Kesihatan usus adalah penting, bagaimanapun, masih ada yang tidak menyedari atau tidak tahu tentang pentingnya kesihatan usus kita. Sebenarnya, orang ramai, terutamanya ibu bapa harus sedar bahawa bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam usus anak-anak dapat mempengaruhi pelbagai aspek kesihatan mereka.
Salah satu cara bagi ibu bapa untuk mengingati betapa pentingnya kesihatan usus: usus sihta, badan cergas dan ceria!
Untuk memahami dengan lebih baik mengenai kesihatan usus anak-anak anda, Dr. Foo Chee Hoe bersama Motherhood.com.my, pakar pediatrik dari Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Foo, akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pentingnya kesihatan usus pada episod AskMeDoctor! minggu ini.
S1: Bagaimana pentingnya kesihatan usus kepada anak-anak kita?
Dr. Foo: Kepentingannya sangat penting di atas sebab-sebab yang terang dan jelas – kerana usus merupakan organ yang menyerap nutrien penting dalam badan kita. Malah, usus memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam kesihatan keseluruhan badan anak-anak. Ia sangat penting kepada sistem imun dan juga perkembangan otak mereka.
Kesihatan usus yang baik bermaksud sistem pencernaan mampu berfungsi dengan baik kerana ia mengandungi bakteria baik yang seimbang dengan ekosistem bakteria baik yang sihat. Ekosistem ini dikenali sebagai microbiome usus.
Apabila microbiome usus terdiri daripada 85% bakteria baik, keadaan ini dikenali sebagai fuelbiosis. Bakteria baik atau lebih dikenali sebagai probiotik dapat membantu:
- Mengawal sistem imun
- Mencerna makanan yang tidak dapat dicerna
- Melawan bakteria jahat
- Mengurangkan keradangan di dalam usus, yang juga akan mengurangkan risiko penyakit barah dan penyakit lain
S2: Adakah terdapat tanda-tanda usus yang tidak sihat?
Dr. Foo: Tanda-tanda usus yang tidak sihat adalah:
- Cirit-birit
- Sembelit
- Perut kembung atau mudah sakit perut
- Berlakunya alahan seperti ekzema, keradangan kulit dan gatal-gatal pada kulit
- Tidur yang tidak berkualiti
- Mudah letih
- Sindrom keletihan yang kronik
Tanda-tanda di atas boleh dikaitkan dengan kesihatan usus yang tidak sihat. Munkin ianya agak mengejutkan buat Mama, tetapi kesemua tanda di atas sangatlah berkait.
Sistem imuniti badan yang tidak baik juga adalah lemah dan sistem imuniti yang terlalu aktif akan menyebabkan keadaan autoimun yang mungkin juga berkaitan dengan kesihatan usus yang tidak baik.
70% sistem imun terletak pada usus kita.
S3: Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan dysbiosis usus pada kanak-kanak?
Dr. Foo: Dysbiosis usus bermaksud terdapat keseimbangan bakteria yang tidak berfungsi – iaitu nisbah bakteria jahat yang lebih tinggi.
Microbiome usus kini tidak dikawal oleh bakteria baik dan ini akan menimbulkan masalah kepada kesihatan kita.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemunculan bakteria jahat atau dysbiosis usus yang lebih tinggi adalah:
- Makanan diet-rendah fibre
- Pengambilan gula yang tinggi
- Makanan yang diproses
Populasi bakteria baik juga boleh dipengaruhi oleh:
- Jangkitan usus
- Gastroenteritis yang kerap
- Penggunaan antibiotik yang tidak disyorkan dan berulang kali
S4: Benarkah microbiome usus mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak?
Dr. Foo: Benar. Ini kerana populasi bakteria yang berada di dalam usus mempunyai kesan atau pengaruh yang terhadap perkembangan psikologi emosi anak-anak. Berjuta-juta bakteria sebenarnya tinggal di dalam usus kita sebagai habitat semual jadi mereka.
Jumlah bakteria yang berada dalam badan kita adalah sama banyak dengan jumlah sel yang membentuk badan kita sendiri, atau lebih, sebenarnya.
Ia pernah menjadi sepuluh kali lebih banyak, tetapi sebenarnya jumlahnya lebih kurang sama atau lebih banyak sedikit.
Jadi berjuta-juta bakteria ini mempengaruhi sistem saraf enterik kita, yang bermaksud bahawa sistem saraf usus juga dihubungkan dengan sistem saraf pusat kita.
Otak, tulang belakang, dan microbiome usus juga bertanggungjawab sebagai pengantara bahan kimia yang mempengaruhi mood dan tingkah laku anak-anak.
S5: Bolehkah Doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai anggaran bahawa 90% serotonin atau juga dikenali sebagai hormon gembira dihasilkan di dalam usus kita?
Dr. Foo: Sebilangan besar neurokimia yang dikenali sebagai serotonin dihasilkan oleh sel usus dan pengeluarannya dirangsang oleh bakteria usus.
Serotonin penting untuk fungsi usus dan mood kita. Hubungan ini sebenarnya menjalin hubungan yang menarik antara mood, tingkah laku, dan usus kita.
Oleh itu, pada pendapat saya, ini mungkin salah satu sebab mengapa ada masa kita merasakan seperti ada ‘rama-rama’ berterbangan di dalam perut kita semasa kita cemas atau gementar. Apabila kita menjamah makanan yang sedap dan sihat, kita rasa lebih gembira, dan kita akan berasa kurang semangat jika kita makan makanan seperti tinggi kandungan gulanya dan fast food.
S6: Adakah benar komunikasi berlaku secara dua arah iaitu dari otak ke usus dan usus ke otak?
Dr. Foo: Ya, hubungan tersebut berlaku dua arah. Sekarang usus dikenali sebagai otak kedua dan mempunyai sistem sarafnya yang kompleks yang dikenali sebagai sistem saraf enterik.
Ia disambungkan ke sistem saraf pusat iaitu otak dan tulang belakang melalui saraf vagus dan kesemua ini saling mempengaruhi satu sama lain.
Inilah sebabnya mengapa terdapat hubungan langsung antara usus dan otak dan juga arah tulang belakangnya.
Mama jangan lupa ya, usus sihat, minda cerdas dan gembira!
S7: Bagaimana saya dapat meningkatkan kesihatan usus anak saya?
Dr. Foo: Untuk meningkatkan kesihatan usus anak Mama, perkara yang paling penting adalah dengan memastikan apa yang kita dan anak-anak makan adalah makanan yang baik. Ini kerana, makanan yang berkhasiat membantu dalam pembentukan microbiome usus yang sihat.
Oleh itu, elakkan makanan yang diproses dan makanan tidak sihat yang akan mengganggu ekosistem.
Gaya hidup sihat sangat penting dan ini sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan usus anak-anak:
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Persekitaran yang sihat untuk kanak-kanak – tidak tertekan
- Bebas dari jangkitan dan penyakit
- Sentiasa melakukan senaman yang sihat
S8: Apakah makanan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan usus dan keceriaan minda anak saya?
Dr. Foo: Bak kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan. Jadi pepatah tersebut adalah benar kerana kita harus benar-benar makan makanan yang membantu dalam pertumbuhan bakteria yang baik.
Jadi jenis makanan apakah yang dapat membantu pertumbuhan bakteria baik itu?
Saya mencadangkan untuk makan makanan seperti:
- Tempeh
- Yogurt
- Minuman susu kultur
Oleh itu, Mama harus elakkan daripada memberi makanan yang akan memberi kesan negatif kepada microbiome usus anak-anak seperi:
- Makanan yang diproses yang tinggi lemak
- Makanan yang tinggi kandungan gulai
- Makanan rendah serat
- Pemanis tiruan – berbahaya bagi microbe yang baik, jadi sudah tiba masanya untuk mengatakan TIDAK pada minuman sifar (kalori) dan yang diperbuat dengan pemanis tiruan
Mama berpeluang untuk memenangi 20 botol VITAGEN percuma dan cooler bag, apabila anda menjawab soalan mudah. Tag 3 rakan dan kongsi posting Facebook Motherhood ini. Hanya 10 pemenang bertuah akan menerima hadiah ini.
Tunggu apa lagi? Dapatkan VITAGEN anda hari ini!
Nantikan lebih banyak AskMeDoctor! episod di Motherhood Story dan laman Facebook Motherhood.com.my.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.