KelabMama

Jangan Biarkan Macam Tu Je Mama. Panduan Keselamatan Kanak-kanak & Haiwan Peliharaan di Rumah

Secara semula jadi, sesetengah kanak-kanak akan lebih suka memegang haiwan ataupun haiwan peliharaan. Tetapi adakah Mama tahu betapa bahaya ataupun memudaratkan kesihatan anak-anak kita sewaktu memegang haiwan-haiwan ini?

12 Tips Keselamatan Kanak-kanak Dan Haiwan Peliharaan

1. Pastikan anak Mama hanya membelai bahagian leher, belakang, dan sisi kucing.

Elakkan kawasan muka, kepala dan perut terutamanya. Sebab kucing mungkin akan gigit bila belai di perut.

Sesetengah kucing mempunyai mood mereka tersendiri. Kadang suka dimanjakan, kadang suka dibiarkan. Perhatikan haiwan peliharaan Mama, baru boleh teruskan aksi membelainya.

2. Jangan kacau haiwan peliharaan ketika ia sedang makan, tidur, bermain sendirian atau menjaga anaknya. 

Kucing mempunyai masa-masa mereka tersendiri. Jika mereka sedang bermain, makan, tidur dan sebagainya, janganlah dikacau! Apa perasaan kita bila dikacau pada waktu-waktu itu? Marah kan? Samalah dengan haiwan pun.

3. Kalau haiwan peliharaan sedang menggeram atau berdesis, jangan kacau! Biarkan ia bersendirian je tau. 

Lebih baik untuk tidak masuk campur apabila mereka bergaduh. Waktu-waktu ini mereka mempuyai bisa untuk melawan musuh mereka. Jika terkena pada si manja, mungkin akan ke hospital!

4. Bagitahu pada anak yang haiwan mungkin terkejut dengan jeritan atau bunyi bising yang kuat dan nyaring serta pergerakan secara tiba-tiba.

Ini akan buat mereka melompat! Oleh itu, berjaga-jaga apabila haiwan peliharaan dekat dengan si manja.

5. Jangan biarkan anak mendekati haiwan peliharaan yang tidak dikenali begitu sahaja. Sebab takut ia agresif & mungkin menggigit. 

Jika ada kucing jiran ke, kucing kawan ke yang selalu main bersama, tanya tuannya sebelum bermain dengan mereka setiap kali berjumpa. Mungkin kucing tidak biasa dengan siapa-siapa yang mereka jumpa. Oleh itu, selalu berhati-hati. Takut pula dicakarnya!

6. Jangan dekati haiwan yang nampak sakit atau cedera. 

Bimbang dengan penyakitnya, jangan dekati haiwan yang kelihatan sakit. Kita juga tidak tahu mungkin penyakit boleh berjangkit pada manusia.

7. Jangan dekati haiwan liar dan strays

Haiwan liar mungkin akan bertindak lain daripada haiwan yang selalu berada di rumah. Jika dibiar, takut diserang.

8. Ajar anak untuk tidak lari bila didekati oleh anjing pelik kerana berlari boleh memprovok anjing untuk mengejar dan menyerang.

Lagi sekali Mama Siti ingatkan, kita tidak tahu betapa agresif atau liar haiwan-haiwan diluar sana. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal.

9. Sebaliknya, ajar anak untuk berdiri diam dan melihat lurus ke hadapan sehingga anjing itu pergi. 

Ajarkan si manja untuk bertindak sewajarnya apabila berdepan dengan haiwan-haiwan liar ini.

10. Jika diserang anjing liar, didik anak untuk membuang sesuatu seperti beg galas untuk digigit anjing tersebut. 

Untuk alihkan perhatian mereka, cuba untuk baling barang untuk mereka kejar.

11. Pastikan anak-anak menggunakan sarung tangan getah dan cuci tangan selepas membersihkan sangkar haiwan, tempat pasir, atau membersihkan halaman rumah.

Jika mereka mahu mencuci kandang haiwan peliharaan, pastikan mereka memakai perlindungan seperti glove dan mask muka. Banyak penyakit yang datang dari najis mereka. Selepas selesai, pastikan mereka mencuci tangan dengan bersih.

12. Jauhkan bekas makanan dan tempat pasir daripada jangkauan bayi dan kanak-kanak.

Bukan Mama tak kenal si manja, mereka suka sangat mencapai-capai dan masuk mulut. Oleh itu, perhatikan mereka serta tidak benarkan mereka dekat dengan makanan dan tempat pasir haiwan peliharaan.

Dapatkan infografik tentang keselamatan mereka di bawah! Semoga ia dapat membantu Mama dan Papa untuk lebih faham tentang keselamatan anak-anak kita dengan haiwan!


Dapatkan lebih banyak tips keselamatan anak-anak di SINI!