“Tahniah Aydin sebab jadi murid yang hebat di sekolah. Bukan setakat mampu siapkan homework yang cikgu beri sebaiknya, namun awak juga mampu jadi ketua pengawas yang berdedikasi di sekolah. Semua tugasan yang diberikan awak mampu galas dengan baik.”
Tatkala mendengar pujian seumpama ini daripada seorang guru kepada anak kita, pastinya hati ibu bapalah yang paling gembira dan bangga kan?
Mana tidaknya, segala nilai murni dan sahsiah diri mampu ditonjolkan dengan baik di sekolah.
Namun, disebalik sikap dan sifat terpuji daripada seorang anak murid ini, terdapatnya dua individu yang berusah payah mencorakkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak mereka sebagai usaha melahirkan manusia berketerampilan.
Ya, itulah Mama dan Papa. Setiap kelakuan baik dan buruk seorang kanak-kanak, sememangnya ada kerja keras daripada parents.
Lagi-lagi di zaman teknologi ni, ia sangatlah mencabar untuk melahirkan anak yang berkterampilan.
Agaknya Mama dan Papa faham tak definisi sebenar keterampilan?
Menurut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), keterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi oleh seseorang dalam melaksanakan tugas, menyelesaikan perkara dan seumpamanya.
Kiranya mereka adalah budak yang boleh diharap. Malah, kalau beri tugasan pun, hasilnya mesti A+!
Siapa jerr tak bangga kan bila anak perform dalam kehidupan mereka. Justeru, kerana itulah penting dalam melahirkan generasi berketerampilan ini.
Menurut portal MyHealth pula, keterampilan disebut sebagai keadaan seseorang itu berhubung dengan diri sendiri dan orang lain.
Ciri-ciri keterampilan diri termasuk:
- Penampilan secara fizikal
- Pandangan anda terhadap diri sendiri dan orang lain.
- Perasaan nilai diri dan keyakinan diri
#Kesan Jika Gagal Membentuk Keterampilan Diri
Menjadi seorang yang berketerampilan bukan sekadar untuk cemerlang dalam tugasan dan menjadi individu yang perform semata-mata.
Namun ia sebenarnya lebih kepada membentuk jati diri yang baik. Ini antara kesan jika anak Mama dan Papa menjadi kanak-kanak yang tidak berketerampilan:
- Malu pada diri anda sendiri
- Lebih bergantung kepada ibu bapa anda
- Kurang berminat untuk berkawan
- Takut untuk menjalinkan hubungan
- Suka merendahkan diri sendiri
- Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, merawat diri dengan mengambil ubat dan diet yang berlebihan
Untuk jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan keadaan negatif apabila anak itu sendiri cenderung untuk:
- Merosakkan harga diri dan keyakinan diri
- Tidak mampu bersosial dengan keadaan sekeliling
- Pathetic (sering berasa sedih)
- Membawa kepada kegagalan sebagai orang dewasa
#Cara Mendidik Anak Menjadi Berketerampilan
Namun jangan risau Mama dan Papa. Untuk tempoh sekarang, adalah penting untuk anda berdua mengubah tabiat diri anak sekiranya mereka mempunya antara tanda-tanda kanak-kanak yang tidak berketerampilan.
Caranya adalah dengan:
- Minta anak buat luahkan perkara-perkara yang mereka suka dan tidak suka tentang diri sendiri.
- Daripada list tersebut, Mama dan Papa bolehlah berikan mereka keyakinan diri. Contoh jika ia adalah sifat negatif yang mana anak tak suka dengan dirinya yang dirasakan tak pandai belajar sehingga dipandang sinis oleh guru dan rakan sekelas, masa ni lah peranan Mama dan Papa untuk memberikan anak itu semangat. Ingat, jangan pandang rendah dengan kekurangan anak kita sendiri. Yakin kepada anak untuk belajar bersungguh-sungguh dan jika result diperoleh tidak membanggakan, katakan pada mereka walau apa pun keadaan, Mama dan Papa tetap sayang abang asalkan abang jadi orang yang rajin berusaha. Buat mereka yakin dengan semangat diri dan percaya kepada parents mereka.
- Sentiasa ajar anak untuk berfikiran positif.
- Latih anak amalkan cara hidup sihat contohnya dengan beriadah bersama keluarga. Cara ini boleh buat mereka kurang tertekan serta membantu anak untuk menjadi individu yang ceria.
- Dalam masa sama, ajar anak untuk terbuka menerima kritikan dan teguran daripada guru. Jangan down sehingga hilang keyakinan diri.
- Setiap kekurangan oleh anak tadi perlu dibantu Papa dan Mama. Contoh bagi kes tercicir dalam pelajaran, anda ulangkaji sama-sama dengan anak. Tak ada masalah pun kalau nak masukkan tuisyen dan sebagainya, tapi jangan buat mereka lebih stress.
- Mendidik anak menjadi individu yang berdisiplin termasuklah disiplin dengan bab kebersihan. Seperti membuat rule setiap kali bangun tidur, kemas katil.
- Latih anak menjadi seorang yang yakin diri dan berani mencuba.
Apa-apa pun, Papa dan Mama perlu sentiasa memberikan sokongan dan menjadi individu yang anak percaya untuk berkongsi.
Jika Mama dan Pap rasa sukar untuk handle masalah ini, boleh juga rujuk kepada mereka yang pakar seperti ahli keluarga yang mempunyai vibe positive, kaunselor atau individu yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi.
Jangan biarkan anak-anak membesar dengan sifat tidak yakin diri. Setiap anak-anak punya kelebihan dan kekurangan, sebagai ibu bapa, kita harus tahu cara untuk menangani masalah mereka.
Untuk pelbagai info tentang keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI!