KelabMama

Ketahui Jenis-jenis Car Seat Untuk Bayi & Kanak-kanak Sebelum Beli

Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan telah mewajibkan penggunaan car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Ini kerana statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya. “

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Sehingga kini isu ini masih hangat diperkatakan dan mendapat reaksi yang berbeza dalam kalangan mama papa, dimana ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak setuju dengan perlaksanaan ini. Mama Siti rasa tak salah rasanya kalau kita laburkan sikit duit untuk sesuatu yang sangat bermanfaat terutamanya untuk anak kita. Nak sebut soal bajet, anak ramai, masih ada yang murah dan mampu milik.

Bagi mama papa yang plan nak membeli untuk anak, itu adalah langkah permulaan yang sangat bagus. Tapi sebelum tu kena kenal pasti dulu jenis-jenis car seat yang sesuai mengikut umur anak.

Jenis-jenis Car Seat Untuk Bayi & Kanak-kanak

1) Rear Facing Car Seat

Kerusi keselamatan ni ada 3 jenis iaitu infant, convertible dan all in one. Ramai pakar berpendapat jenis ini lebih selamat untuk anak-anak.

#Infant car seat

Sumber : Motherhood.com.my

Bila perlu tukar?

Bila kepala bayi dah melebihi paras hujung kerusinya dan beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut. Bila anak mama dah melepasi had ini, mama kena bertukar kepada convertible atau all in one.

#Convertible car seat

Sumber : Motherhood.com.my

#All in one car seat

Sumber : Motherhood.com.my

2) Forward Facing Car Seat

Kerusi keselamatan jenis ni ada 3 jenis iaitu convertible, all-in-1 & combination.

#Combination car seat

Sumber : Motherhood.com.my

3) Booster

Jenis ini pula adalah peringkat terakhir car seat. Jenis ini membantu menaikkan ketinggian anak mama supaya boleh menggunakan tali pinggang keselamatan kereta.

Sumber : Motherhood.com.my

Tip berguna sebagai panduan membeli car seat

  1. Senang cara nak guna. Pilihlah car seat yang mudah untuk mama papa guna.
  2. Pilihlah kerusi yang sesuaian dengan berat dan umur anak. Jangan pilih atas dasar jenama tapi tak tahu functionnya.
  3. Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
  4. Pastikan muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi bila berada dalam keadaan baring.
  5. Murah atau mahal kerusi yang dibeli, pastikan mama membaca buku panduan yang disediakan.
    Jangan lupa untuk mendaftar yang baru dibeli untuk warranty atau jaminan tambahan.

Sumber : lovebaby.my, BeritaHarian

BACA JUGA KERETA TERBALIK, IBU BERSYUKUR BAYI TERSELAMAT DUDUK DALAM CARSEAT

Pesan Mama Siti

Janganlah kita pentingkan diri sendiri. Berkira sangat nak laburkan duit untuk beli untuk anak sedangkan nyawa anak tu penting. Memang betul ajal maut ditangan Tuhan tapi kita sebagai ibu bapa pasti nakkan yang terbaik untuk anakkan? Mana yang tak bersetuju dengan perlaksanaan ni Mama Siti harap mama papa pertimbangkanlah. Kesian pada anak-anak.