KelabMama

Geramnya, Jadi Mak-mak Ni Sampai Boleh Naik Darah Dibuatnya! Ibu Muda Kongsi Petua Kawal Emosi

Sebagai ibu baru, banyak perkara yang kita harus belajar daripada A sampai Z. Dan ia akan menyebabkan Mama rasa stress, burnout dan susah nak kawal emosi. Semua benda mesti tak kena, kan? Apa Mama rasa jika Mama Siti bagitahu, bukan Mama sorang sahaja yang rasa macam tu?

Apa simptom burnout yang Mama akan alami?

Simptom Mama Rasa Burnout

Jika Mama berasa seperti yang diatas, berita baik untuk Mama! Mujurlah ada ibu yang sudi berkongsi tips untuk kawal emosi-emosi kita ni kan? Ikuti perkongsian daripada Mama Shahirah tentang macam mana kita as moms nak kawal emosi kita bila dengan anak-anak.

Jom baca sama-sama~

Susahnya Nak Kawal Emosi! 3 Tips Simple Dari Mama

Mak-mak yang susah nak kawal emosi jom kumpul kat sini. Tau tak bila kita ada perasaan bersalah marah anak and kita tertanya tanya,

“Macam manalah nak jadik penyabar?” “Macam mana nak kawal emosi eh?”

That’s good! Maksudnya kita sedar benda tu tak bagus and kita nak ubah.

I banyak belajar dari TikTok. Therapist tu cakap ada 3 step macam mana nak jaga anak tanpa marah-marah:

1) Faham diri kita sendiri – Apa yang buat kita as a mom cepat marah, cepat melenting & apa yang boleh buat kita calm down? Figure out dulu.

2) Faham anak – Setiap anak ada development yang berbeza-beza so needs dorang pun lain lain. Kena tau anak kita suka apa, dia nak kena layan macam mana.

Kalau tangki emosi anak penuh, jarang anak nak buat perangai. Letih sikit fasa ni tapi worth it kalau kita sabar.

3) Build connection yang kuat antara mak, ayah & anak – It can be pelukan, playtime together, communicate dengan anak without gadget and soooo many things.

Time anak kecik-kecik ni lah elok buat semua ni sebab nanti sampai kebesar benda ni jadi routine.

Dulu-dulu kat Malaysia tak ramai sangat orang spread awareness pasal parenting tapi sekarang dah ramai and knowledge tu bersepah sepah. Tinggal kita je kena buat pilihan nak belajar to be a better parents or not. Btw, I pun salah sorang mak yang suka marah-marah.

Jika Mama nak baca dengan lebih lanjut boleh klik pada pautan dibawah ya~

Rupanya banyak ibu-ibu yang stress dengan anak-anak mereka. Yelah, Mama Siti faham tak semuanya indah semasa menjaga anak ni. Kita sendiri pun masih belajar menjadi seorang ibu yang baik dan sabar, betul tak? Terima kasih Mama Shahirah kerana berkongsi tips simple untuk Mama buat petua di lain hari.

Pesan Mama Siti

“Sabarlah. Semua perkara itu sukar sebelum menjadi mudah.” Kata Saadi. Ni tips simple je Mama, untuk memberi semangat untuk mak-mak yang mungkin dah tak tahan dengan perangai anak dan stres tambahan di rumah. Ingat! Jika tiada perubahan, usaha selagi boleh~ Selamat mencuba.

Kredit: Shahirahzai