KelabMama

Tiga Papa Kongsikan Pengalaman & Pandangan “Breastfeeding Journey” Isteri Mereka

Melihatkan Mama bersengkang mata, menahan keletihan dan berkorban banyak perkara semata-mata mahu menyusukan si kecil pasti turut menjentik hati kecil Papa. Masakan tidak, kaedah menyusu badan seolah terletak di bahu isteri semata-mata.

Isterilah yang terpaksa hadap kesakitan tatkala si anak mulai tumbuh gigi. Isteri juga perlu korbankan masa tidur lantaran si kecil minta disusukan tanpa mengira masa.

Tak sentuh lagi bab sakit badan, lenguh sendi, dan banyak lagi halangan dan kesukaran ditempuh.

Sementara Papa boleh tidur lena di malam hari, tak bimbang masalah kewangan sekiranya anak perlu tukar jenis susu formula kerana dah capai usia perkembangan tertentu, atau tukar susu lebih yang lebih ‘premium’ gara-gara masalah pembuangan najis bayi yang tak lawas.

Besar sangat pengorbanan isteri yang setia untuk menyusu badan kepada anak mereka, bukan?

Bagaimanapun, seorang Papa yang pandai menghargai pasangannya pasti tahu peranan atau bantuan yang boleh dilakukan meskipun kecil.

Bagi tiga lelaki hebat ini, dikurniakan isteri yang berusaha memberikan anak susu badan semata-mata adalah satu rahmat besar bagi mereka.

Sebagai suami, mereka sendiri menyaksikan cabaran dihadapi sang isteri dalam usaha memberikan yang terbaik untuk cahaya mata mereka.

Lantaran berasa kagum, tiga Papa ini berkongsi pendapat mengenai tindakan isterinya yang dirasakan contoh terbaik kepada anak-anak mereka suatu hari nanti.

1. Papa Aydin

Kredit gambar: Encik Munir Mansor

Bagi bapa kepada seorang cahaya mata, Munir Mansor berkata, kegigihan isterinya memberikan susu badan kepada anak lelaki semata-mata sangat mengagumkan beliau.

Dia melihat kepayahan pasangannya itu yang begitu berusaha memberikan menu terbaik untuk anak mereka yang dinamakan sebagai Muaz Aydin, berusia setahun, tujuh bulan.

“Saya menjadi saksi melihatkan isteri yang selalu letih dan tak cukup tidur sebab fully breastfeeding. Looks like easy but totally no.

Our son is very active and time feeding pun, dia sentiasa ada akal untuk dilakukan dan itu semua membuatkan isteri sentiasa letih dek kerana melayan kerenah si kecil yang pelbagai ragam.

“Tak cukup dengan layan kerenah anak, breastfeeding juga sering membuatkan aliran susu isteri tersumbat dan sering saya lihat dia akan mengurut breast selama berhari-hari akibat blocking.

Kalau saya di tempatnya pun, saya tak pasti mampu pikul semua cabaran ini atau tidak. Harapan saya agar segala pengorbanan isteri ini diganjari ALLAH. Tiada harta dunia yang boleh dibalas jasa beliau melainkan harapan anak kami juga akan sentiasa menghargai ibunya ini sehingga ke akhir hayat,” luahnya.

2. Papa Airis

Kredit gambar: Encik Mohd Harrizan Mohd Tabri

Sementara itu, Mohd Harrizan Mohd Tabri yang merupakan Papa kepada Airis Raudah berkata, kepayahan isterinya menyusukan badan secara direct selain turut melakukan pumping session setiap kali di office cukup menjentik hati beliau.

“Terima kasih pada sang isteri yang banyak berkorban bermula daripada mengandung, melahirkan anak sehinggalah ke fasa menyusukan badan.

Tiada yang dapat membalas jasa isteri saya, Nur Liyana kerana menjadi ibu terbaik buat anak kami.

“Isteri sangat berusaha memberikan susu badan kerana sebelum ini kuantiti susunya pernah drop, tapi dia tidak mengalah untuk memberikan anak susu ibu.

Pelbagai tips dan petua isteri saya ikuti yang mana saya rasa itulah pengorbanan terbaik daripada beliau,” katanya.

3. Papa Asir & Adra

Bagi pemuda ini, Mohd Farith Amer P Ramli mengakui terharu melihatkan kecekalan isterinya, Nur Attiya Masrom yang sanggup bersusah-payah menyusu kedua-dua cahaya mata mereka sepenuhnya tanpa serik.

Kredit gambar: Encik Mohd Farith Amer P Ramli

“Walaupun terlihat sukar ketika pertama kali menimang cahaya mata iaitu Asir, tapi saya tak sangka isteri masih bersemangat memberikan susu badan untuk puteri kedua kami pula, Adira. Saya doakan agar jasa dan pengorbanan isteri saya diberkati Allah.

“Sesungguhnya isteri membuktikan beliau wanita hebat di mata saya. Saya akan pastikan kedua-dua anak kami terus menghargai ibunya dan menjadikan wanita ini sebagai ratu terbaik di hati mereka. Suatu hari nanti, saya akan ceritakan kepada anak-anak akan kepayahan dan pengorbanan wanita yang digelar Umi dalam hidup mereka. Terima kasih isteriku!”


Bagi Mama yang masih aktif menyusukan si manja, jom sama-sama kita sertai acara Breastfeeding Pledge TERBESAR yang dianjurkan Motherhood.com.my di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Jangan lupa untuk pledge dan tunjukkan sokongan anda mengenai breastfeeding bersama mak-mak yang lain. Setiap pledge bakal menerima sijil penyertaan dan mereka yang dapat menghadirkan diri di Tropicana Gardens Mall nanti akan turut menerima sebuah goody bag bernilai RM100*!

Kredit gambar: Motherhood.com.my

Daftarkan penyertaan dan ikrar Mama sebagai seorang breastfeeding mom di SINI hari ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat


Baca pelbagai kisah menarik mengenai Breastfeeding di SINI.