“Matcha lah”
“Bukan, teh hijau!”
“Matcha”
Eh, eh. Sabar semuanya, sudah jangan bertengkar lagi. Jom Mama Siti bezakan mana satu teh hijau dan teh matcha.
Teh hijau ialah nama umum bagi semua jenis teh ini. Manakala, matcha ialah teh hijau dari jenis tencha yang telah digiling menjadi serbuk.
“Ha? Apa ni Mama Siti, keliru lah”
Tak apa, jangan khuatir sebab Mama Siti dan senaraikan semua jenis teh hijau yang popular di Malaysia dan luar negara. Paling penting, kita nak tahu khasiatnyakan.
Oleh itu, Mama Siti pun dah kumpulkan siap-siap khasiat teh hijau dari sudut kesihatan, kecantikan dan keupayaan kognitif.
Jenis-Jenis Teh Hijau
#1 Sencha
Teh jenis sencha ditanam di bawah cahaya matahari dan menjadi teh hijau kegemaran orang Jepun. Daun teh hijau sencha dari tuaian pertama dan kedua adalah yang paling berkualiti.
#2 Gyokuro
Uniknya, teh hijau jenis gyokuro ini akan diteduhkan dari cahaya matahari kira-kira 3 minggu sebelum dituai. Hasilnya, rasanya lebih ‘kuat’ berbanding teh sencha.
#3 Tencha
Cara penanaman yang serupa dengan teh hijau jenis gyokuro. Namun begitu terdapat perbezaan melalui cara pemprosesannya. Selepas dipetik dan dikukus dan dikeringkan dalam relau, batang dan rantingnya akan dibuang. Ia bertujuan untuk memastikan rasa manis teh tencha.
#4 Matcha
Tahukah Mama, matcha berasal dari teh tencha? Teh tencha yang digiling dan menjadi serbuk dikenali sebagai teh matcha.
Khasiat dan Kelebihan Teh Hijau
#1 Ransang Sistem Imun
Sebatian bernama catechin yang ada dalam teh hijau berupaya melindungi manusia dari ancaman bakteria dan virus. Catechin bertindak melawan mikrob yang berada di persekitaran manusia. Mikrob ialah mikroorganisma halus dan berbahaya yang berada di udara, tanah dan air.
#2 Perlindungan Gigi dan Mulut
.
Teh hijau boleh dijadikan alternatif untuk menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan. Ia menghalang gigi berlubang akibat bakteria streptococcus.
#3 Cegah Kanser
Catechin meneutralkan radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Radikal bebas ialah sel yang kehilangan molekul penting. Akibatnya, radikal bebas menyebabkan sel yang bergabung dengannya menjadi rosak.
#4 Menurunkan Kolesterol
Teh hijau mempunyai sifat kealkalian. Oleh itu, tisu lemak akan terurai menjadi asid lemak dan ia mencegah penghasilan lemak berlebihan yang mengakibatkan kolesterol.
#5 Kesihatan Jantung (Kardiovaskular)
Amalan pengambilan teh hijau dapat menurunkan tahap kolesterol, kolesterol LDL dan triglycerides. Dengan keupayaan antioksidan, kolesterol LDL tidak akan teroksida. Hasilnya, tiada lemak berlebihan berada di jantung.
#6 Meningkatkan Fungsi Otak
Kandungan kafein dalam teh hijau mengaktifkan otak tanpa membuatkan seseorang sukar tidur. Jadi, ini ialah minuman terbaik bagi orang yang ingin bekerja secara optimum tanpa perlu tahan mata dari tidur.
#7 Cegah Diabetes Type 2
Teh hijau boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan kadar glukosa dalam darah. Bukan hanya berkhasiat untuk jangka pendek tetapi kesannya masih boleh dinikmati bertahun-tahun lamanya.
#8 Turunkan Berat Badan
Teh hijau juga sangat bagus dalam menurunkan berat badan. Caranya ialah minum teh sebelum makan dan sebelum bersenam. Cara pengambilannya pula terhad antara dua hingga tiga cawan sahaja untuk kesan yang ketara.
