Umum mengetahui khasiat oat untuk kesihatan dan juga kulit kita. Untuk pengetahuan Mama, oat bukan sahaja baik untuk kita yang dewasa, malah ia juga memberi pelbagai manfaat pada bayi. Walaupun berbentuk ‘whole-grain food’, oat masih mengekalkan kebaikan bijirinnya walaupun setelah dimasak.
Mungkin semasa Mama mencari bahan bacaan mengenai pemakanan si manja, pasti Mama ada terfikir untuk memasukkan oat dalam diet si manja. Apakah oat selamat untuk bayi? Adakah manfaat oat pada si manja sama dengan manfaatnya pada orang dewasa? Oat yang khas untuk kanak-kanak selamat untuk diberikan pada bayi apabila dia berumur enam bulan dan keatas, sama seperti makan pertama bayi yang lain.
+1 Meningkatkan sistem imunisasi badan. Gandum atau oat mengandungi beta-glukan untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh bayi daripada virus dan bakteria. Ia sangat baik untuk perkembangan tubuh si manja yang sihat.
+2 Mengelakkan sembelit. Gandum merupakan makanan yang kaya dengan serat yang dapat memudahkan pencernaan bayi dan juga membantu mengatasi masalah sembelit.
+3 Mengelakkan penyakit Asma. Pengambilan oat ketika bayi (enam bulan dan ke atas) seperti puri oat (khas untuk kanak-kanak), dapat membantu mengurangkan risiko penyakit Asma berterusan.
+4 Zat Besi tambahan. Setelah bayi berusia enam bulan, keperluan zat besinya semakin meningkat. Zat besi atau ‘iron’ adalah penting untuk kesihatan sel darah merah dan juga untuk perkembangan otak si manja. Penambahan oat dalam menu bayi dapat meningkatkan keperluan zat hariannya.
+5 Sumber Magnesium & Vitamin semulajadi. Oat merupakan sumber semula jadi yang mengandungi magnesium, fosforus, zat besi, kalsium dan vitamin B1. Ini menjadikan oat sebagai sumber makanan yang bernutrisi tinggi, sesuai untuk seisi keluarga.
+6 Membantu perkembangan otak. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2005, mengambil oat sebagai sarapan pagi anak anda dapat membantu dalam meningkatkan daya konsentrasinya di dalam kelas.
+7 Kaya protein dan lemak. Oat sebenarnya mempunyai lebih banyak kandungan protein dan lemak berbanding bijirin yang lain. Oat yang kaya dengan protein dan lemak sangat sesuai untuk diberikan pada si manja yang sedang membesar. Ini dapat membantu dalam menambahkan berat badan serta peningkatan jisim otot bayi.
+8 Tulang yang lebih sihat dan kuat. Kandungan zink yang terdapat dalam oat juga membantu dalam pembentukan tulang bayi yang lebih sihat dan kuat.
+9 Mengurangkan keradangan & melembabkan kulit. Oat mengandungi lebih 20 polifenol unik, dan ‘avenanthramides’, yang telah menunjukkan tindak balas yang kuat dalam kajian yang dilakukan secara vitro dan vivo. Berdasarkan kajian tersebut, polifenol yang terkandung dalam oat membantu dalam meredakan keradangan yang sering berlaku pada kulit bayi. Oleh hal yang demikian, oat sering digunakan sebagai bahan semulajadi dalam produk mandian dan kecantikan untuk mengurangkan keradangan seperti kegatalan, ruam-ruam, dan kulit kering. Malah, kulit si manja juga akan menjadi lebih lembab.
+10 Menstabilkan pH kulit. Oat juga sangat sesuai untuk diamalkan sebagai produk kecantikan badan kerana ia dapat membantu dalam menstabilkan pH kulit. Sebagai ibu, kita harus memilih produk penjagaan kebersihan dan kecantikan si manja yang mengandungi kadar pH yang sesuai dan selamat dengan kulit bayi. Hal ini untuk mengelakkan masalah kulit pada si manja anda.
derma365 Baby | Memelihara Kulit Si Manja Selama 365 Hari!
Kalau Mama perasan, kini terdapat pelbagai produk penjagaan kulit yang mengandungi oat sebagai bahan utamanya. Untuk memelihara kulit si manja dan seisi keluarga, derma365 yang dihasilkan di Australia, kini tampil dengan rangkaian produk penjagaan badan khusus untuk bayi anda – derma365 Baby!
Jenama derma365 sangat terkenal dengan produk pembersih badan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Diuji secara klinikal serta terbukti oleh pakar kanak-kanak, rangkaian produk derma365 Baby diformulasikan dengan campuran Collodial Oatmeal yang memelihara kulit bayi agar sentiasa lembab, dan kekal lembut.
Produk derma365 Baby mengandungi kadar pH yang seimbang dan hipoalergenik. Dalam pada itu, derma365 Baby juga diformulasikan bebas daripada enam bahan kimia yang berisiko membahayakan kulit seperti pewarna, wangian, Paraben, Lanolin, bahan-bahan yang berasal daripada haiwan, dan mineral oil!
Si manja kita tidak memerlukan produk yang banyak. Cukup hanya dua produk mandian yang lengkap membersihkan tubuh badannya . Rangkaian derma365 Baby menawarkan pembersihan kulit bayi yang *tidak memedihkan mata dan juga melembabkan kulit. Sabun mandian derma365 Baby Cleanser membersihkan kulit bayi dengan lembut, diikuti dengan derma365 Baby Shampoo yang bantu memperbaiki keadaan rambut dan melegakan kulit kepala bayi. derma365 Baby Lotion pula memelihara dan mengekalkan kelembapan kulit si manja anda.
*derma365 Baby Cleanser & derma365 Baby Shampoo
Jemputan Eksklusif oleh derma365
Dalam pada itu, Mama juga dijemput ke majlis perasmian derma365 Baby Product yang bakal berlangsung pada 6 oktober 2019, di The Oak Hall, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Hanya jawab satu soalan mudah disini untuk merasai pengalaman menggunakan derma365 Baby Product ketika acara tersebut! Terhad untuk 30 orang sahaja tau.
Untuk Mama yang sedang mengandung pula, anda boleh menyertai kelas antenatal yang dianjurkan khas oleh derma365. Dapatkan pelbagai tips, nasihat, dan informasi mengenai dunia keibubapaan sebelum anda melahirkan si comel anda. Kelas ini terhad kepada 10 orang sahaja. Hanya daftar di sini sebelum terlambat!
Pelihara kulit bayi dan seisi keluarga dengan rangkaian produk derma365 dan derma365 Baby yang dijual di outlet Guardian berhampiran anda. Anda juga boleh mendapatkan produk derma365 Baby secara atas talian di laman rasmi Guardian. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi derma365 dan Instagram @derma365_my.
MMT Code: QR/2019/MY0500r2
Artikel ini disiarkan untuk derma365.