Umur baru 40 tahun, dah kena pakai gigi palsu. Kos membuat gigi palsu pula bermula dari RM300 hingga RM 5000 mengikut saiz gigi masing-masing.
Walaupun gigi nampak seperti gigi semulajadi tetapi ia belum tentu mempunyai kekuatan yang sama seperti gigi asal. Perbezaan tersebut menyebabkan sebahagian pemakai gigi palsu perlu memotong makanan ke bahagian kecil.
Justeru, untuk mengelakkan gigi asal rosak, lebih baik kita buat langkah penjagaan dengan rawatan paling asas iaitu scaling atau cuci gigi.
6 Klinik Pergigian Kota Tinggi (Kerajaan dan Swasta)
#1 Kota Dental Surgery
Alamat: 30H, Jalan Tun Sri Lanang, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu: 9am- 9pm
Ahad: 9am- 6pm
Hubungi: 07-883 3979 & WhatsApp
Laman sosial: Facebook & Instagram
#2 Klinik Pergigian Kota Tinggi (Kerajaan)
Alamat: Jalan Tun Habab, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
Ahad hingga Rabu: 8am- 5pm
Khamis: 8am- 3.30pm
Hubungi: 07-883 1320
Laman sosial: Facebook
#3 Klinik Pergigian Dental Code
Alamat: 1 (Tingkat, 38, 1, Jalan Jaafar, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
Setiap hari: 9am- 6pm
Hubungi: 011-1190 1294
Laman sosial: Facebook
#4 Klinik Pergigian Siow
Alamat: 22-1 First Floor, 22, Jalan Niaga 9, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
10 am- 5pm
Ditutup pada: Khamis & Ahad
Hubungi: 019-616 1365
Laman sosial: Laman sesawang
#5 Klinik Pergigian Min Kang
Alamat: 52 (Tingkat Satu), Jalan Tambatan, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
Setiap hari: 9am- 7pm
Hubungi:011-1884 5058
Laman sosial: Facebook & TikTok
#6 Klinik Pergigian S Dental
Alamat: 117 Tingkat Bawah, Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad: 9am- 6pm
Hubungi: 07-883 4054
Laman sosial: Facebook
‘Scaling’ Bukan Sekadar Buang Karang Gigi!
Istilah lain yang digunakan ialah cuci gigi. Rata-rata doktor gigi menyarankan untuk mendapatkan rawatan scaling pada setiap enam bulan.
Cuci gigi ialah rawatan paling asas dalam kesihatan mulut. Ianya bukan setakat membersihkan kotoran tetapi juga peluang untuk doktor menilai sama ada gigi Mama sihat secara keseluruhan.
- Membersihkan Partikel Makanan
Setiap kali makanan masuk ke dalam mulut, ia akan dikunyah. Kunyahan tersebut meleraikan pepejal makanan kepada partikel kecil.
Partikel ini kadang-kala tersangkut di celah gigi dan tidak mampu dibersihkan dengan menggosok gigi. Oleh itu, doktor gigi akan menggunakan alatan khas agar partikel makanan yang tersangkut berjaya dibersihkan.
- Membersihkan Karang Gigi
Mama pernah lihat video doktor membuang ketulan keras antara gigi? Ya, itulah karang gigi. Semakin lama dibiarkan, semakin menebal di bahagian belakang gigi.
Ketulan keras itu dipanggil plak dalam istilan pergigian. Setelah plak dibuang, bau mulut seseorang semakin nyaman. Tiada lagi bau yang tidak menyenangkan.
- Menghindari Penyakit Gusi
Inilah yang dilakukan doktor gigi apabila melihat kedalam mulut kita. Mereka tidak hanya merawat masalah yang diadukan tetapi juga memberitahu tahap kesihatan gigi dan gusi pesakit.
Scaling sebenarnya menghindarkan risiko penyakit gusi berdarah dan bengkak. Ini kerana terdapat sebahagian pesakit akan menggosok gigi dengan kuat hingga menyebabkan gusi bengkak.
Semuanya demi menghilangkan plak. Rupa-rupanya cara itu tidak disarankan oleh doktor gigi.
- Mengawal Perubahan Warna Gigi
Apa yang perlu diberikan perhatian disini ialah scaling tidak bertujuan untuk memutihkan gigi. Rawatan pemutihan gigi perlu dilakukan secara berasingan.
Karang gigi juga menyebabkan perubahan warna gigi. Jika terdapat banyak karang gigi, berkemungkinan besar struktur gigi akan berubah dan cepat rosak.
Sayangi gigi Mama dan jangan abaikan kesihatannya. Mama mesti tak nak gigi rongak kan. Ya lah, ia sangat mempengaruhi penampilan dan cara pemakanan kita nanti.
Ayuh kita mulakan langkah pencegahan dari hari ini. Telah terbukti memang banyak manfaatnya apabila melakukan scaling.
Lihat senarai klinik gigi dan pusat perubatan di negeri lain DI SINI.