KelabMama

7 KHASIAT HALIA UNTUK KURUS DAN CANTIK

khasiat halia

Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran. Halia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman. Kalau nak tahu halia juga membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.

Ini 7 khasiat halia untuk kurus dan cantik:

  1. MERAHKAN BIBIR

Kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Amaran!! Jangan gosok kuat sangatĀ  berdarah nanti bibir tu. Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.

  1. BUANG ANGIN & TOKSIN

Khasiat halia seterusnya adalah bagi membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus). Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar. Tak percaya ?Cubalah baru tau.

  1. LANGSINGKAN BADAN

Ini pasti ramai yang suka kan, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.

  1. MENGHILANGKAN BAU BADAN

Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka dan cantik tapi badan berbau , jatuh saham kalau lelaki nak mengorat. Untuk atasi masalah ini , amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.

  1. MENAIKKAN SERI WAJAH

Buat bakal pengantinĀ  petua bagaimana nak naikkan seri wajah biar bakal suami pandang tak jemu. Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. dah rendam minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.

  1. BERSIHKAN KULIT

Nak kulit mulus bersih meh sini cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan luhur.

7. REDAKAN TEKANAN

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.