soalan yang bagus. Kontraktor mempunyai beberapa kelebihan berbanding tukang rumah seperti mempunyai kontrak dan dilindungi undang-undang. 

Namun begitu, pertama sekali kita perlu pastikan lapan ciri-ciri kontraktor rumah yang baik dipatuhi agar rumah idaman kita siap dengan cantik dan tepat waktu. 

Ayuh kita lihat cara dan tips pilih kontraktor rumah. 

8 Cara dan Tips Pilih Kontraktor Rumah

Kredit gambar: Red Cover Life Planning

#1 Perjanjian Bertulis

Ianya mungkin bukan langkah pertama tetapi tips yang paling penting perlu ada sebelum memulakan proses pembinaan rumah. 

Butiran yang perlu ada dalam perjanjian tersebut termasuklah:

Kegagalan mendapatkan surat perjanjian boleh merisikokan Mama dari segi kewangan, masa dan keselamatan dalam rumah. 

#2 Latar Belakang Syarikat

Penting untuk kita pastikan kontraktor yang dipilih berdaftar dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Dalam masa yang sama, Mama perlu buat semakan di  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melihat jika kontraktor tersebut pernah melakukan salah laku sebelum ini.  

#3 Testimoni dan Ulasan Pelanggan

Apa yang lebih penting daripada testimoni positif ialah testimoni negatif. Ianya salah satu contoh pengurusan risiko antara pelanggan dan kontraktor. 

Kalau boleh usahakan untuk mendapatkan komen secara terus dari pelanggan seterusnya dan dapatkan maklumat tentang cara kerja kontraktor tersebut. 

#4 Perincian Kos dan Jadual Pembayaran

Kredit gambar: Medcom.id

Semasa perbincangan, Mama perlu minta anggaran kos secara terperinci berserta dengan jadual pembayaran. 

Ambil masa untuk membaca dan memahami dua perkara itu sebelum menandatangani apa-apa surat perjanjian. 

#5 Kualiti Bahan dan Peralatan

Penting untuk kita ambil tahu gred kualiti bahan yang digunakan untuk pembinaan rumah impian. 

Selain itu, mereka juga hendaklah bekerjasama dengan subkontraktor dan pembekal yang dipercayai agar proses pembinaan berjalan lancar. 

#6 Keserasian Gaya Pilihan

Kredit gambar: designandbuildmalaysia.blogspot.com

Lebih baik lagi kalau Mama berjaya dapatkan kontraktor yang memahami gaya pilihan rumah idaman Mama. 

Kontraktor yang berpengalaman lebih disarankan. Namun begitu, jika mereka tidak berpengalaman memadai jika mereka dapat menghayati konsep reka bentuk.                                  

#7 Pengalaman Kontraktor

Pastikan mereka mempunyai rekod kerja yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi semasa bekerja. 

Nasihat Mama Siti, elakkan menggunakan khidmat kenalan atau saudara-mara melainkan Mama benar-benar yakin dengan hasil kerja mereka. 

Ini kerana ada kemungkinan mereka lupa bahawa Mama ialah pelanggan dan mengakibatkan mereka tidak serius bekerja.  

#8 Hormat Bajet Anda

Mengikut pengalaman Mama Siti sendiri, ada kontraktor yang akan minta duit tambahan dengan alasan …

Seorang kontraktor yang baik akan sedaya upaya menyiapkan kerja-kerja pembinaan mengikut bajet yang telah dipersetujui sebelum ini. 

Jika terpaksa meminta bayaran tambahan, kontraktor akan berbincang alternatif yang mungkin tanpa mengganggu bajet. 

Kredit gambar: magdesign.my

Latar belakang syarikat dan semakan ulasan pelanggan terdahulu antara yang Mama Siti selalu titik beratkan. 

Pastikan kontraktor rumah Mama tergolong dalam ciri-ciri syarikat yang baik. Mudah-mudahan, rumah Mama dapat dibina dengan elok dan tepat waktu. 


Dapatkan lebih banyak tips hiasan rumah DI SINI!