KelabMama

“Redha walaupun tersangatlah pahit,” Ini Luahan Ibu-ibu Yang Melalui Proses IVF

Ibu-ibu yang melalui proses IVF sering menggunakan mental dan fizikalnya sampai habis untuk pastikan semua akan berjalan lancar.

Sering Mama Siti perhatikan kebanyakan Mama berkongsi pengalaman tentang betapa sukarnya untuk melalui proses IVF, tetapi jarang nampak Mama kongsikan apa yang mereka fikirkan semasa proses ini.

Menurut Farren at al. 2019, sebulan selepas keguguran, hampir 1 daripada 3 wanita (29%) menunjukkan simptom Post Traumatic Stress Disorder (PTSD). Hampir 1 daripada 5 (18%) wanita masih mengalami simptom PTSD selepas 9 bulan.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan juga Bulan Kesejahteraan Emosi, Mama Siti nak kongsikan luahan hati daripada para wanita-wanita diluar sana yang nak sangat jadi seorang ibu tentang perasaan mereka melalui proses IVF ini.

#1 Korbankan Nyawa, Masa & Wang

“Kitaran IVF pertama saya bukanlah sesuatu yang saya mahu ingat,” kenang Nurul dengan sedih. “Ia tidak berjaya sebelum kami memindahkan embrio kerana kesemua 8 daripada mereka mati; pemikiran untuk melaluinya semula adalah menakutkan.”

– Nurul Zulkifli, Pengarah Mimpi Kita

#2 Letih Mental & Fizikal

“Pengorbanan yang dia buat ni adalah pengorbanan yang sangat-sangat besar untuk saya lah. Sebab nak buat IVF dan juga pembedahan ni ibarat macam dia mempertaruhkan diri dia… dibelah sana-sini, dibedah sana-sini. Sedangkan benda tu kalau berpandukan pada rezeki kan,

-Nasir Hamzah @ Achey Bocey

#3 Selalu Terpaksa Redha Dengan Ketentuan Ilahi

Kami redha walaupun tersangatlah pahit. Dunia ini hanyalah sementara dan tempat untuk diuji dan menghadapi kesakitan. Semoga dengan asbab kehilangan ini Allah kurniakan kepada kami syurganya tanpa dihisab. Adek, mama & baba redha adek pergi buat selama-lamanya. Adek cari mama & baba ya di padang masyar nanti.

– Awanis Aziz @IVFJourneyMalaysia

#4 Takut Untuk Mencuba Lagi

“Saya takut dengan kunjungan keluarga semasa Hari Raya. Kesakitan emosi terlalu membebankan, jadi saya jauhkan diri dari semua orang.”

Sholihah, seorang ibu

Mama Siti berharap Mama jangan putus asa. Walaupun belum bergelar Mama, tetapi mencuba dan kehendak menjadi ibu bapa adalah sudah mencukupi untuk bergelar Mama dan juga Papa.

InsyaAllah ada rezeki, teruskan usaha! Semoga dengan luahan ini Mama tidak rasa keseorangan.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang proses IVF, Mama boleh klik DI SINI.