KelabMama

Kolam Bola Plastik ‘Lubuk Bakteria’? Ini Sebabnya Yang Mama Kena Tahu

Sekarang ni dah macam trend di mana-mana mall mesti ada indoor playground ni. Mama Siti perasan ramai juga mama papa bawa anak-anak bermain di indoor playground ni. Terutamanya di bahagian kolam bola plastik atau ‘ball pit’. Ini antara port yang famous untuk mama papa selfie bersama anak. Kadang tu tertanya-tanya juga tentang kebersihan kolam bola plastik ni. Terjaminkah kebersihannya untuk anak-anak?

Untuk pengetahuan mama, sebuah kajian di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati bahawa bola ini mengandungi begitu banyak kuman dan bakteria punca jangkitan yang boleh membuat anak-anak kita jatuh sakit tau!

5 sebab kolam bola plastik boleh buat anak jatuh sakit

#1 Tercemar dengan kotoran, muntah, najis & air kencing

Penyelidik di University of North Georgia memeriksa 6 buah ‘ball pit’ yang terletak di Georgia dan memilih 9 hingga 15 bola secara rawak sebagai sampel. Mereka mendapati bahawa setiap bola mengandungi kolonisasi bakteria setinggi ribuan sel bagi setiap bola yang boleh menyebabkan penyakit. Salah satu bola juga mengandungi 170,818 unit mikroorganisme yang membentuk koloni. Banyaknya!

#2 Ada 31 spesies bakteria yang berkaitan dengan MENINGITIS, PNEUMONIA, SEPSIS & lain-lain

Antara jenis bakteria yang ditemui adalah:

Enterococcus faecalis : menyebabkan endokarditis, septikemia, jangkitan saluran kencing, dan meningitis.

Staphylococcus hominis : menyebabkan jangkitan saluran darah dan dilaporkan sebagai penyebab sepsis dalam unit penjagaan rapi neonatal (NICU).

Streptococcus oralis : menyebabkan endokarditis, sindrom masalah pernafasan dewasa, dan jangkitan streptokokus.

Acinetobacter Iwofii : menyebabkan septikemia, radang paru-paru, meningitis, dan saluran kencing dan jangkitan kulit.

#3 Bakteria dimana-mana

Mama Siti tahu pihak yang berkenaan pasti ada membersihkan indoor playground itu akan tetapi macam mustahil pula bagi mereka untuk bersihkan satu per satu ‘ball pit’ kan? Jika proses pembersihan tak dilakukan dengan kerap, mesti jumlah mikroorganisma yang terkumpul boleh berkembang ke tahap yang mampu menjadi punca pelbagai jangkitan.

Cuba mama bayangkan kalau setahun tak pernah cuci macam mana???

#4 Lebih mudah berjangkit pada anak yang sakit

Makin tinggilah risiko kalau yang main di ‘ball pit’ ni terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami masalah kurang pertahanan badan, keradangan kulit, luka atau melecet. Mama pun kenalah beringat juga. Kalau dah tahu anak tak sihat, ada masalah kulit atau sebagainya tak payah bawa anak ke tempat terbuka seperti itu. Memang anak mama akan seronok dan enjoy tapi boleh berisiko berjangkit pada anak yang lain juga ya!

#5 Proses pembersihan yang tak sempurna

Bukan bermaksud semua indoor playground tak bersih cuma ada sesetengah tu kita sendiri boleh nampak bersih ke tak. Proses pembersihan ni bukanlah semudah yang disebut. Mencuci, mensteril dan sanitasi setiap bola tu memerlukan prosedur khas yang pastinya memakan masa, ketelitian pekerja dan macam-macam lagi. Sudah tentulah komitmennya sangat tinggikan?

Sebagai parents kita mestilah tak nak anak jatuh sakit kan. Sebab tu kita kena lebih berhati-hati dan sentiasa beringat. Memang betul bakteria ada dimana-mana tapi perkara sebegini kalau boleh elak selagi tu kita elak. Tak naklah bila dah terduduk baru nak terngadah.

Sumber : siraplimau, dailymail

Baca juga HATI-HATI! BAYI KENA ALERGI TERUK SEBAB IBU TERLUPA BERSIHKAN BABY CHAIR

Pesan Mama Siti

Nak main tu boleh tapi sebelum bagi anak main tu kita perhatilah dulu kebersihan tempat tu. Kalau rasa tak bersih tak payahlah. Biar anak menangis dari kita yang menangis nanti. Jangan risau anak menangis pasti boleh dipujuk 🙂