Meskipun Mama dan Papa berusaha menjaga pemakanan si manja bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan, namun adakalanya ia berlaku di luar kawalan lantaran anak-anak dihidangkan dengan makanan di sekolah selain makanan dibungkus pengilang seperti biskut atau roti.
“Eh, makanan yang dah siap packing pun boleh tercemar ke?”
Ya Mama. Meskipun ia dibungkus oleh pengilang, risiko pencemaran tetap wujud khususnya melibatkan kanak-kanak berikutan sistem tubuh dan penghadaman mereka lebih sensitif berbanding dewasa.
Menurut laman web Pearl Certification yang memetik data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 420,000 orang dilaporkan sakit akibat mengambil makanan tercemar.
Dalam jumlah itu, 125,000 daripadanya adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang maut akibat penyakit disebabkan oleh pencemaran makanan.
WHO menganggarkan bahawa terdapat lebih daripada 200 penyakit disebarkan melalui makanan tercemar.
Membaca data ini tentunya membuat fikiran Mama dan Papa runsingkan? Ya, isu keselamatan makanan bukanlah soal kecil terutama untuk si manja.
Jadi, bagaimana untuk memastikan keselamatan makanan itu berada di tahap optimum meskipun ia dibungkus oleh pengilang?
Menurut WHO, adalah penting untuk memastikan makanan yang Mama dan Papa beli adalah selamat dengan memeriksa adakah pembekal, pengilang dan pengedar produk makanan tersebut mempunyai Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
Ini kerana, makanan tercemar boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti demam kepialu (Typhoid), taun, disenteri, hepatitis A dan keracunan makanan yang boleh membawa maut.
Di Malaysia, kes keracunan makanan sering berlaku di sekolah bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia, institusi pendidikan awam dan swasts, premis makanan dan lain-lain tempat.
Bagi menyemak pematuhan PJKM ini, Mama dan Papa boleh lihat label pengilang atau premis makanan yang mempamerkan perkataan Malaysian Good Agricultural Practices (Mygap), Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP), HALAL dan Veterinary Health Mark (VHM).
Apakah Peraturan Keselamatan Makanan?
Bagi menjamin keselamatan makanan terus dipelihara, kerajaan telah menetapkan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) digubal di bawah Akta Makanan Malaysia 1983 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 dan telah berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2014.
Peraturan ini menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di negara ini bagi melindungi kebersihan rakyat. Berikut merupakan PPKM 2009:
- Per 3 Tidak mendaftar premis makanan
- Per 7 Tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis makanan
- Per 8 Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dsb, di premis makanan
- Per 9 Tidak mengadakan program jaminan keselamatan makanan (kilang makanan sahaja)
- Per 10 Tidak mengadakan sistem pengesanan makanan
- Per 11 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya pemunya atau penghuni premis makanan
- Per 30 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan latihan pengendali makanan
- Per 31 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan
- Per 32 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kebersihan diri pengendali makanan
- Per 33 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kebersihan diri pengendali makanan
- Per 34 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih
- Per 35 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pengendalian makanan, perkakas dsb
- Per 36 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan
- Per 37 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan, pendedahan dan pameran makanan untuk dijual
- Per 38 Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan makanan
- Per 39 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyediaan daging
- Per 40 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan daging
- Per 41 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan daging
- Per 42 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pemunggahan dan penurunan ikan
- Per 43 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengendalian ikan
- Per 44 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan krustasia atau moluska yang diproses
- Per 45 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyimpanan ikan
- Per 46 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan ikan
- Per 47 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan ikan dingin dan sejuk beku
- Per 48 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyediaan, pembungkusan atau penjualan ais krim atau konfeksi sejuk beku
- Per 49 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pelakuan orang yang terlibat dalam penjualan ais krim dan konfeksi sejuk beku
- Per 50 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan suhu susu
- Per 51 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan susu
- Per 52 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan, penyimpanan dan penghantarserahan ais
- Per 53 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pemasangan mesin jual makanan atau mesin jual air
- Per 54 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan mesin jual makanan
- Per 55 Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan mesin jual air
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk pelbagai info dan tips kesihatan, Mama dan Papa boleh rujuk di SINI!