Mama tahu apa itu tongue twister atau dalam bahasa Melayu nya pembelit lidah? Kalau Mama nak tahu tongue twister ni ayat-ayat yang mengandungi bunyi dan perkataan yang sukar diucapkan dengan cepat dan betul.
Walaupun mungkin kelihatan sebagai permainan kata yang menyeronokkan, tongue twister sebenarnya mempunyai manfaat penting, terutamanya untuk kanak-kanak. Baik untuk perkembangan mereka dan dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak jugak.
Sempena dengan International Tongue Twister Day, jom baca manfaat tongue twister ni kepada kanak-kanak.
Manfaat Tongue Twister Kepada Kanak-kanak
- Latihan Artikulasi: Dapat membantu anak-anak Mama untuk melatih otot-otot mulut dan lidah, yang merupakan langkah awal dalam pembentukan perkembangan pertuturan dan artikulasi yang betul. Selain tu, dengan mengulangkan perkataan tersebut akan
- Peningkatan Kepelbagaian Bunyi: Melalui kaedah ini, anak-anak akan belajar untuk mengenali pelbagai bunyi dalam bahasa dan cara menggunakannya dalam perkataan yang berbeza.
- Peningkatan Kelajuan Bercakap: Mengulangnya dengan cepat memerlukan latihan dalam hal kelajuan bercakap. Ini akan membantu anak-anak untuk bercakap lebih lancar.
- Peningkatan Kesedaran Bunyi: Mengajar anak-anak untuk mendengar dengan lebih teliti, yang merupakan kemahiran yang penting untuk pemahaman bahasa yang lebih baik.
- Peningkatan Kreativiti Bahasa: Melaluinya, anak-anak dapat melihat bagaimana perkataan dan bunyi digabungkan dalam cara yang kreatif, yang dapat memupuk kreativiti bahasa mereka.
Koleksi Tongue Twister dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
Ini antara beberapa koleksi yang Mama Papa boleh cuba bersama dengan anak-anak. Mama Siti ada sediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris jugak. Jadi, Mama Papa boleh mencuba dua-dua bahasa ini kepada anak-anak.
Oh ye, time ni Mama Papa dapat lihat bahasa yang mana-mana anak-anak dapat sebut dengan mudah.
1. Bahasa Melayu
- Tekukur ketitir, tekukur ketitir, tekukur ketitir
- Tujuh puluh tujuh buluh luruh
- Bila Billy balik ke Bali, Billy boleh beli bola-bola
- Kakak ku kata, kuku kaki ku kotor. Ku kikis kuku kotor kaki ku.
- Buaya buaian biawak, Buaya buaian biawak, Buaya buaian biawak, Buaya buaian biawak
- Tati tata tatu, tepi mata kena bata, banyak luka mata tati
2. Bahasa Inggeris
- “How can a clam cram in a clean cream can?”
- “Peter Piper picked a peck of pickled peppers. How many pickled peppers did Peter Piper pick?”
- “Red leather, yellow leather.”
- “A black bug bleeds black blood. What color blood does a blue bug bleed?”
- “I saw Susie sitting in a shoeshine shop. Where she sits, she shines, and where she shines, she sits.”
- “Fuzzy Wuzzy was a bear. Fuzzy Wuzzy had no hair. Fuzzy Wuzzy wasn’t very fuzzy, was he?”
Menarik kan tongue twister ni, lagi pun ini dapat memantapkan lagi percakapan anak-anak. Supaya anak-anak dapat fokus untuk mendengar dan pertuturannya lancar.
Dapatkan lebih banyak lagi info yang terkini dan bermanfaat di Kelab Mama.