Sepanjang kehamilan lalu, Mama Siti mengalami masalah anemia atau bacaan haemoglobin darah yang rendah. Justeru, Mama Siti terikat dengan appointment bersama jururawat, doktor dan nutritionist bagi memantau keputusan bacaan HB darah setiap dua minggu.
Di sinilah bermulanya rutin pemakanan sihat didedahkan kepada Mama Siti. Dan setiap kali apppointment itu juga, petugas kesihatan ini mesti highlight kan satu makanan untuk Mama Siti amalkan dalam membantu menaikkan bacaan HB iaitu kacang kuda.
Snek yang satu ini sering dijual panas-panas sebagai kudapan terutama di taman rekreasi kan? Namun, mungkin ramai belum tahu selain membantu meningkatkan bacaan HB darah, kacang kuda juga mempunyai banyak khasiat penting untuk tubuh.
Dengan rasa yang enak, ditambah pula nutrisi yang baik untuk manusia, rugilah kalau kacang kuda tak dijadikan snek harian Mama sekeluarga setiap kali aktiviti santai kan?
Nak tahu khasiat kacang kuda? Jom, baca entri di bawah ni!
Turut popular dengan nama kacang putih atau kacang arab, setiap 100 gram kacang ini akan mengandungi nutrien seperti berikut:
- Air – 11.6 ml
- Kalori – 330 kcal
- Karbohidrat – 60.2 g
- Protein – 23.8 g
- Serat – 17.4 g
- Lemak 1.4 g
Dalam pada itu, ia juga memiliki rangkuman jenis vitamin dan mineral yang penting termasuk:
- Beta karotena – 40 mkg
- Kalium – 874.3 mg
- Fosforus – 388 mg
- Kalsium – 57 mg
- Natrium – 24 mg
- Zat besi – 4.7 mg
- Zat zink – 3.4 mg
Berdasarkan maklumat nutrisi di atas ini, maka mungkin Mama akan dapat gambaran awal bahawa kacang ini boleh bawa banyak khasiat terhadap tahap kesihatan tubuh badan kita kan?
7 Khasiat Kacang Kuda
Berkikut merupakan khasiat kacang kuda:
1. Mengawal selera makan individu
Menurut kajian terbitan Nutrition and Metabolism, kacang yang sangat tinggi dengan serat dan protein ini bukan sahaja mampu untuk memenuhi keperluan nutrien, malahan membantu individu mengawal selera makan ketika sedang berdiet.
Maka dengan itu, ia mungkin sangat sesuai buat Mama yang ingin menurunkan berat badan!
2. Baik untuk tulang
Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam kacang ini termasuk fosforus, kalsium serta vitamin K antara penyumbang kepada kesihatan tulang.
Vitamin inilah yang akan memainkan peranan penting dalam aspek tulang yang sihat kerana ia mampu meningkatkan penyerapan kalsium sekali gus membuat ia lebih kuat dan tumpat.
3. Baik untuk jantung
Penelitian pengkaji dari Seminars in Nephrology menunjukkan bahawa kandungan kalium di dalam kacang ini mungkin mampu menurunkan jumlah kolesterol di dalam darah.
Dipercayai juga bahawa individu yang mengambil sekitar 4,000 mg kalium setiap hari, maka risiko kematian akibat sakit jantung angkara kolesterol tinggi itu akan menurun sehingga 50 peratus.
4. Menyeimbangkan gula dalam darah
Nutrien kacang kuda mungkin agak tinggi dengan karbohidrat namun juga kaya dengan serat. Ini bermakna ia adalah sangat sesuai buat mereka yang ada penyakit kencing manis.
Ini kerana karbohidrat yang diambil itu mampu diserap oleh serat dengan lebih baik sekali gus menyeimbangkan gula dalam darah usaha paling penting jika anda ada diabetes.
5. Mengawal masalah darah anemia
Ini yang paling popular bagi mereka yang mengalami masalah seperti Mama Siti ceritakan di atas tadi iaitu anemia atau baca HB darah yang rendah.
Anemia turut berkait dengan masalah kekurangan zat besi yang mana ia menganggu bekalan oksigen darah yang sepatutnya dihantar ke sel-sel memerlukanini sekaligus gus mengundang masalah darah anemia.
Anemia akan mengakibatkan simptom seperti tubuh badan mudah penat dan lemah. Maka, Mama perlu mengambil zat besi dengan cukup dan kacang putih adalah salah satu sumber.
6. Bagus untuk otak
Jika Mama sangka kacang arab ini hanya bagus untuk aspek fizikal, Mama silap kerana ia juga baik untuk aspek mental kerana ia mungkin mengandungi zat tersembunyi iaitu choline.
Untuk yang belum tahu, choline itu akan memainkan peranan penting dalam mengawal mood, memori, pembelajaran, pergerakan dan lain-lain. Jadi, ia sangat penting untuk otak.
7. Makanan untuk mengurangkan risiko kanser
Akhir sekali, kacang ini turut popular sebagai salah satu daripada makanan untuk elak kanser!
Ini kerana ia turut kaya dengan antioksidan selenium pakar menyarankan agar individu dewasa mengambil sekitar 55 mikrogram selenium setiap hari untuk menyingkirkan radikal bebas di dalam tubuh badan sekali gus menurunkan risiko kanser.
Kesimpulannya, kacang dengan banyak nama ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat tidak kira jika ia diambil dengan cara masak kacang kuda rebus, kukus, bakar atau goreng.
Pun begitu, ia mungkin cuma boleh dijadikan sebagai alternatif untuk memperoleh manfaat di atas tadi. Sebaiknya, dapatkan rawatan dan ubatan klinikal untuk sebarang jenis kondisi.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk ketahui pelbagai lagi info dan tips Kesihatan yang disediakan di platform KelabMama, boleh klik di SINI!