KelabMama

Senarai Klinik 24 Jam di Pulau Pinang Yang Terkini

Kredit gambar: AdiHamim / Shutterstock.com

Pernah jumpa tak jenis orang yang bila dah banyak benda nak selesaikan, dia terlupa sesuatu yang penting. Contohnya ubat. Ada pula individu yang memang dari awal tak buat apa-apa persediaan bila perlu kerja di luar atau outstation

Kesannya nanti, kalau terjadi apa-apa, terpaksalah minta bantuan kawan-kawan dan keluarga yang ada di kawasan berhampiran. Bukan tak boleh minta tolong orang lain, cumanya kalau kita dah siap sedia semua perkara kan senang. Tak tercari-cari nak hubungi siapa. 

Kalau Mama dan keluarga ada merancang untuk bercuti ke utara tanah air pada tahun ini, Mama Siti sarankan buat persediaan awal. Kalau kata tak nak isi barang banyak-banyak dalam kereta sebab takut makan ruang, tak apa senaraikan siap-siap klinik terdekat supaya senang nak tuju bila perlu.

Artikel kali ini, Mama Siti akan bantu anda semua dengan senarai Klinik 24 JAM di Penang (Pulau Pinang). Oh yang penting, Mama Siti sertakan juga alamat dan rawatan yang disediakan, untuk memudahkan anda semua.

Klinik 24 JAM di Penang

Klinik Metrocare 24JAM (BUKIT MERTAJAM)

Perkhidmatan: Rawatan Kanak-Kanak, Orang Dewasa, Sakit Sendi, Penyakit Kulit, Luka dan Pembedahan Kecil

Alamat: 19, Jalan Bukit Minyak 7, Taman Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 Jam Seminggu
Talian untuk dihubungi: 04-548 9896, klinikmetrocare@gmail.com 
Media sosial: Klinik Metrocare 24JAM

Klinik Harmoni (POKOK SENA/BERTAM)

Kredit gambar: Facebook Klinik Harmoni 24 JAM

Perkhidmatan: Perubatan am, Rawatan Kencing Manis, Pembedahan Kecil, Telinga, Hidung dan Tekak, (Ear, Nose,Throat), Pemeriksaan darah (Full Blood Test), Scan ultrasound, Nebulizer, E C G, Suntikan Vaksin, Perkhidmatan X-RAY

Alamat: No. 17, Pusat Perusahaan Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 Jam Seminggu
Talian untuk dihubungi: 0174125184
Media sosial: Instagram dan Facebook 

Klinik Sri Pinang (GEORGETOWN)

Kredit gambar: Facebook Klinik Sri Pinang

Perkhidmatan: Rawatan Kanak-Kanak, Orang Dewasa, Sakit Sendi, Penyakit Kulit, Luka dan Pembedahan Kecil

Alamat: 42-G, Lbh Sungai Pinang 1, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 Jam Seminggu
Talian untuk dihubungi: 042828810,  klinikmetrocare@gmail.com 
Media sosial: Facebook Klinik Sri Pinang

Klinik Perubatan Tanah Melayu (BAYAN LEPAS)

Kredit gambar: Google

Perkhidmatan: Rawatan Kanak-Kanak, Orang Dewasa, Pap Smear, Pemeriksaan Kandungan, Pemeriksaan Darah, Sakit Sendi, Penyakit Kulit, Luka dan Pembedahan Kecil

Alamat: 1158 Jalan Teluk Kumbar, Taman Widuri 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 Jam Seminggu
Talian untuk dihubungi: 04-6405599
Media sosial: Facebook Klinik Perubatan Tanah Melayu

Klinik Medilife (BAYAN LEPAS)

Kredit gambar: Facebook

Perkhidmatan: Perubatan Am, Pemeriksaan antenatal, Penyakit Kulit, Pembedahan Kecil, Ujian Darah, X-ray, ECG dan Perkhidmatan ke rumah pesakit. 

Alamat: 30A, Lintang Sungai Tiram 5, Sunway Prima, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 Jam Seminggu
Talian untuk dihubungi: 04-6115111, klinikmedilife@gmail.com 
Media sosial: Facebook Klinik Medilife 

Apa yang penting bila kita sebagai pesakit ialah berharap untuk dapatkan layanan yang profesional. Bermula dari kaunter pendaftaran sampailah masa mengambil ubat. 

Mama Siti pun sama, kalau boleh pengalaman di klinik nak yang indah-indah saja. Walaupun sakit dan penat tapi bila doktor dan staff beri layanan terbaik, rasa berbaloi kan. 

Semoga perkongsian klinik 24 jam di Penang ini berguna untuk mereka yang tinggal atau berkunjung ke pulau ini. Ayuh baca senarai klinik 24 jam di Melaka pula!