Kenapa nak upah kontraktor kalau ada tukang rumah?
Baik, itu soalan yang bagus. Kontraktor mempunyai beberapa kelebihan berbanding tukang rumah seperti mempunyai kontrak dan dilindungi undang-undang.
Namun begitu, pertama sekali kita perlu pastikan lapan ciri-ciri kontraktor rumah yang baik dipatuhi agar rumah idaman kita siap dengan cantik dan tepat waktu.
Ayuh kita lihat cara dan tips pilih kontraktor rumah.
8 Cara dan Tips Pilih Kontraktor Rumah
#1 Perjanjian Bertulis
Ianya mungkin bukan langkah pertama tetapi tips yang paling penting perlu ada sebelum memulakan proses pembinaan rumah.
Butiran yang perlu ada dalam perjanjian tersebut termasuklah:
- Tarikh tandatangan perjanjian
- Tarikh siap (projek)
- Selain itu, masukkan definisi rumah yang telah siap dan senaraikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi yang menandakan rumah itu telah siap dibina atau diubahsuai
- Denda sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek tersebut pada masa yang ditetapkan
- Bahan-bahan binaan untuk dinding, bumbung, lantai, bilangan suis dan lain-lain.
- Nama-nama dan alamat kontraktor dan pemilik.
- Peringkat pembayaran – sebelum pembeli bayar, setiap peringkat itu mestilah di perakui oleh perunding bertauliah, seperti arkitek dan sebagainya
- Tempoh Tanggung Kecacatan/ Defects Liability Period (DLP) -tempoh kontraktor perlu membaiki sebarang kerosakan pada projek yang dibawahnya
Kegagalan mendapatkan surat perjanjian boleh merisikokan Mama dari segi kewangan, masa dan keselamatan dalam rumah.
#2 Latar Belakang Syarikat
Penting untuk kita pastikan kontraktor yang dipilih berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dalam masa yang sama, Mama perlu buat semakan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melihat jika kontraktor tersebut pernah melakukan salah laku sebelum ini.
#3 Testimoni dan Ulasan Pelanggan
Apa yang lebih penting daripada testimoni positif ialah testimoni negatif. Ianya salah satu contoh pengurusan risiko antara pelanggan dan kontraktor.
Kalau boleh usahakan untuk mendapatkan komen secara terus dari pelanggan seterusnya dan dapatkan maklumat tentang cara kerja kontraktor tersebut.
#4 Perincian Kos dan Jadual Pembayaran
Semasa perbincangan, Mama perlu minta anggaran kos secara terperinci berserta dengan jadual pembayaran.
Ambil masa untuk membaca dan memahami dua perkara itu sebelum menandatangani apa-apa surat perjanjian.
#5 Kualiti Bahan dan Peralatan
Penting untuk kita ambil tahu gred kualiti bahan yang digunakan untuk pembinaan rumah impian.
Selain itu, mereka juga hendaklah bekerjasama dengan subkontraktor dan pembekal yang dipercayai agar proses pembinaan berjalan lancar.
#6 Keserasian Gaya Pilihan
Lebih baik lagi kalau Mama berjaya dapatkan kontraktor yang memahami gaya pilihan rumah idaman Mama.
Kontraktor yang berpengalaman lebih disarankan. Namun begitu, jika mereka tidak berpengalaman memadai jika mereka dapat menghayati konsep reka bentuk.
#7 Pengalaman Kontraktor
Pastikan mereka mempunyai rekod kerja yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi semasa bekerja.
Nasihat Mama Siti, elakkan menggunakan khidmat kenalan atau saudara-mara melainkan Mama benar-benar yakin dengan hasil kerja mereka.
Ini kerana ada kemungkinan mereka lupa bahawa Mama ialah pelanggan dan mengakibatkan mereka tidak serius bekerja.
#8 Hormat Bajet Anda
Mengikut pengalaman Mama Siti sendiri, ada kontraktor yang akan minta duit tambahan dengan alasan …
Seorang kontraktor yang baik akan sedaya upaya menyiapkan kerja-kerja pembinaan mengikut bajet yang telah dipersetujui sebelum ini.
Jika terpaksa meminta bayaran tambahan, kontraktor akan berbincang alternatif yang mungkin tanpa mengganggu bajet.
Latar belakang syarikat dan semakan ulasan pelanggan terdahulu antara yang Mama Siti selalu titik beratkan.
Pastikan kontraktor rumah Mama tergolong dalam ciri-ciri syarikat yang baik. Mudah-mudahan, rumah Mama dapat dibina dengan elok dan tepat waktu.
Dapatkan lebih banyak tips hiasan rumah DI SINI!