Bidang O&G membantu pesakit menyelesaikan masalah kesihatan berkaitan dengan kehamilan, kelahiran bayi dan perancangan keluarga, serta merawat pesakit yang mempunyai masalah berkaitan wanita.
Khusus untuk para wanita, Mama Siti kongsikan beberapa klinik sakit puan terbaik di Malaysia yang boleh Mama lawati. Jenis rawatan yang disediakan oleh setiap klinik juga ada disenaraikan.
Klinik Pakar Wanita VS Klinik Kesihatan VS Klinik Ibu dan Anak
> Klinik Pakar Wanita
Klinik ini dikhususkan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan wanita seperti penyakit di bahagian organ reproduktif.
Ia dikendalikan oleh pakar ginekologi iaitu doktor yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang organ reproduktif.
Di klinik pakar wanita, Mama boleh membuat pemeriksaan berkaitan:
- Sakit senggugut
- Jangkitan penyakit kelamin
- Rawatan menopos
- Implan mencegah kehamilan
- Histerektomi
- Rawatan kanser servikal
- Pemeriksaan payudara
- Ujian kesuburan
- Masalah seksual
Tidak cuma itu, klinik pakar wanita juga dilengkapi dengan pakar obstetrik. Ia adalah bidang perubatan yang mengkhususkan di dalam hal perbidanan seperti kehamilan dan kelahiran bayi.
> Klinik Ibu dan Anak
Klinik khas untuk ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak bagi tujuan perkembangan fizikal sebelum bersalin hingga selepas bersalin.
Tambahan pula, doktor di klinik ibu dan anak juga menawarkan khidmat kaunseling dan rawatan mencegah kehamilan.
Selepas bayi dilahirkan, mereka perlu dibawa ke klinik ibu dan anak mengikut waktu temujanji yang telah ditetapkan. Tujuannya adalah untuk memantau tahap kesihatan ibu dan anak selepas dilahirkan.
Perkhidmatannya dilanjutkan sehingga anak berumur enam tahun. Anak-anak akan diberikan vaksin berjadual yang bersesuaian dengan usia mereka.
Contoh-contoh virus adalah seperti Pneumokokal, Rotavirus, Varicella (cacar air) dan Hepatitis A.
> Klinik Kesihatan
Klinik kesihatan ialah tempat pertama bagi pesakit mendapatkan saringan awal bagi penyakit akut dan kronik. Selain itu, ia juga menawarkan pengurusan rawatan penyakit tertentu terutamanya kepada warga emas seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Jika saringan didapati kronik maka kes penyakit tersebut akan dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Ini bermakna pesakit juga akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjutan berkaitan penyakit mereka. Hospital mempunyai kemudahan yang lebih lengkap berbanding klinik kesihatan biasa.
Sesetengah penyakit memerlukan prosedur rawatan yang melibatkan makmal, x-ray dan pembedahan yang terdapat di klinik biasa.
10 Klinik Pakar Wanita Di Seluruh Malaysia
1. Hospital Wanita Metro Kuala Selangor
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Endometriosis
- Fibroid
- Kanser Payudara
- Kanser ginekologi
- Kista Ovari
- Polip
- Penyakit menular seksual (STD)
Alamat: 33, 35, 37 & 39, Jalan Rhu 1, Taman Rhu, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 Jam
Hubungi: 03-3281 1681
Media sosial: Laman web & Facebook
2. Klinik Dr Zaharuddin KL Gynaecologist Pakar Sakit Puan
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan;
- Pap smear tidak normal (kolposkopi)
- Kanser ovari
- Kanser rahim
- Kanser serviks
- Ketumbuhan pada organ wanita (fibroid, sista ovari, endometriosis)
- Kehamilan dan sakit puan yang umum
Alamat: Suite A-5-10, 5th Floor, Tower A Sunway Medical Centre, 5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat: 9am-4.30pm
Sabtu: 9am-12pm
Hubungi: 011-1866 0818
Media sosial: Laman web & Facebook
3. Faizal Women Specialist Clinic
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Rawatan Haid Tidak Normal
- Pengurusan Menopaus
- Perkhidmatan Perancang Keluarga
Alamat: Wisma Maria, No.24, Level 1, Block B, Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi:
Ahad hingga Khamis: 9am-5pm
Jumaat: 9am-1pm
Hubungi: 011-1111 2558
