KelabMama

10 Khasiat Bunga Kantan Kepada Kesihatan Dalaman dan Luaran

khasiat bunga kantan

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh Pakar Pemakanan, Puan Mardhiah Mat Din, dari Hospital Columbia Asia – Puchong.

Pakar Pemakanan, Puan Mardhiah Mat Din, dari Hospital Columbia Asia – Puchong

Bunga kantan tidak hanya berperanan sebagai penambah rasa dan penyedap dalam makanan, tetapi juga telah terbukti memiliki pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh badan. 

Oleh itu, kita digalakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh melalui bunga kantan. Berikut ialah 10 khasiat bunga kantan terhadap kesihatan!

10 Khasiat Bunga Kantan Kepada Kesihatan Dalaman dan Luaran

Kredit gambar: Media Permata Online

#1 Sifat Anti-tumor

Satu penyelidikan telah untuk mengenal pasti bahan-bahan dalam bunga kantan yang mempunyai sifat anti-tumor dan sitotoksin. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak Chloroform (CHCl) and Methanol (MeOH) dari bunga kantan mempunyai sifat anti-tumor yang tinggi dengan kadar pencegahan yang signifikan.

#2 Kawal Paras Kolesterol

Kandungan serat dalam bunga kantan yang telah dikeringkan dapat mencapai sehingga 17%. 

Dalam aspek kawalan kadar kolesterol, serat dapat membantu menurunkan kadar kolesterol tidak baik dalam tubuh.

Paras kolesterol yang tidak terkawal, nanti akan membahayakan kesihatan dan mendorong terjadinya penyakit lain.

#3 Anti-mikrob

Kredit gambar: MIngguan Wanita

Ujian makmal mendapati bahawa daun bunga kantan mempunyai sifat anti-mikrob dan anti-kulat. 

Ini disebabkan oleh kandungan flavonoid dan fenolik yang tinggi dalam bunga kantan. Komponen-komponen ini mampu merosakkan sel membran mikroorganisma yang membahayakan sel badan.

#4 Sifat Antioksidan

Melalui kandungan flavonoid juga bunga kantan juga berpotensi untuk mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan mencegah kerosakan sel.

Sudahlah cantik rupanya, wangi pula baunya. Ternyata bunga kantan antara pokok herba yang mesti kita amalkan kerana sifat antioksidan yang ada pada bunga kantan.

#5 Kawal Paras Gula Dalam Darah

Bunga kantan membantu mengawal dan mencegah hiperglisemia dengan cara menghalang enzim tertentu. 

Kemudian, melambatkan penyerapan karbohidrat sekaligus mengurangkan penyerapan gula yang pada akhirnya akan menurunkan paras gula dalam darah.

Jika seseorang mula abaikan makan minum mereka, mereka berisiko menjadi pesakit kencing manis atau diabetes.

jadi antara cara untuk kawal gula dalam darah adalah dengan tingkatkan pengambilan bungan kantan dalam diet harian.

#6 Hilangkan Bau Badan

Kredit gambar: Pngtree

Secara tradisional, daun bunga kantan sering digunakan oleh ibu lepas bersalin semasa mandi untuk menghilangkan bau badan. 

Penggunaannya tidak hanya terhad kepada ibu yang baru melahirkan tetapi juga sesuai untuk semua orang yang mempunyai masalah bau badan. 

#7 Mengurangkan Paras Asid Urik

Satu kajian ke atas haiwan telah dilakukan dan didapati bahawa ekstrak bunga kantan dapat mencegah peningkatan asid urik dalam darah. 

Ini disebabkan oleh kandungan tinggi polifenol, flavonoid dan saponin yang terdapat di dalamnya dimana ia menghalang peningkatan paras asid urik.

#8 Menjaga Kesihatan Kulit

Sumber: klikdokter.com

Satu kajian telah dilakukan untuk menyelidik kesan ekstrak bunga kantan terhadap pencerahan kulit dan sifat anti-penuaan. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta yang menggunakan losyen yang mengandungi ekstrak bunga kantan mendapat kulit yang lebih cerah dan juga mengurangkan kedutan.

#9 Remedi Sakit Telinga

Mama boleh titiskan air rebusan bunga kantan ke dalam telinga beberapa kali untuk merawat masalah sakit telinga.

Lakukan dengan berhati-hati dan ulang beberapa kali sehingga sakit telinga hilang.

#10 Rawat Luka

Daun bunga kantan juga boleh digunakan untuk merawat luka pada kulit. 

Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan daun bunga kantan di kawasan luka untuk mempercepat proses penyembuhan. 

Sifat antimikrobialnya juga membantu mencegah jangkitan pada kawasan luka.

Kredit gambar: IMPIANA

Walaupun bunga kantan selalu dimasukkan dalam pelbagai hidangan orang nusantara seperti laksa. Ia juga turut digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit.

Begitulah tadi 10 khasiat bunga kantan terhadap kesihatan manusia.  


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama Papa dapatkan lebih banyak informasi di SINI.