#9 Kulit Lebih Sihat
Selain dijadikan sebagai minuman, teh hijau pun boleh diaplikasikan sebagai masker. Kebaikan teh hijau ialah seperti berikut.
- Menyegarkan kulit
- Mengatasi mata sembab
- Mengatasi masalah jerawat
- Mencegah kerosakan kulit
- Memperlahankan kadar penuaan
#10 Bakar Lemak
Pembakaran lemak dengan mengamalkan minuman teh hijau melonjak sehingga 17%. Oleh itu, jika Mama ingin cepat mengurangkan saiz badan, minumlah teh hijau sebelum berolah raga.
#11 Kesuburan
Bahan aktif polifenol membantu pelepasan sel telur dan mendorong kehamilan bagi seseorang wanita. Bagi golongan lelaki, polifenol menyebabkan pergerakkan sperma menjadi lebih optimal.
#12 Cegah Alzheimer & Parkinson (Nyanyuk)
Walaupun ia baik untuk merawat penyakit alzheimer dan parkinson namun perlu diingat pengambilannya hendaklah dalam keadaan terkawal. Selain itu, jika terdapat kesan sampingan kepada pesakit, segera dapatkan nasihat doktor.
#13 Susah Berjangkit Penyakit
Kandungan teh hijau yang seterusnya ialah katekin. Kelebihan sebatian ini ialah sebagai pelindungan diri dari ancaman bakteria dan virus.
#14 Kuatkan Tulang
Teh hijau kaya dengan antioksidan. Antioksidan menjadikan tulang lebih kuat manakala fenol memampatkan tulang manusia.
#15 Stabilkan Mood
Gabungan I-theanine, epigallocatechin gallate, dan kafein dalam teh hijau membuatkan mood seseorang menjadi lebih baik. Selain itu, ia mengurangkan rasa cemas dan tegang yang disebabkan oleh tekanan.
#16 Atasi Insomnia (Sukar Tidur)
Minum teh hijau sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur. Theanine berupaya menjadikan badan lebih rileks dan minda menjadi tenang. Akhirnya, Mama akan cepat tidur. Di samping itu, aromanya juga membantu seseorang bertenang dan cepat tidur.
#17 Tingkatkan Metabolisme
Metabolisme ialah kadar jumlah kalori yang dibakar dalam badan kita. Contohnya, seseorang yang makan dalam kuantiti yang banyak tetapi berat badannya tetap sama. Berkemungkinan tubuh badannya mempunyai kadar pembakaran kalori yang pantas.
#18 Tenaga Tambahan
Sebatian dalam tubuh badan manusia boleh diuraikan menjadi tenaga. Contohnya, kafein dalam teh hijau mampu mengubah asid lemak menjadi tenaga.
#19 Memanjangkan Usia
Dengan manfaat teh hijau yang pelbagai, tidak mustahil umur seseorang akan bertambah. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui makanan, senaman dan minuman teh hijau.
#20 Teh Hijau VS Kopi
Kedua-duanya mempunyai kafein. Namun kesan kopi terhadap badan manusia lebih ‘agresif’ berbanding teh hijau. Teh hijau menyegarkan minda tanpa memaksa badan berjaga dan menghalang seseorang tidur.
Teh hijau ada banyak khasiat dan memberikan banyak kelebihan kepada tubuh badan manusia. Manfaatnya merangkumi kesihatan otak, pencegahan kanser, metabolisme badan dan kecantikan kulit.
Namun, kita perlu perhatikan beberapa perkara. Contohnya, pastikan individu yang mempunyai sakit tertentu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum minum teh hijau. Mama Siti bimbang pengambilan teh hijau itu nanti memudaratkan mereka berbanding memberikan manfaat.
Kalau Mama mahukan hasil yang berkesan, ikut pantang larang minum teh hijau. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, hadkan pengambilan hingga 3 cawan sehari. Selain itu, minum sebelum makan dan sebelum bersenam.
Semoga teh hijau sesuai dengan tekak Mama dan Mama menerima manfaatnya.