Sembuhkan luka, kurangkan kekejangan dan merawat jerawat antara khasiat cuka epal kepada kesihatan.
Menjawab kepada persoalan “bagaimanakah khasiat ini wujud dalam cuka epal?”. Mama Siti kongsikan 15 kelebihan cuka epal kepada kesihatan dan kecantikan seseorang.
15 Khasiat Cuka Epal Kepada Kesihatan & Kecantikan
#1 Kawal Gula Dalam Darah
Universiti Arizona menyatakan penemuannya dimana individu yang minum air cuka epal sebelum makan makanan berkarbohidrat tinggi mempunyai kadar gula lebih rendah kemudiannya.
Inilah hasil dari tindak balas bahan kimia dalam cuka epal terhadap karbohidrat yang diambil seseorang.
#2 Luka Cepat Sembuh
Mana-mana bahan masakan yang mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammatory) boleh menyembuhkan luka kecil lebih cepat dari kadar biasa.
#3 Putihkan Gigi
Satu lagi khasiat cuka epal kepada kesihatan ialah memutihkan gigi dengan cara menggunakan baking soda selepas berkumur-kumur dengan cuka epal.
#4 “Mulut Dah Tak Bau”
Berkumur-kumur dengan cuka epal dikatakan boleh membunuh bakteria yang hidup dalam mulut. Selain itu, Mama pun boleh minum cuka epal untuk menghilangkan atau mencegah bau mulut.
#5 Kurangkan Kejang Kaki
“Tolong kaki aku cramp!”
Kalium dalam cuka epal sebenarnya bermanfaat melegakan kekejangan kaki yang menyerang terutamanya di waktu malam.
#6 Bekalkan Tenaga
Cuka epal kaya dengan asid amino iaitu sejenis unit asas sebatian kimia yang membentuk protein.
Asid amino inilah yang membekalkan tenaga ekspress kepada individu yang penat. Tidak ketinggalan juga kalium yang juga menyumbang tenaga agar Mama kembali bermaya.
#7 Hilangkan Jerawat
Sifat anti bakteria dalam cuka epal membantu kulit wajah dan badan melawan pertumbuhan jerawat.
Begitu juga dengan asid maleik (asid butenedioik cis) dan asid laktik yang bertindak sebagai agen pelembut dan pengelupasan (exfoliate) sel kulit mati.
#8 Hilangkan Kelemumur
Keasidan dalam cuka epal mencegah pertumbuhan yis di kulit kepala. Cuka epal bertindak balas dengan permukaan kulit dan mengubah kadar pH pada kulit kepada.
#9 Bantu Kurangkan Berat Badan
Tahukah Mama tentang asid asetik?
Bagi yang belum maklum tentang jenis bahan kimia yang satu ini, ianya juga boleh mengawal selera makan serta meningkatkan kadar metabolisme badan.
Makanan lebih cepat dihadam dan kalori menyerap dengan lebih pantas.
#10 Legakan Hidung Tersumbat
Masalah hidung tersumbat boleh dilegakan dengan cuka epal kerana adanya kalium (potassium) yang mengurangkan hingus atau mukus.
Ditambah pula dengan asid asetik yang berupaya membantutkan pertumbuhan bakteria dalam badan.
#11 Elakkan Masalah Penghadaman
Sediakan satu sudu cuka epal dan satu sudu teh madu untuk dicampurkan ke dalam sebuah gelas. Kemudian, penuhkan gelas dengan air suam dan minum airnya 30 minit sebelum makan hidangan berat.
#12 Kurangkan Kadar Kolesterol
Kajian di negara Jepun mendapati individu yang mengambil cuka epal 15 g setiap hari mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Begitu juga dengan pengkaji yang menemui asid asetik dalam cuka epal mampu mengurangkan kolesterol pada tikus makmal.
Nota: Kedua-dua ujikaji ini masih memerlukan banyak kajian untuk mengesahkan kesannya terhadap kolesterol dalam badan manusia.
#13 Legakan Sakit Tekak
Tahap keasidan yang tinggi dalam cuka epal menghalang kuman hidup lebih lama dan merebak dalam tekak seseorang.
Hanya isikan suku atau ¼ cawan dengan cuka epal dan selebihnya dengan air suam untuk berkumur-kumur. Ulang langkah ini setiap satu hingga dua jam.
#14 Hentikan Sedu
Satu sudu teh cuka epal perlu diminum untuk menghentikan sedu yang mengganggu Mama. Cuka epal merangsang saraf otak agar segera menghilangkan sedu.
#15 Bantu Masalah Perut
Rasa sakit perut yang disebabkan oleh jangkitan kuman dapat ditangani dengan minum cuka epal yang dicampurkan air.
Kandungan antibiotik dan pektin dalam cuka epal bertindak balas dengan kuman dan melegakan masalah usus.
Bahan kimia dalam cuka epal lah yang bertindak balas dengan stimulus iaitu masalah penyakit seseorang dan memberikan kelegaan.
Mama Siti cuma nak pesan, ambil cuka epal mengikut kadar yang dinasihatkan supaya kesihatan kita kekal baik di hari kemudian.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DI SINI.