Tak hairanlah orang dulu-dulu rajin amalkan minyak kelapa dara. Rupa-rupanya ada banyak khasiat minyak kelapa dara baik untuk kesihatan, mahupun kecantikan.
Sebatian penting dalam minyak kelapa dara ialah Medium Chain Fatty Acid (MCFA). MCFA bertindak sebagai ejen anti-fungal, anti-microbial serta anti-viral.
Cara pengambilannya ialah dengan mengambil satu atau dua sudu besar sebanyak dua kali sehari. Pagi selepas sarapan dan malam selepas makan malam.
Berikut ialah 21 khasiat minyak kelapa dara yang sangat baik untuk kita sekeluarga. Mari Mama Siti jelaskan satu persatu khasiatnya.
21 Khasiat Minyak Kelapa Dara
#1 Sumber Tenaga Segera
MCFA dalam kelapa dara mampu dirungkaikan menjadi tenaga dalam kadar yang pantas. Berbanding sebatian lain, MCFA yang tidak digunakan tidak akan disimpan dalam badan sebagai lemak tambahan.
#2 Cegah Penyakit Jantung, Strok & Darah Tinggi
Minyak kelapa dara berperanan dalam pencegahan penyakit berkaitan kardiovaskular. Kolesterol baik seperti High Density Lipoprotein (HDL) dalam kelapa dara membersihkan saluran darah daripada kolesterol.
#3 Kawal Kencing Manis (Diabetes)
Sekali lagi MCFA menjalankan kerja insulin dalam kelenjar pankreas. Apabila insulin semulajadi telah gagal berfungsi, minyak kelapa dara akan ‘trigger’ insulin itu untuk kembali bekerja.
#4 Menguatkan Sistem Hati dan Hempedu
Dengan kelebihan sifat anti microbial, hati dan hempedu akan sentiasa dilindungi dari sebarang jangkitan bakteria. Selain itu, minyak kelapa dara mengawal masalah keradangan hati.
#5 Perut Lebih Sihat
Rutin pengambilan minyak kelapa dara berupaya membunuh virus yang ada dalam perut. MCFA membunuh virus tersebut dan sekaligus menghalang seseorang mendapat sembelit ataupun gastrik.
#6 Cegah Alzheimer, Parkinson & Nyanyuk (Dementia)
Lazimnya, semakin tua, semakin lemah fungsi otak seseorang. Alangkah indah kalau otak sentiasa bertenaga dan berfungsi dengan baik. Sebatian dalam minyak kelapa dara menghasilkan ‘ketone’ iaitu sumber tenaga untuk otak manusia.
#7 Menguatkan Tulang
Kalau Mama nak tulang sentiasa kuat dan nak elakkan sakit lutut, amalkan lah minyak kelapa dara. Tambahan pula, ia membantu mengurangkan sakit osteoporosis, keradangan tulang dan arthritis.
#8 Buah Pinggang Bertambah Efisien
Buah pinggang boleh rosak jika diabetes tidak terkawal. Disebabkan oleh MCFA boleh diuraikan tanpa bantuan gula maka ia mengurangkan kerja buah pinggang. Selain itu, ia dikatakan boleh menghancurkan batu karang dalam buah pinggang.
#9 Cegah Tiroid
Pengambilan minyak kelapa dara tidak mengganggu fungsi tiroid dalam badan. Ini kerana ada minyak sayuran yang bertindak sedemikian.
#10 Kuatkan Antibodi
Dengan ‘kuasa’ Anti-Viral, minyak kelapa dara ialah ejen terbaik melawan jangkitan kulat serta bakteria jahat dari dalam dan luar badan. Jadi, Mama tidak akan mudah sakit, demam atau selsema.
#11 Cepat Kurus (Bakar Kalori)
Pembakaran kalori dalam badan meningkat sebanyak 5% setiap kali seseorang mengambil 15 g hingga 30 g minyak kelapa dara.
#12 Kawal Berat Badan
Ingat tak apa jadi pada MCFA sebelum ini? Ya, benar. Jika Mama tidak beraktiviti selepas makan minyak kelapa dara, jangan risau. Ini kerana ianya tidak akan menjadi lemak dalam badan.
#13 Kawal Nafsu Makan
Ketone, hasil uraian daripada MCFA menyebabkan kesan ‘kenyang’ kepada individu yang mengambil minyak kelapa dara. Contohnya, seseorang akan makan dengan kadar sedikit di waktu tengah hari jika dia minum di sebelah pagi.
#14 Kurangkan Tekanan (Stress)
Seperti pisang. Minyak kelapa dara membantu menghasilkan hormon ‘gembira’. Bahan antioksidan bertindak melawan radikal bebas. Tanpa gangguan radikal bebas, otak boleh kawal stress dan tekanan dengan baik.
#15 Kuatkan Rambut (Tiada Lagi Keguguran)
Ia mencegah kehilangan protein rambut. Oleh itu, rambut menjadi kuat, sihat dan tiada lagi keguguran rambut.
#16 Kulit Lembab dan Anjal
Sapukan minyak kelapa dara ke kulit wajah maka Mama akan dapatkan kulit muka yang sihat. Minyak kelapa dara ada asid laurik. Ia melembabkan dan menganjalkan kulit.
#17 Kurangkan Jangkitan Kulit
Minyak kelapa dara dilengkapi dengan fungsi anti-fungal dan anti-viral. Ia berupaya membunuh kuman dan virus. Penyakit kulat, ekzema, kudis dan kurap dapat dirawat dengan sapuan minyak kelapa dara.
#18 Pudarkan Parut
Kesan jerawat atau luka di mana-mana bahagian badan kadang-kala membuatkan kita rasa tidak ‘sempurna’. Sebenarnya minyak kelapa dara boleh memudarkan parut dengan menghasilkan sel kulit baru.
#19 ‘Superfood’ Ibu Hamil
Sama seperti air kelapa, minyak kelapa dara juga mengandungi pelbagai khasiat. Bagi ibu hamil, ia bermanfaat dalam mengurangkan risiko kematian janin, menaikkan bacaan haemoglobin (HB), meningkatkan sistem imun janin dan banyak lagi.
#20 Bantu Tahan Sakit
Selain itu, minyak kelapa dara juga dikenali sebagai ejen ‘painkiller’ semula jadi. Kini terdapat aromaterapi yang berasaskan kelapa dara. Dengan mengoleskan beberapa kali di kepala dikatakan boleh menenangkan penyakit tersebut.
#21 Rawat Ulser Perut
Menurut Dr Norman Norawi dari laman facebooknya minyak kelapa dara membunuh bakteria H.Pylori yang dikatakan sebagai punca kepada kanser perut.
Amalkan Minyak Kelapa Dara Selalu
Minyak kelapa dara bukan sahaja terlibat dalam perawatan sakit luaran tetapi juga mampu merawat sakit di dalam sistem badan manusia.
Kajian demi kajian yang dijalankan telah membuktikan khasiat minyak kelapa dara masih relevan digunakan dalam perubatan moden.
Mama Siti berharap dengan menambah minyak kelapa dara sebagai makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan dan kesihatan kita.
Jumpa lagi dalam perkongsian yang seterusnya ya.
Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DISINI.