Media sosial: Laman web
4. Klinik Pakar Sakit Puan & Ibu Mengandung Kartik
Alamat: 78, Jalan Susur Perdana Tengah, Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi:
Ahad: 9am-5pm
Isnin hingga Khamis: 10am-5pm
Jumaat: 7am-12pm
Hubungi: 019-925 1290
Media sosial: Facebook & Instagram
5. Klinik Pakar Aisyah
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Rawatan Vaginismus
- Kesuburan
- Aesthetic
- Kehamilan
Alamat: No 7, Dayang, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi:
Ahad hingga Jumaat: 10am-7pm
Hubungi: 013-441 7860
Media sosial: Facebook, Instagram, TikTok & YouTube
6. Klinik Pakar Wanita Asyfa
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Pemeriksaan payudara
- Pemeriksaan kandungan
- Kanser serviks
- Ketumbuhan pada organ wanita (fibroid, sista ovari, endometriosis)
Alamat: 17, Jalan Tps 2/1, Taman Pelangi Semenyih 2, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat: 9am-10pm
Ahad: 2am-6pm
Hubungi: 03-8727 5643
Media sosial: Facebook & Laman sesawang
7. Klinik Pakar Wanita Dan Kesuburan Vistana
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Rawatan Pra-kehamilan
- Rawatan antenatal ataupun kehamilan
- Rawatan bersalin
- Rawatan selepas bersalin dan khidmat perundingan penyusuan susu ibu
- Rawatan Kesuburan termasuk perkhidmatan bantuan reproduktif
- Rawatan masalah haid dan menopaus
- Khidmat nasihat dan perkhidmatan merancang keluarga
- Masalah uroginekologi
- Pencegahan dan rawatan kanser wanita
- Pemeriksaan ultrasound
Alamat: Jalan Vistana Indah 2, 06500 Langgar, Kedah
Waktu operasi: –
Hubungi: 013-430 5050
Media sosial: Facebook & Laman web
8. Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Penyakit ovari (Sista/Endometrioma)
- Endometriosis
- Fibroid rahim
- Polip endometrium
- Histeroskopi untuk hiperplasia endometrium
- Ligasi tiub untuk pensterilan kekal
- Pembaikan tiub
- Pembaikan lantai pelvis
Alamat: 94, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat: 9am-9pm
Sabtu & Ahad: 9am-1pm
Hubungi: 03-4143 3633 & WhatsApp
Media sosial: Facebook & Laman web
9. Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn Bhd (An-Nur Specialist Hospital)
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Aesthesiologi
- Obstetrik & Gina
- Optalmologi
- Otorhinolaringologi
- Paediatrik
- Perubatan Dalaman
- Endokrinologi
- Kardiologi
- Psikiatri
- Nefrologi
- Pembedahan Payudara
- Pembedahan Plastik
- Pembedahan Saraf
- Pembedahan Vaskular
Alamat: Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 Jam
Hubungi: 03-8923 5500
Media sosial: Facebook & Laman web
10. Klinik Pakar Wanita Metro C180 Cheras (Klinik Emily)
Kepakaran dalam merawat penyakit berkaitan:
- Rawatan IVF
- Endometriosis
- Fibroid
- Kanser Payudara
- Kanser ginekologi
- Sista Ovari
- Polip
- Penyakit kelamin (STD)
Alamat: C-35-UG, C-36UG, Jalan C180/1, Dataran C180, Batu 11 43200 Cheras, Selangor, Malaysia
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat: 9am-5pm
Sabtu: 9am-1pm
Hubungi: 03-9076 0079
Media sosial: Facebook & Laman web
Klinik pakar wanita mengkhususkan rawatan kesihatan obstetrik & ginekologi (O&G). Di klinik ini, hampir semua masalah berkaitan kesihatan wanita ada disediakan.
Ia termasuklah rawatan IVF, kanser payudara dan ovari. Terdapat beberapa perbezaan antara klinik pakar wanita, klinik kesihatan dan klinik ibu dan anak dari segi servis yang ditawarkan, waktu perlu hadir ke klinik dan kemudahan alat rawatan.
Oleh itu, Mama Siti telah pun kongsikan 10 klinik pakar wanita terbaik di seluruh Malaysia yang boleh Mama kunjungi. Tidak perlu takut atau segan, tujuan kita adalah untuk merungkai masalah yang sedang dihadapi.
Sekiranya Mama ada rasa ragu-ragu dengan keadaan kesihatan Mama, jangan berlengah lagi tau. Segera ke klinik pakar wanita yang berdekatan untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Lihat senarai klinik dan pusat perubatan yang lain di SINI.