Mama pernah makan rasam tak? Atau Mama tak pernah tahu pun rasam tu macam mana? Dan Mama tahu tak sebenarnya rasam ni ada khasiat yang tersendiri? Haa, meh Mama Siti nak share.
Mama Siti pernah makan rasam ni, bagi Mama Siti rasanya sedap dan menyegarkan. Rasa rempah dan ada rasa masam-masam jugak sebab letak asam jawa. Time tu jiran Mama Siti yang bagi dekat Mama Siti untuk rasa rasam ni.
Jadi, sempena Deepavali ni Mama Siti nak share sikit rasam makanan tradisi masyarakat India.
Apa Itu Rasam?
Rasam adalah sejenis sup tradisional yang berasal dari India Selatan. Ia adalah hidangan yang sangat popular dalam kultur makanan India.
Rasam ni ada rasa yang unik tau, ada rasa pedas, asam, dan beraroma, dan ia selalu dihidangkan sebagai hidangan pembuka dalam hidangan makanan India. Rasam juga dikenali kerana khasiatnya yang menyihatkan dan peranannya dalam makanan tradisional India.
Rasam mempunyai pelbagai variasi dan setiap kawasan atau keluarga boleh mempunyai resepi rasam yang berbeza. Rasam boleh disesuaikan dengan tahap kepedasan dan rasa asam atau masam mengikut citarasa sendiri.
Rasam ada banyak jenis tau. Bukan ada rasam biasa dan rasam tomato je, ada rasam ayam, rasam ketam, rasam telur dan rasam tulang ikan masin.
Bahan-bahan Masakan Rasam
Rasam adalah sup yang terkenal dengan perpaduan bahan-bahan khas yang memberikan rasa dan aroma yang unik. Yang Mama Siti tunjukkan ni bahan untuk memasak rasam tulang ikan kering dan rasam ayam.
Antara bahan masakan rasam yang lain:
- Tepung dal (lentil): tepung dal adalah bahan asas yang digunakan untuk mencipta kisaran rasam. Ini memberi tekstur dan kandungan protein kepada sup.
- Tomato: tomato menyumbang kepada rasa masam rasam, dan juga memberikan warna merah yang menyelerakan.
- Rempah: rasam mengandungi pelbagai rempah seperti kunyit, jintan putih, dan ketumbar yang memberikan rasa dan aroma yang kompleks.
- Tamarind (asam jawa): tamarind memberi rasam rasa masam yang seimbang.
- Daun kari dan daun kari tumbuk: daun kari memberikan aroma yang wangi, manakala daun kari tumbuk memberikan rasa yang unik.
Khasiat Rasam pada Kesihatan
Kredit Gambar: Homage Malaysia Kredit Gambar: Lifebuoy
Selain dari rasa yang enak, rasam pun ada beberapa khasiat untuk kesihatan kita. Kebanyakan masyarakat indian akan memasak rasam ni sekurangnya rasa tak sihat badan.
- Sumber Vitamin C: Rasam mengandungi tomato dan asam jawa, yang merupakan sumber vitamin C yang baik. Vitamin C penting untuk sistem imun yang sihat, membantu melawan jangkitan, dan menjaga kesihatan kulit.
- Meningkatkan Pencernaan: Rasam mengandungi rempah-rempah seperti jintan putih, ketumbar, dan kunyit, yang membantu meningkatkan pencernaan. Rempah-rempah ini merangsang enzim-enzim pencernaan dan membantu dalam penyerapan nutrien.
- Sifat Anti-radang: Kunyit adalah salah satu bahan utama dalam rasam dan mengandungi kurkumin, sebatian yang dikenali dengan sifat anti-radang. Ini boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mungkin memberi manfaat untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan yang berkaitan dengan keradangan seperti arthritis.
- Melegakan Gejala Selesema: Rasam yang pedas dan panas boleh membantu melegakan gejala selesema. Ia membantu membersihkan hidung tersumbat dan memberikan keselesaan kepada orang yang selesema.
- Menghidratkan Badan: Rasam mengandungi banyak air, menjadikannya minuman yang baik untuk menghidratkan badan, terutamanya dalam cuaca panas.
- Membantu Mengurangkan Berat Badan: Rasam rendah kalori dan mengandungi banyak serat. Ini boleh membantu dalam pengurusan berat badan dan menjaga kesihatan jantung.
Rugi tau kalau Mama tak cuba rasam. Nanti Mama Siti akan share resepi rasam pula untuk Mama cuba sendiri di rumah.
Ini checklist untuk Mama yang sambut Deepavali nanti. Klik di SINI.